Tahun ini merupakan tahun pertama setelah 10 tahun menjadi guru dapat tahu markah prestasi sebelum naik tahun 2016. Paling tidak, bolehlah saya buat muhasabah diri atas kekurangan diri pada tahun 2015. Nak komen, boleh tengok satu-satu persatu bahagian.
Sekurang-kurangnya saya tak perlulah nak mengadap CC nak tengok markah di awal tahun, tapi apa alasan yang saya dapat, tak habis beri lagi, belum itu ini, dan yang paling best, kenapa nak tahu markah prestasi awak ni? Amboi-amboi, takkan nak kene beri seribu satu alasan, baru dapat tengok markah? Nak TENGOK sahaja, belum lagi kita ARGUE kenapa dapat begitu begini. Maaf, emo sikit.
Terima kasih kepada kerajaan sebab buat aplikasi HRMIS ini, senang aje nak tengok. Kalau dapat tinggi ke rendah ke, muka senyum atau kelat, rasa sorang-sorang aje. Lepas tengok, muhabasah dan perbaiki. Ni baru ulasan dan penilaian manusia di dunia, belum lagi ulasan Sang Pencipta.
Saya sendiri sedar, dalam pada saya laksanakan tugas di sekolah, ada juga terpelecok sana sini. Ada juga terbuka dan tertutup, tak siap dan terbengkalai. Bila kerja lambat siap tu, saya sendiri diam. Buat salahkan? Malu dengan diri sendiri. Tak campur lagi tugas-tugas luar dari jabatan, ppd dan mana-mana agensi yang suka libatkan guru, dan tak masuk lagi hal sendiri, saya sambung belajar dan cuti sakit seminggu dan macam-macam lagi. Ayat-ayat power dari segelintir pentadbir kadang-kadang buat hati saya terguris, sampai sekarang saya masih ingat lagi.
Kalau anda nak tahu, saya punya CRK habis tau untuk tahun ini, hanya kerana kelulusan untuk mengikuti kursus secara sambilan di bawah program pendidikan jarak jauh saya belum diluluskan. (baru aje lulus 17 November baru ni, Alhamdulillah). Tak apalah, asalkan pentadbir saya memahami masalah saya, saya rasa dah cukup baik. Mana-mana yang kurang tu, saya sedaya upaya tampung dengan apa yang saya mampu. Seikhlasnya, saya rasa sangat-sangat beruntung dengan penilaian atas kerja saya pada pandangan pentadbir saya untuk tahun ini.
Namun begitu, saya faham juga, ada masa kita tak puas hati dengan penilaian yang diberi ke atas kita. Anda sangat boleh bertanya, kenapa begitu begini. Anda pasti ada alasan tersendiri, kenapa anda tak berpuas hati. Dan pentadbir yang dah beri markah, berilah maklum balas yang sesuai kepada orang yang dinilai. Janganlah beri alasan macam alasan kepada orang-orang yang tidak belajor. Saya percaya, guru-guru ni sangat boleh berfikir. Tak fikir sekarang, akan-akan datang mesti akan berfikir juga. Cikgu ni manusia biasa.
Saya sendiri ada simpan markah prestasi saya sejak tahun 2010 sampai sekarang. Saya ingat, kak Leha kerani sekolah lama kata, "Lea, ni markah simpan dari sekarang. Mana tau berguna untuk kerjaya akan datang. Hari ni rendah, esok lusa belum tahu lagi.". Sejak tu, saya suka nak tahu markah prestasi saya. Saya suka simpan.

Ini sebahagian markah yang saya perolehi tahun ini. Selebihnya... kene tanya secara peribadilah. Kepada rakan-rakan guru, selamat membuat persiapan untuk tahun baru. Saya? Masih lagi dengan mood bercuti. Bercuti betul-betul. Walaupun kepala otak ni penuh dengan vle frog, rpt, rph minggu pertama, pendaftaran pelajar, saya abaikan dulu untuk 2 minggu yang masih berbaki.
Mudah-mudahan, kita sama-sama ada semangat untuk diri sendiri, pelajar dan agama kita. Cuti pergi mana? Tak kemana, saya hanya duduk rumah, luang masa dengan Abe yang masa keje tak pernah sama dengan saya. Harap-harap sangat markah prestasi yang Abe beri pada saya untuk tahun ini lebih tinggi dari markah prestasi yang sekolah bagi. Kan? Semoga kalian dirahmati Allah selalu.
Markah nie, kadang2 kita dah buat yang terbaik..
ReplyDeleteTapi penilai selalunya bagi markah atas emosi, so kalau x puas hatipun bukan ada orang nak amik kisah...
terima jelah...
Betul juga, belah kita dah ok. Belah penilai tak ok. Kalau terima,, maknanya dah redhalah kan. Tak apa, Allah itu ada.
Delete