WOP - WOOD FIRED OVEN PIZZA


Gigih saya dan suami cari lokasi Wood Fired Oven Pizza ni. Jangan cakap akak tak payung ye. Kami sampai tepat jam 5 petang, bila hari cuti buka awal sikit. Hari ini ada 80 pizza sahaja. Jadi, siapa datang cepat, dia dapat. 


WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA


Sampai sahaja WOP, crew WOP tengah buat persiapan. Simple aje saya tengok kedai ni, dan paling best semua crew yang bahagian depan ialah lelaki. Kagum sikit aje sebab nak makan masakan orang lelaki. 

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Tu dia oven yang diperbuat dengan batu bata. Pakcik baju kelabu tu engineer api. Jadi, kalau api mati, gigit jarilah pizza tak masak. 

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Ni dia orang penting yang adun tepung jadi doh. Cool aje muka dia. 

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Senarai jenis pizza dengan harganya sekali. Alamak bang, pakai marker aje, sikit hari lagi hilanglah semua tulisan kat situ. Mungkin dah ada yang baru kot sekarang. Weehhuuuu. 


WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Datang ke kaunter untuk buat order dan terus bayar ye. Kita kene beri nama. Kemudian, bila pizza siap, nama kita akan dipanggil. Jadi, jangan duduk jauh-jauh sebab abang ni suaranya perlahan. 

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Tiga gambar berturut ni, step buat pizza. Paling best bila tengok, cheese ketul-ketul tergolek-golek atas doh. Selepas ni, terus masuk dalam oven. Oleh kerana keluasan oven tu kecik, hanya dua keping pizza sahaja yang boleh masuk dalam masa yang sama. Tangan yang power aje boleh tahan panas oven ni. Nampaklah, berpeluh-peluh engineer api nak jaga api. Nampak senang aje kan? Hahaha. Cubalah dok sekali dengan depa. Berapa lama korang amek masa nak siap.  

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Ini ruang menunggu. Depan rumah aje. Bagus tuan kedai ni, sediakan bangku. Tapi ada juga yang lebih suka berdiri, suka berjalan-jalan, tapi saya suka dua-dua. Kalau datang nak tapau, baik bawa kawan. Paling tidak boleh membebel dengan kawan kau tu, sampai pizza kau siap. Tapi kalau terpaksa datang sorang, bawaklah bahan bacaan ringan. Jangan kau bawa pula assignment kau nak buat kat sini, nanti ada yang kene bakar. (Gurau jek).

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Masa untuk masak hanya lebih kurang 4 hingga 5 minit untuk satu-satu pizza. Dikeluarkan dalam keadaan masih "glup-glup", letak oregano dan potong. 

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Saya cuba semua jenis pizza. Weehuuu...

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Ini muka ada senyum !!!

Masuk dalam kotak dan siap untuk dibawa pulang. Serius, saya kagum dengan teamwork mereka. Sangatlah cool. Sesekali dengar juga, crew kata, itu habis, ini habis, apa yang tengah nak masak dan bunyi engineer api tiup ke dalam oven. Layanan mereka pun ok. Janganlah harap depa nak layan kita macam kita duk restoren mahal, cukuplah sekadar senyum, bagi korang nak amek-amek gambar, kira ok apa. Diorang berborak-borak sesama diorang pun suaranya halus. Kadang-kadang nampak main angguk-angguk kepala aje. 

Paling saya KECEWA, saya tak sempat nak tangkap gambar pizza-pizza yang saya beli. Tak sempat !!! Sumpah tak sempat dan tak ingat langsung.  Bau pizza sedap tu buat saya hilang ingatan kejap. Sampai rumah aje, kebetulan saya dan suami memang tak lunch sebab dah plan nak makan pizza, kami baca doa dan terus makan. Makan dengan bersemangat dan tak toleh kiri kanan. Punyalah sedap, cheese meleleh, doh pun lembut. NOMNOMNOM!!!Tahu-tahu aje, pizza dah habis, dan pada waktu itu baru menyesal, saya tak tangkap gambar walau sekeping. Walau sekeping!!! Ni semua salah awak WOP sebab buat pizza ni sedap !!!

Serius, pizza ni memang sedap. Makan waktu panas-panas, depan TV , sambil pasang Big Bang Theory. Ada air kopi O panas 434, bertambah-tambah selera. Ye, kami akan ulang datang lagi. Itu sudah mesti.  

Kepada crew WOOD FIRED OVEN PIZZA berjuta-juta tahniah diucapkan. Semoga perniagaan bertambah maju dan semakin kaya dan berjaya. Harap-harap tak naik rege lah yer, walaupun Majalah Tiga dah cover. 

Selamat maju jaya. 

WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Coordinate : 3.078400, 101.496561 

[copy & paste / type coordinate tersebut ke Waze / Google Maps / Sygic / TomTom dan sebagainya]



WOOD FIRED OVEN PIZZA, PIZZA FROM HELL, LEAMUSTAFA.COM, PIZZA

Baki pizza. Ini aje ada. 


6 comments

  1. Replies
    1. kat shah Alam.
      Ini kordinate, boleh copy dan paste di Waze 3.078400, 101.496561

      Delete
  2. Replies
    1. kat Shah Alam.
      Ini kordinate, boleh copy and paste di Waze.
      Jalan Akuamrin 7/21

      Delete
  3. Hi, kami dah pindah ke lokasi yang baru. Google kami untuk lokasi. Terima kasih!

    Dari,
    WOP team

    ReplyDelete
  4. Hi, kami dah pindah ke lokasi yang baru. Google kami untuk lokasi. Terima kasih!

    Dari,
    WOP team

    ReplyDelete