STAR WARS THE FORCE AWAKENS

STAR WARS THE FORCE AWAKENS, leamustafa.com, the force awakens,

Tak berapa jam lagi nak tengok STAR WARS THE FORCE AWAKENS. Excited kan? Insha Allah, tayangan tengah malam ni saya bersama Abe di One Utama. Dating lettew. Abe kata, pastikan dah khatam 6 episod sebelum nak pi tengok yang baru. 

STAR WARS THE FORCE AWAKENS, leamustafa.com, the force awakens,

Antara episod-episod yang dah setel ialah : 


Star Wars Prequel Trilogy : 

Episode I : The Phantom Menace

Episode II : Attack of The Clones 

Episode III : Revenge of The Sith 


Star Wars Original Trilogy 

Episode IV : A New Hope 

Episode V : The Empire Strikes Back 

Episode VI : Return of The Jedi


Star Wars Sequel Trilogy 

Episode VII : The Force Awakens 

Episode X : The Empire Returns 

Episode VII (2017)

Episode IX (2019)


Yang mana Return of The Jedi baru setel tengok petang sat-sat ni. Benda-benda yang saya nak kena ingat ialah : 

Nama-nama orang jahat  : Darth Vedar, Kylo Ren, Emperor Palpatine, Stormtrooper

Nama-nama orang baik : Luke Skywalker, Obi-Wan Kenobi, Princess Leia

Sebenarnya banyak lagi watak-watak Star Wars, tapi nama-nama tu aku kena ingatlah. Kira kalau aku tak tahu tu, tak payah sangatlah nak ber STAR WARS. 
Satu lagi, tengok warna lightsaber, merah orang jahat, selain merah orang baik. 

Sesekali terfikir, masa cerita Star Wars ni tayang masa aku kecik-kecik, aku tengok cerita apa ek? Kenapa satu episode pun tak pernah melekat kat pale otak aku ni. Mesti aku dok tengok Joe Jambul, Oshin dan citer lawan-lawan bola tampar tu. 

Watak Star Wars yang pertama aku dengar ialah Princess Leia back in 2002. Masa ni Abe yang sebut, acah-acah nama aku Lea, konon-konon nak jadi Princess Leia. Watak kedua ialah Luke. Sebab Abe guna nama tu sebagai nama timangan dia. Yang paling best, Sheldon Big Bang Theory ialah C3PO. 

STAR WARS THE FORCE AWAKENS, leamustafa.com, the force awakens,

Tak tahulah watak apa akan keluar malam ni. Harap-harap dapatlah menahan diri dari menyoal Abe di waktu tengah-tengah layan movie. Aku akan cuba memahami jalan cerita dengan baik. Korang jangan risau, aku tak pandai sangat nak buat review citer orang putih. Kesian kat korang, nanti kalau aku dah cerita, dah kurang korang punya excited tu kan? 

Apa-apa pun marilah kita tengok teknologi dalam cerita ni, imaginasi, watak, jalan cerita, dan macam-macam lagi

. Aku pasti, macam mana duk gebang kat sana sini, mesti lebih gebang bila tengok sendiri. 

Selamat menonton korang. 


No comments