12.24.2015

, ,

TIPS DILWALE


Dilwale. Pertama kali masuk wayang nak tengok cerita Hindustan. Tapi kali ini, Abe tak mau ikut. Jadi, saya plan dengan kawan-kawan sekolah. Kami pergi berempat. Mungkin boleh aje nak tunggu sampai keluar kat tv2 atau Astro, cuma nak melihat secara live kat wayang. 

Saya yakin Shah Rukh Khan dan Kajol akan memberikan lakonan yang baik dalam Dilwale. Sangat yakin. Masa dulu-dulu selalu ingat depa berdua ni couple.  Masa iklan-iklan tu, dah terbayang-bayang diorang dalam Kabhi Kushi, Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jeyenge. Diorang berlakun selalu "natural". Something. Macam mana nak cakap eh? Korang akan tahu kalau selalu tengok citer-citer yang diorang berlakun berdua. 

Ada beberapa tips kalau nak tengok Dilwale

Tips 1 - Pastikan waktu wayang tak menyebabkan anda tinggal solat. Sebab cecah 3 jam kat dalam panggung. Korang mesti tak nak miss part-part penting yang menyebabkan korang akan tanya kawan-kawan kau, kenapa begitu, begini. Kalau amek tiket kul 1.20 petang, ada lebih kurang 5-10 minit, iklan-iklan yang ada, maka guna masa tu untuk solat. Tidak pun, lari keluar dari panggung untuk solat. Selesai. 

Tips 2 - Dari awal nak mula, saya dah pegang prinsip, hero mesti menang. Hero kalah dulu, itu biasa. Orang jahat mati, orang baik hidup lama. Cuma, saya nak tengok bagaimana cerita hero menang di garap. 

Tips 3 - Hindustan tetap hindustan. Ada nyanyi, lagu, sound effect, ada gaduh, ada ketawa ada sedih. Kagum betul orang Hidustan buat jalan cerita. Pandai tau, dia mainkan perasaan saya. Kalau korang hati sendu, sila sediakan tisu. 

Tips 4 - Jangan terlepas satu babak pun. Jadi, tips 1 perlu dipatuhi. Sebab.. sangat-sangat berkaitan. 

Tips 5 - Boelh beli air, jangan asek minum. Tapi sure, dalam masa 3 jam, mesti nak ke toilet. So, pastikan 2 jam pertama, korang stay tengok, part-part penting tu. 

dan yang terkhir, 

Kalau korang tengok, layan ajelah ceritanya sampai habis. Kalau ada yang korang tak suka, korang diam aje. Pastinya, tak apa yang korang tak suka. Saya? Come on. Nak komen hasil kerja Dilwale yang makan  juta-juta ni, tak mungkin. 

Saya nak buat montaj 10 minit pun, rasa nak pecah kepala. Apatah lagi, nak komen-komen filem 3 jam, realistik sikit. Angkat dua ibu jari tangan !!!! Pandai betul pengarah, pilih warna, pilih tempat nyanyi (yang ni korang dah boleh tengok kat you tube ), semua kena. 

Sudah pastinya, muzik latar dalam filem ini akan jadi sebahagian daripada lagu-lagu dalam montaj terbaru saya. Perfect. Dan kawan saya sempat kata, "kak Lea, bila umur 40 tahun, kak Lea akan cantik macam Kajol". Hahahhahah. 



Some Love Stories Never End... 



tips dilwale, dilwale, gerua, leamustafa.com,


tips dilwale, dilwale, gerua, leamustafa.com,

2 comments: