PENUTUP TIRAI 2015

Nak ujung-ujung tahun 2015 nih, pelik-pelik aku tengok mende yang viral.

'Perbankan Islam = Riba pintu belakang' lah,
Pak Menteri perasan dia ade tiga pekerjaan lah,
Salib atas bumbung lah,
... alahai Malaysia ku gemilang, ceritera tanah 1MDB yang Tabung Haji kata nak lupus dalam masa 2 minggu sampai sekarang tak lupus-lupus, tak viral pulak, kan?

Aku tak nak ulas sikit pon pasal Perbankan Islam, kalau sungguh korang nak tahu lebih lanjut, jawapan ade di blog Dr Zaharuddin Abd Rahman

Bersama Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
Princess Lea, Myself and Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Gambar salib kat bumbung rumah yang viral; seriously aku memang tak percaya gambar ni boleh viral (bukan kerana gambarnya, tapi kerana viralnya). Seumur hidup aku, aku dah keluar masuk 6 gereja. Sorang member mase kerja di CSC meninggal dunia, aku melawat jenazah dia di sebuah gereja di Melaka. Melawat gereja sesaje pon pernah jugak, ambil gambar gereja pon pernah; cari je kat Facebook photos aku ni, mesti jumpa gambar gambar gereja dan interior gereja yang aku pernah lawati. Sebelum, semasa dan sesudah aku melawat gereja, aku masih lagi ingat Rukun Iman dan Rukun Islam. Bacaan Al-Fatihah makhraj masih betul (kecuali bile aku pakai gigi palsu). Kenape sensitif sangat ni? bumbung je kot. Buku matematik aku dulu besepah dengan '+' dari darjah satu sampai Kalkulus, steady jek aku baca Tahyat Akhir tiap-tiap kali lepas solat.

Cuma, aku tak tau baca Doa Qunut je. Bukan sebab aku nampak salib jadi tak reti baca Qunut, aku memang dari kecik mula pandai solat aku memang tak baca Qunut. Mungkin ade classmates yang ingat nama ustazah yang mengajar Pendidikan Islam Form 5 dulu, aku tak ingat nama dia. Ustazah suruh aku baca doa qunut untuk ujian amali sebelum SPM, steady je aku lulus dengan jawapan, "saya tak baca doa Qunut, Ustazah" saje nak lanjutkan cerite skit sket..


Kes Pak Menteri mengaku ade tiga pekerjaan, ni pun satu hal jugak:



The best rebuttle comes from a comedian :


Kekadang rasa bertuah yang aku ni bukan 'public figure'. Sebab aku tak perlu risau ucapan aku di kritik.

Sekarang aku dah ade day job.
My second job? Kerja kedua aku hanya sebagai seorang jurujual semata:
- aku jual Ferrari,
- aku jual Tart Nenas THOR-baek,
- aku jual Lego
- aku jual prepaid

screen shot dari Instagram isteri


Next year insya-Allah aku amik last paper C.F.P, lepas tu bertambah lah range produk yang aku bleh jual.
Amacam? OK tak #2Kerja aku? ke bleh kire 6 kerja terus? hehehe... Jual! Jual! Jual!



Pesanan ringkas kepada orang kampung: STOP VOTING MORONS INTO OFFICE!!!!!!!





Penulis undangan,


M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

No comments