10.27.2016

,

Penilaian Jemaah Nazir GC DG48


 Setelah 3 minggu dalam penantian dan debaran, saya telah didatangi oleh wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Selangor bagi permohonan jawatan guru cemerlang Dg48. Seingat saya, borang permohonan saya hantar pada awal bulan Ogos dengan serahan tangan. Abe jugalah yang menemani saya ke PKNS. 

Untuk memudahkan pembacaan, saya garap pengalaman saya dengan kronologi tarikh. 

7.23.2016

BUKU TIGA LIMA


Kadang-kadang saya tak pasti dengan ingatan saya sendiri. Kadang-kadang saya lebih cepat lupa skarang. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang ada dalam kepala saya, saya tak dapat nak susun dengan baik dalam otak saya. 

Mungkin juga sebab lambat makan vitamin B kot. hahahah.




Saya nak tekankan tentang keutamaan menulis. Saya memang suka menulis. Tulis memang banyak, dan kadang-kadang-kadang kertas bersepah-sepah. Kalau kena menulis, saya capai apa yang paling dekat dengan saya. Kertas koyak, kertas besar. Apa aje. Dan bahagian yang paling teruk ialah bila nak cari semula kertas-kertas itu. Ini paling dasyat. Nak kena selongkar semua benda, seba saya main dok selit-selit aje. Saya tak commit dengan pegang buku catatan. Saya tak bawa selalu buku catatan saya. Memang setiap sehari akan bertukar, ikut sempat saya capai. 

Ada satu insiden menyebabkan saya sangat bersyukur kerana saya menulis. Ini betul-betul mengajar saya.  Bulan April lepas, saya guru bertugas mingguan bersama kak Zakiah. Memang rutin sekolah, hari Khamis adalah hari dialog prestasi semua guru dan guru bertugas perlu mengambil catatan. 

Sepatutnya, guru bertugas perlu ambil kehadiran, sebab saya guru sesi petang, maka saya ambil kedatangan guru sesi petang dan membuat catatan isi mesyuarat. Saya betul-betul tak ingat saya ambil catatan ke tidak. 

Khamis lepas, penolong kanan kurikulum minta semua guru bertugas serahkan laporan catatan untuk kemas kini fail. Ligat otak saya duk fikir mana saya letak laporan saya. Kalau tak ada, nak kena karang. Pergh!!! Otak saya tak sekuat itu nak ingat. 

Sebab tak tahu nak mula dari mana pencarian saya, saya buka Ipad dan scroll note saya satu-satu. Saya semak senarai nama guru bertugas dan saya bertugas pada tarikh 7 April. Kalau betul, Allah SWT nak selamatkan saya, saya mesti ada buat catatan pada tarikh tersebut. 

Dok scroll dan mata saya ternampak tajuk Note “7 April 2016”. Terjerit sekejap dan saya melafazkan kesyukuran. Allah SWT betul-betul selamatkan saya kali ini. Dan, saya tahu, saya kena menulis selepas ini. 

BUKU TIGA LIMA, LEAMUSTAFA.COM, CATATAN SAYA,

Dan mungkin jalan ringkas kalau bateri ipad kong ialah buku tiga lima? 

BUKU TIGA LIMA, LEAMUSTAFA.COM, CATATAN SAYA,



“If you don’t write it down, you will forget”

7.15.2016

RESPEKLA BRO




Isu klise dalam satu organisasi ialah tentang hormat menghormati. Tak kira siapa pun kita. Kita bos, kita pekerja, kita pekerja sama level, sama bidang, tak sama bidang dan sebagainya, isu respek ni, nak dengar pun sampai muak. 

Masa saya mula-mula kenal dunia pekerjaan, ada satu pengetua berbangsa Cina pernah pesan pada saya, kita semua mesti ada respek orang lain, tapi kita tak boleh minta orang respek kita, itu akan jadi sendiri. 

Respek bukan benda yang boleh kita minta-minta.Respek adalah satu nilai murni yang lahir dari secara positif. Kalau cara dapat dengan meminta-minta, memang tak akan dapatlah. 

Jadi, daripada kita sibuk minta-minta orang respek kita, apakata, kita usahakan 11 perkara ini. Moga-moga kita akan dihormati dengan sebaik-baiknya.

1. Tunjukkan keyakinan diri anda - Buat sesuatu tugas sehabis baik dengan tunjukkan semangat untuk hasilkan yang terbaik bersama. Kekalkan identiti dan prinsip diri sendiri, tetapi jangan biarkan ketakutan melenyapkan potensi diri. 

2. Siapkan tugas pada masa yang ditetapkan - Biasalah, kita dapat tugas adhoc dan tiba-tiba. Cuba buat sehabis baik dan tepat masa. Jika dapat dateline yang tak masuk akal, bawa bincang dan cari penyelesaian. 

3. Tunjukkan kerendahan - Bila ada buat salah, akui kesalahan tetapi tak perlulah nak sebut kesalahan tu 24 jam. Tak perlu sampai nak menghinakan diri sendiri. 

4.  Banyak bersabar - Jika perlu belajar benda baru, bersabar untuk belajar. Jika perlu beri tunjuk ajar, bersabar. Bila anda berjaya bersabar, anda berjaya pupuk diri anda belajar bersabar. 

5. Respek juga, kalau anda ada perasaan tak suka - Mana ada 24 jam suka, dan 24 jam tak suka. Sebab satu hari nanti, tak tahu apa jadi pada diri kita. Boleh jadi waktu itu kita perlukan pertolongan mereka? 

6. Gosip? - Janga rilek, ini penyakit boleh berjangkit.  Tangani dengan sebaik-baiknya. Tak perlu sebar-sebarkan, tetapi lebh baik cari kebenaran atau fikir cara nak meningkatkan pekerjaan . 

7. Keterlibatan - Jika ada perkara baru, libatkan semua yang perlu tahu. Sebarkan maklumat tentang objektif dan kesan program yang ingin dijalankan. Sebaik-baiknya sebarkan secara bertulis. 

8. Puji - Semua orang suka benda ni. Tetapi lebih baik lahir dari hati yang ikhlas. Adakalannya, tidak perlu secara terang-terangan. Mudah-mudahan, semangat kerja semakin tinggi dan tidak mudah patah semangat. 

9. Kongsi ilmu - Ilmu ini terlalu luas. Kadang-kala tidak terkejar. Jadi, jika ada ilmu baru berkongsilah dan jangan pula kita tak mahu ambil bila ada rakan ingain berkongsi. Maklumlah, ada pepatah kata, kalau kau ada sesuatu ilmu , sampai bebila kau aje yang kena buat benda tu. 

10. Bersih dan terancang - semua orang suka benda bersih dan wangi. Terancang - patut memang macam ni. Sebaiknya ruang kerja kita mestilah bersih dan tersusun.  

11. Jadilah profesional - Kehidupan di luar tempat kerja adalah privasi, maka janganlah sampai terbawa-bawa ke tempat kerja. Pandai-pandailah bahagi. Tak perlu nak cerita semua benda hal rumah bagai kat tempat kerja. Simpan-simpan sikit. 

12. Jadilah orang jujur - Bab ini, ramai yang pandai cakap tapi tak pandai buat. Jadi jujur bukan bermaksud melawan. Bercakap benda yang benar. Sebab, dengan kejujuran kita boleh memperbaiki diri kita sendiri. Kita selalu rasa diri kita perfect, tak boleh nak terima teguran orang lain? Kita tidak akan berjaya dan tak akan ke mana-mana, hanya kerana kita tak dapat nak bezakan antara pertanyaan dan melawan. Sebabnya, bila kita beri arahan atau tugas kepada seseorang, mereka bertanya, ada yang merasakan itu adalah melawan. Come on, rasional sikit fikir tu.  

Fuiihhh... panjangnya. Semoga... Saya pun dapat banyak dari apa yang saya tulis. Saya tidak hebat, tetapi menulis untuk mengingatkan diri dan mungkin juga sedikit sebanyak menyedarkan  orang lain.

#respeklabro 

diolah dari sini





7.14.2016

,

TUGASAN T4 ADIL



Assalamualaikum dan salam ukhuwah, 

Kepada semua pelajar tingkatan 4 Adil (kelas ustazah Lea), ustazah sudah sediakan soalan yang perlu dibuat di dalam pautan yang telah disediakan. 

Pelajar hendaklah sign in menggunakan akaun email gmail. Sekiranya tiada, pelajar hendaklah mengambil masa sedikit untuk membina akaun email gmail. Dan akaun itu boleh digunakan untuk tugasan-tugasan akan datang. 

Terima kasih. 


Latihan KORBAN  
Latihan AKIKAH  

7.13.2016

, ,

MARI ULANGKAJI SPM BERSAMA USTAZAH






السلام عليكم

Kali ini, pendekatan saya lain sedikit. Pelajar boleh membuat ulangkaji bersama-sama ustazah dengan cuba menjawab soalan yang diberikan. 

Insha-Allah, ustazah akan cuba bantu pelajar memperbaiki jawapan untuk soalan yang diberikan. 

Ambil masa sedikit untuk sign in menggunakan email gmail anda. Jika tidak mempunyai akaun gmail, boleh buat akaun dahulu. Tak lama pun, kejap aje. 

 Jika pelajar log in menggunakan alamat email gmail, pelajar akan dapat melihat maklumbalas, dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. 

Mari kita cuba. 

PILIH TAJUK

T4

KORBAN
AKIKAH 




7.01.2016

,

BUKA PUASA DENGAN OSA




BUKA PUASA DENGAN OSA, leamustafa.com, onesolutionadviser, unittrust,

Seingat saya, (kalau ingatan saya masih baik) sejak saya berkahwin dengan Abe, inilah acara pertama Abe ajak saya sertai majlis berbuka puasa. 

Saya memang pantang, kalau acara makan-makan, lebih-lebih lagi free (Abe bayar). Kecil tapak tangan, stadium Shah Alam saya tadahkan. Jadi, lepas sekolah, siap-siap solat di surau, saya tunggu Abe datang naik motor di sekolah. 




BUKA PUASA DENGAN OSA, leamustafa.com, onesolutionadviser, unittrust,

Sejak bulan dua, Abe akan pergi meeting setiap hari Selasa. Jadi, hari ini, saya jumpa mereka-mereka yang memberi inspirasi kepada Abe. 

Sebagai orang yang baru kenal, saya lebih suka memerhati. Dan saya sempat pesan kepada Abe, saya boleh bawa diri sendiri supaya Abe boleh "bonding" dengan rakan-rakannya. 

Banyak perkara-perkara yang singgah ke hati saya. Dari mula majlis sampailah ke akhir majlis. 

Dan, saya coretkan sedikit luahan hati saya pada satu gambar di instagram. 



Apa benda OSA? Satu company yang membantu individu untuk membuat pelaburan ke atas mana-mana fund dengan pelbagai cara yang semestinya patuh shariah. 

Pendek kata, saving untuk masa depan dengan lebih teratur dan lebih berilmu. Saya sudah. Anda bila lagi

6.01.2016

,

PASUKAN INOVASI SEKOLAH



بسم الله الرحمن الرحيم 

Besar tanggungjawab saya kali ini. Nama saya naik untuk hadir ke taklimat penubuhan pasukan KIK sekolah pada 13 April 2016. Tinggi hasrat pengetua untuk saya mengetuai pasukan inovasi sekolah. Saya sendiri merasakan ini peluang yang tak boleh saya sia-siakan. Namun, perasaan saya ini mungkin tak sama dengan orang lain kan? 

Arahan yang mudah, saya terima tanpa banyak tanya. Saya juga perlu beri satu nama guru yang akan bersama-sama saya untuk hadir taklimat. Terlintas hanya nama kak Hiyah. Entah kenapa? Tak ada alasan. Mesti kak Hiyah pun akan marah saya sebab cadangkan namanya. Tapi, kak Hiyah bagus. Dia juga hadir ke taklimat bersama-sama dengan saya, tanpa banyak tanya. 

Saya masih ingat, tahun terakhir saya terlibat dengan kumpulan KMK di Johor dahulu, itupun 5 atau 6 tahun lepas dengan pasukan pembantu makmal. Sempat juga ke peringkat negeri merebut piala SUK Negeri Johor. 

Taklimat yang mengambil masa lebih kurang 3 jam, membawa otak saya merawang-rawang. Apa projek nak buat? Kak Hiyah kata, dia ikut sahaja. Sudahlah tu, setiap sekolah di Petaling Utama wajib hantar satu pasukan. 

Lepas mesyuarat, kami singgah makan di Sambal Hijau, Kampung Sungai Penchala. Dan kami masih lagi, dok berkira-kira, siapa yang kita nak dimasukkan dalam kumpulan inovasi sekolah. 





Bukan apa, siapa sahaja yang sanggup dapat kerja tambahan? Siapa sahaja yang sukarela untuk menjadi ahli pasukan inovasi? Sebab tambah kerja, tambah beban, tambah masa dan pastinya, bila dah mula, kena habiskan sampai siap. Ini bukan perkara senang. 

Kami berdua berkira-kira depan pengetua. Pengetua memberi pandangan dan mengingatkan bahawa ahli pasukan KIK mesti berlapang dada jika terpilih. Dan akhirnya, kami dapat 7 nama tambahan. Mereka ialah Encik Mazlan, Pn Helma, Pn Siti Zubaidah, Pn Fazlinda, Puan Norbaya, Pn Ramlah dan Ustaz Wan. Kami beri juga peluang, pada sesiapa yang rasa diri terbeban untuk tarik diri, namun semuanya berbesar hati dan sanggup memberikan komitmen dengan baik. 

Alhamdulillah, sejak 14 April lepas sehingga kini, pasukan ini berganding bahu dan saling menyokongdengan baik. Oleh kerana kami campur sesi pagi dan petang, kita jarang-jarang dapat kumpul serentak sekali. 

Namun, telegram menjadi perantara komunikasi kami. Sebagai fasilitator, saya lebih selesa bergerak secara santai dengan pasukan-pasukan, memberi kelonggaran dan meminta tugas dilaksanakan mengikut kemampuan. Saya mengalu-alukan perbincangan dan perdebatan secara terbuka, malah meraikan kekurangan untuk menjadi lebih baik. 

Sekarang, semasa gambar di atas diambil, inovasi kami sedang melalui proses uji-lari. Dan kami sangat-sangat gembira kerana sebahagian besar guru di sekolah menyokong kami.

Pada waktu mula-mula kami rasa takut, kini kami rasa sangat bersemangat untuk menyelesaikan inovasi untuk ditunjukkan pada semua warga sekolah. 

Malah saya dapat rasakan pasukan kami macam satu keluarga. Meskipun banyak kekurangan, kami sokong dan bantu sama-sama,sehinggakan saya tak nampak kekurangan itu. 

Harapan saya? Pastinya saya ingin membawa kumpulan saya menyertai konvensyen pada bulan Ogos nanti. 

Lupa pula nak bagi tahu inovasi kami ek? Bawah pengurusan HEM dan selebihnya adalah rahsia. 

Doakan kami ek. 


5.29.2016

,

NAIK ETS




NAIK ETS, KERETA API, KERETAPI, KL SENTRAL



Pertama kali dengar tentang ETS ni, tahap jakun gaban ni memang ketaralah. Nak-nak bila orang share itu ini kan, lagilah rasa macam nak pergi aje naik keretapi terus. 


Belum masanya, maka hasrat itu, mati dulu kat situ. Minggu ini, bila kena bertugas di Ipoh, terus nampak kenderaan paling utama ialah kereta ataupun keretapi. 



Sebelum google, calling-calling kawan dulu. Ada yang kata, kena booking awal la, ada yang kata kena beli kat stesyen lah. Semua maklumat yang tak tepat ini, perlu ditapis. 



Maka saya pun terus cari pakcik google KTMB. Nah, ini capaian paling tepat untuk tengok tiket KTMB E-Ticketing System.  Sebaiknya, register terlebih dahulu dan mestilah ingat id dan password. Kenapa perlu register, mudah untuk tengok history, ataupun nak buat report pun mudah. 







Contoh macam gambar di atas. Untuk mudah nak cetak atau download aje tiket. Buat masa ini, saya print tiket sebab atas keretapi pegawai nak cop tiket tu. Masa beratur kat kaunter, tunjuk tiket kat telefon bimbit aje. Mungkin boleh juga kot tayang tiket guna telefon masa kat atas keretapi, jimat kertas, sayang kat pokok. 


NAIK ETS, KERETA API, KERETAPI, KL SENTRAL


Ini pulak menu reservation tiket. Untuk pilih dari mana nak ke mana. Saya suka ambil dari KL Sentral, dan anda boleh pilih dari mana-mana stesyen anda tetapi bergantung kepada masa yang ada. Kalau bermula dari stesyen utama, masa lebih sharp berbanding di stesyen transit. Ada masa, lewat sedikit. 


NAIK ETS, KERETA API, KERETAPI, KL SENTRAL
HARGA COACH PLATINUM

NAIK ETS, KERETA API, KERETAPI, KL SENTRAL
HARGA COACH GOLD 
NAIK ETS, KERETA API, KERETAPI, KL SENTRAL
HARGA COACH SILVER


Harga tiket bergantung kepada tiket dan waktu perjalanan yang anda pilih. Malah, perbezaan masa perjalanan juga berbeza mengikut coach yang anda beli. 


Sebagai contoh, anggaran tempoh perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh 



- Platinum Coach ---- 2 jam 

 - Gold Coach ---- 2 jam 20 minit
- Silver Coach ----  2 jam 30 minit


- mengikut berapa banyak stesyen transit keretapi berhenti untuk turunkan dan ambil penumpang. 



Apapun, saya belum pernah rasa coach platinum, baru pakai gold. Ok sangat. Saya dapat rasakan ruang yang luas, tempat duduk boleh turunkan, dan saya tidor lena dalam perjalanan. 



Tapi, saya masih belum pandai nak ejas tempat duduk supaya sama dengan arah keretapi bergerak. Dan jika anda terpilih seat yang melawan arus keretapi bergerak, elakkan tengok tv atau perkara yang menyebabkan anda mudah sakit kepala. 




Tanda ada disediakan... besar. Selesa... sedangkan perjalanan agak panjang, dan kepala anda sakit. Itu boleh menybabkan mood anda hilang. 



Apapun, ini kemudahan yang terbaik untuk kita semua. Saya suka naik keretapi, seba saya rasa malas sangat nak memandu. Hahahah... Untuk saya yang jenis suka rehat-rehat dan termenung, naik keretapi adalah pilihan paling tepat. 


5.05.2016

KESEMPURNAAN



Sempurna adalah impian setiap manusia. Dalam mengejar kesempurnaan, Allah datangkan beberapa kekurangan yang akan menyempurnakan. Kadang-kadang kita tak nampak dengan mata kasar kita. Kita tak nampak di sebalik mata jahat kita. 

Saya sendiri, memang sukakan yang sempurna. Walaupun laluan hidup saya banyak kelemahan, banyak musibah dan segala macam perkara yang tidak terjangka, namun Allah S.W.T lengkapkan dengan perkara-perkara yang menyempurnakan. 

Bila saya harapkan yang terbaik, saya tak dapat, saya akan frust. Itu sudah semestinya. Bila kecewa rasa macam dah tak boleh nak cakap. 

Tapi, kecewa saya sekejap aje. Sebab bila muhasabah balik, Allah sedang menghantar peringatannya melalui orang-orang yang ada di sekeliling kita. Mujur saya sedar cepat. 

Sempurna itu Allah yang tentukan, dan yang tak sempurna juga Allah yang tentukan. 


4.30.2016

,

ANALISIS FORMAT SPM 2015






Assalamualaikum. Harapan saya semoga perkongsian ini berguna untuk semua. 


ANALISIS FORMAT SPM 2015, www.leamustafa.com, spm pendidikan islam,

Tulisan saya hanya sekadar tulisan biasa. Apa yang saya lakukan hanyalah satu pandangan peribadi berdasarkan kepada kertas soalan SPM Pendidikan Islam 2015 yang ditunjukkan kepada saya oleh anak murid saya, Azzalea. Sekarang, beliau ada di Argentina. Best kan? Selepas exam sahaja, dia serahkan kertas soalannya kepada saya. Katanya, "ustazah ambillah, saya dah tak perlu." 

Jangan terikat sepenuhnya kepada bentuk soalan, susunan dan cara pertanyaan kerana pandangan ini adalah pandangan peribadi. 

Ish-ish... buda-budak zaman sekarang. 

Semoga berjaya kalian semua. 

Kertas 2 Pendidikan Islam 

Muah ciked !!!
, ,

40 MINIT KEDUA




Akhirnya, tempoh 30 hari dari  pemantauan pertama pun sampai. Dalam berkira-kira nak datang hari Khamis atau Jumaat, akhirnya dia pilih hari Jumaat. 

Kebetulan, perancangan Allah tu selalunya tepat. Semalam adalah hari e-learning untuk satu UM. Maka beronlinelah saya dari sekolah. 

Biasalah, kalau dah duduk kat sekolah tu, segala macam mak nenek nak dibuatnya. Pegawai PPD datang jam 2.20 petang. Saya pinjam anak-anak murid dari kelas kawan-kawan selama 2 masa. Mujurlah, masih ada yang sudi membantu. 

Masa yang digunakan secara tepat ialah 40 minit sahaja. Dalam pada anak-anak murid saya yang blur, sebab semalam tak ada kelas dengan mereka. Jadi, main tarik aje untuk selamatkan keadaan. 

40 minit berlalu dengan cepat. Dengan usaha, kerjasama pelajar dan bantuan dari Allah, saya berjaya habiskan dengan baik. 

40 MINIT KEDUA, LEAMUSTAFA.COM, PEMANTAUAN PPD,

Dan inilah markahnya. 86.6 peratus. Hikmahnya Allah dalam menegur manusia.

Saya buat sesuatu yang baru dalam pengajaran saya. Saya percaya, kita masih belum terlambat. Terlalu banyak teknologi yang ada di sekitar kita untuk kita guna. 

Anak-anak murid kita hidup dalam dunia ini. Kita kene lebih dua tapak ke hadapan. Betul kan?  


4.25.2016

PLANNER UNTUK DIRIKU


Sekarang dah terjebak dengan penulis konvensional. Lama betul tak menulis di sini. Bukan lupa, cuma masih tak pandai bahagikan masa. 

Tulis kat buku, bukan merapu panjang-panjang pun, hanya tulis kata-kata semangat, jurnal kehidupan, apa yang berlaku. Rasa seronok sebab boleh tampal-tampal sekali. Setakat ni, saya dah ada dua jenis, satu besar dan satu lagi bersaiz A5. 

Planner, sepatutnya jadi satu guideline untuk rancang apa yang kita nak buat pada masa depan. Rancangan apa yang kita nak buat dalam minggu, hari dan sebagainya. Tapi, setakat ini, planner saya, saya tampal dan tulis-tulis perkara-perkara yang dah berlaku dalam hidup saya. 

Saya gembira dan saya suka. Apa-apa yang saya buat dan membuatkan hati saya bahagia, sudah cukup untuk saya. Adakalanya, saya tampal gambar yang di cetak de kedai. Supaya saya boleh mengingati moment-moment saya. 

Sebenarnya, planner juga adalah salah satu cara untuk saya melepaskan rasa stress saya. Saya akan menulis, menampal, menyelak semula tulisan saya. Perasaan ini susah nak diterjemahkan, tetapi ia sangat memuaskan. 

Betul juga masa dengan planner adalah masa untuk kita bersendiri. Untuk kita melayan isi hati sendiri. Dengan washitape, kad-kad comel, sticker dan macam-macam lagi, buat saya makin seronok. Saya dapat memberikan segalanya ketika saya buka planner saya. 

Tak salah punya planner, meskipun, apa yang dicatat adalah 
benda-benda yang lepas. Sebenarnya, kita memang sudah merancang, kita merancang untuk menulis masa-masa yang telah berlaku dalam hidup kita. 

Hidup yang pernah ada 


4.07.2016

, , , , , , , , ,

IBADAH HAJI ~ DAH KE BELUM?

Bagi warganegara yang belum pernah menunaikan ibadah Haji, kos = RM9,980.00 [Tabung Haji]


Bagi warganegara yang sudah pernah menunaikan ibadah Haji, kos = RM18,890.00 [Tabung Haji]

Bagi yang mereka yang berhasrat nak menunaikan ibadah Haji mengikut pakej swasta, contohnya:

  1. pakej paling murah TH Travel & Tours = RM39,990.00
  2. pakej paling murah Batuta Travel & Tours = RM24,496
  3. pakej paling murah Andalusia Travel & Tours = RM21,154

Berdasarkan data Trading Economics, purata inflasi di Malaysia dari 1973-2016 = 3.67%

Soalan #1 berapakah kos menunaikan ibadah haji 11 tahun dari sekarang?

Soalan #2 sudah siap sediakan simpanan untuk menunaikan ibadah Haji?

Soalan #3 berapa kerap nak tunaikan ibadah Haji?

Soalan #4 DAH DAFTAR HAJI KE BELUM?



Jika Kamu Bersyukur, Syukur

Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579   || FIMM #043-0-21048 ||



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

3.31.2016

,

TEGURAN ALLAH



Hari ini, saya perlu datang lebih awal dari biasa. Memang pun hari Khamis perlu datang awal. Bertugas untuk menulis slip guru ganti dan hadir dialog prestasi. Tetapi hari ini lebih istimewa. Kak normah bersara. Macam biasa, saya akan uruskan bahagian persembahan video. Tambahan kerja, saya perlu sediakan juga kek khas untuk kak normah. 

Majli pun mula jam 11 pagi. Video saya mula dulu. Lebih kurang 7 minit, selesai tugas yang pertama. Saya pack-pack laptop masuk dalam beg dan plan untuk pergi ambil kek pula. 

Mujurlah sha ada. Tugas sha pun dah selesai. Kami pun pergi Giant, beli kek dan balik. Semua tu ambil masa lebih kurang 30 minit. Selesai satu tugas. Tugas seterusnya ialah buat slip guru ganti. penolong kanan petang dah siap-siap uruskan, hanya tinggal saya cetak dan tulis semula dalam slip khas. 

Selesai urusan slip ganti, saya bergegas ke bilik utiliti, untuk jamuan makan perpisahan. Rasa sedap betul dapat duduk dari kekalutan buat kerja. Meraikan orang bersara, adalah penghargaan terakhir kita buat rakan sejawat. 

Sedang elok saya makan, ketua panitia hubungi saya dan kak kiah, katanya pegawai ppd dah sampai. Perancangan asal nak mencerap guru lain, kemudian pegawai kata nak cerap saya. Bahan-bahan dah siap, dan saya ke surau untuk cari pelajar. Tetapi pelajar saya dah bertaburan masuk ke dalam kelas. Saya pun patah balik ke kelas. 

Saya pun mulakan pembelajaran macam biasa. Namun, perancangan saya dan perancangan Allah, Allah lebih hebat. Dalam pada itu, momentum suara saya menurun. Suara saya tidak keluar seperti baisa. Tidak keluar seperti hari2 sebelumnya. Dan saya terasa seperti saya sangat penat. 

Saya dapat rasakan penyampaian saya hambar. Bila kita memang penat, apa pun kita nak cuba buat memang tak menjadi. Sebenarnya, saya sedang berehat. Saya cuba kumpul tenaga pada waktu itu. Masuk masa kedua, saya kembali bersemangat sehinggalah pegawai datang dan memanggil saya. 

Teguran Allah sangat ikhlas. Allah hantar melalui manusia. Bila pegawai kata, momentum amsa pertama saya hilang, saya pun akui. Kemudian , bila pegawai kata, saya bersemangat masuk masa kedua, beliau sudah pun siap membuat penilaian. Sudah siap penilaian, meskipun waktu pemantauan saya dua masa? 5 perkara yang disebut, semua saya buat. tetapi tidak mantap. Bila penat dan tercungap, apa pun tak boleh buat. 

Saya dah bawa ABM, alat-alat untuk beraktiviti. Namun semuanya tak pakai. Saya memang betul-betul penat. Dan agaknya, kalau pada waktu itu, ada yang memberikan saya bantal, saya akan turut terlelap. 

Markah yang sepatutnya boleh tukar kerana terdapat perubahan, pegawai itu sendiri kata, tak mahu tukar. Sebab, dia dah tulis pakai pen? Ermm, saya pun iyakan ajelah. Markah paling teruk kot saya dapat. Dan saya tak perlu nak bagi alasan-alasan ke apa, sebab bukan nak dengar pun. 

Selepas, pegawai keluar dari kelas, saya teruskan pengajaran sehingga waktu mengajar saya tamat. Tak lama pun, pengetua pun panggil saya. Seram juga saya, namun bila ulasan pengetua lebih kepada mempertahankan saya, saya rasa cukup-cukup lega. Ahli-ahli panitia yang lain, ermm.. hanya seorang sahaja yang menenangkan saya. 

Saya perlu sediakan laporan 5 muka surat. Hahahha. Buat sahajalah. Saya buat refleksi sendiri. 10 tahun ini, banyak mengajar saya agar membuat perubahan. Bukan tak mahu buat, tapi kepenatan.

Teguran Allah kali ini, kesannya sangat mendalam ke hati saya. Bukan ego... bukan degil. Muhasabah itu yang sepatutnya. 

3.24.2016

, , , , , , , , , , ,

UKUR BAJU, BADAN SENDIRI



Kalau ade satu mende yang bapak aku ajar yang akan ingat, "Ukur baju, badan sendiri”

Rasa macam dah berzaman mak abah aku dok Shah Alam ni, padahal kami baru je pindah 1997. Mak abah mula menyewa kat satu rumah kos rendah (yang tak renovate langsung) RM600 sebulan, sampai lah mak abah dapat beli rumah kami sekarang selang beberapa lorong dari rumah yang kami menyewa. 

Nak jadikan cerita, back in 1998 (ke 99?), mase mak abah aku beli rumah tu, owner jual RM90k. Pekh... masa tu, rumah se-kangkang kera 18x60, built-up cuma 650sqf takde pape renovation; RM90k tu rasa cam lahanat sangat mahalnya. Sampai ade mak sedara yang mengata.

Semalam jumpa parents aku kat Shah Alam. saje borak-borak, hantar creampuff... sementara tunggu masa nak jemput wife aku dari sekolah. Mak abah aku mention pasal ade sebuah rumah design asal rumah kami, yang belum renovate, beberapa lorong ke belakang sikit, baru je dijual pada harga RM300k++

I was like, WHAT THE FISH!!!!??? 300k tu, kalau dah renovate macam rumah mak abah aku skang, aku rasa munasabah la jugak (sket kot). Tapi ini basic unrenovated unit dijual pada RM300k. Kalau korang tengok rumah parents aku yang dah renovate macam-macam ni, versus rumah basic unit; memang korang akan kerut dahi memikirkan dimana logiknya 300k tu.

Untuk 300k, aku rasa, aku lebih rela beli dua bijik rumah flat sub-sale. Of course ade orang akan argue, "ni rumah tanah beb!!"  Come on la... tanah leasehold je kot, kangkang King-Kong lagi besar.Tapi kalau dah dua-dua belah pihak happy, biaq p la kan? 

OK fine. 

Ketepikan seketika prinsip "Willing Buyer, Willing Seller". Persoalannya, masa bile aje dalam tempoh 12 tahun yang lepas, dari pada tahun pertama aku mula bekerja, rumah (di Lembah Klang) pernah menjadi satu komoditi yang "mampu milik"?

Seingat aku, dari pada masa aku bergaji RM1300 mula aku kerja dengan Maybank dulu, sampai skarang, apartment berkeluasan 800-1000sqf ni sekadar "mampu tengok" aje. Memang aku tak mimpi pon dapat beli rumah tanah kat Lembah Klang nih. Mase tu Akaun II kat KWSP still ciput.... tunggu, punya tunggu, punya tunggu....

Skarang baru la KWSP Akaun II tu nampak berisi sket. Itupon, pada kadar gaji aku yang "maSYuuuk" sekarang ni, aku cume mampu beli rumah flat takde lift 750sqf aje; besar sikiiiiit je dari built-up asal rumah mak abah aku sebelum diorang renovate.

Aku kah yang tatau bersyukur? Atau pasaran hartanah masih dalam mode 'irrational exuberance" sejak dari mula aku bekerja?

Cerita pom-pang pom-pang, ade penyelesaian ke? Biarlah pasaran yang menentukan. Aku cuma boleh mencadangkan disiplin menabung. Disiplin menabung bagi orang-orang muda yang masih mengeluh setiap kali: tengok harga rumah-tengok Akaun II KWSP.-geleng kepala-tepuk dahi.

Ade alternatif yang lebih mudah kalau nak melabur hartanah ni. Dana REITs banyak kat luar sana:
  1. Amanah Hartanah Bumiputera
  2. Al-‘Aqar Healtcare REIT
  3. Al-Salam Real Estate Investment Trust
  4. Axis-REIT
  5. KLCCP Stapled Securities
AXIS-REIT : hambik kau!!!.

Itu baru cara mudah nak terlibat dalam pelaburan hartanah. Macam mana pula kalau nak menabung dalam dana yang terlibat dalam pelaburan Oil & Gas? Precious Metals? Nak tau? Sila PM di facebook/ Telegram.

Jika Kamu Bersyukur, Syukur



Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579   || FIMM #043-0-21048 ||



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

3.21.2016

, , , , , , , , ,

AKHIRNYA, AKU TERJEBAK....

February 2016, akhirnya aku terjebak menjadi seorang Unit Trust Con-man Consultant :-)

Nak jadikan cerita, 18 Januari 2016 aku bekertugas di tempat kerja baru. Peliknya kerja aku yang baru nih, aku punye off-day bermula hari Isnin sampai hari Jumaat. So kalau bulan tu aku tak banyak ganti orang cuti/cuti sakit/public holiday, pekh, ade dekat 20 hari jugak dalam sebulan aku tak bekerja.

Aku mula la bercita-cita nak kerja 7-Elevan la, jadi kerani front desk kat Bank la, jadi penyampai Trafik Sinar FM la, wat delivery Dominos Pizza la... jadi pemandu Uber pon aku ade pertimbangkan jugak :-)

Last-last, aku decide nak selesaikan satu perkara yang bertgangguh dari bulan October 2015; daftar sebagai Unit Trust Con-man Consultant:-)

seperti yang tertera di website Federation of Investment Managers Malaysia a.k.a FIMM

SOALAN #1: Kenape aku tetibe terjun jadi Unit Trust Con-man Consultant?

hmmm ....

Aku boleh bagitau yang aku TAK jadi Unit Trust Con-man Consultant sebab aku nak kaya; aku rasa dengan kelapangan masa yang aku ada sekarang ni, aku anggap diri aku seadanya sangat-sangat kaya ~ True Story!

Aku boleh bagitau yang aku TAK jadi Unit Trust Con-man Consultant sebab nak kayakan korang; please la, suruh isi borang pon korang malas, ade hati nak jadi kaya.

p.s: Kalau korang kenal mana-mana Unit Trust Con-man yang cakap melabur di unit Unit Trust adalah jalan menuju kekayaan, sila bakar dia hidup-hidup ~ tanpa was-was.


SOALAN #2: Kenapa tak daftar sebagai Unit Trust Con-man Consultant dengan syarikat Unit Trust yang lebih dikenali ramai? Kenape dalam banyak-banyak syarikat Unit Trust kat Malaysia ni, aku pilih untuk bernaung di bawah Phillip Mutual Berhad?

If you believe in Freedom to choose (kebebasan untuk memilih), korang akan faham kenapa aku pilih Phillip Mutual Berhad. Aku tak nak terikat kepada produk-produk Unit Trust hanya dari satu syarikat sahaja. Di sini, aku bebas untuk promote Unit Trust daripada Syarikat Unit Trust lain. Kenape? Tak percaya? 


Pernah dengar petapah (ntah dari mana) "Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah" ?
Aku register sebagai Unit Trust Con-man Consultant sebab aku nak manfaatkan ilmu yang aku dapat sepanjang aku belajar kursus Certified Financial Planner. InsyaAllah bulan June 2016 ni aku akan amik exam untuk modul terakhir; Modul 4 - Financial Plan Construction and Professional Respnsibilities

Soon, insyaAllah, aku akan register sebagai Takaful Planner pulak. Buat masa ni aku tak decide lagi Takaful mana aku nak join.

Ada soalan? Sila PM di facebook/ Telegram.


Jika Kamu Bersyukur, Syukur



Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579   || FIMM #043-0-21048 ||



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

3.20.2016

, , , , , , ,

TUKAR DUIT ISTIMEWA DENGAN NILAI BEZA

Aku ni makhluk yang lebih prefer guna Telegram daripada guna Whatsapp.

Antara kelebihan Telegram ni, kite boleh subscribe pelbagai channel yang kite minat.
Antara channel Telegram yang aku subscribe ialah K-Fiqh & DrZaharuddin Group

Ini adalah topik yang aku memang dah lama sangat cari jawapan; sejak Bank Negara mula lelong duit kertas yang mempunyai special serial number. 
Berikut adalah petikan dari channel K-Fiqh pada 5 November 2015 berkenaan beli duit yang ade nombor siri istimewa, nombor siri cantik, duit yang sudah tiada dalam edaran...



AWAS!!! Sila baca sampai habis, jangan faham setakat ape yang kite nak faham tetapi mestilah faham keseluruhan konteks yang dibincangkan dan apa yang ingin disampaikan.


=====================================//
TUKAR DUIT ISTIMEWA DENGAN NILAI BEZA

Ana ada soalan berkaitan jual beli duit. Apakah hukum kita beli duit seperti jika bank negara umumkan menjual duit matawang baru yang mempunyai no siri yang unik. Duit ini akan dijual dengan harga yang tinggi. Maka berlaku pembelian duit dengan duit yang tidak sama nilainya. Minta komen ustaz berkaitan situasi ini Jazakallahu khairan katsiro.

JAWAPAN

Hukum asal ia akan jadi riba kerana illah pengharaman masih ada, iaitu Illah asal adalah apabila duit dari jenis RM ditukar dengan RM juga namun dengan jumlah berbeza, pada keadaan biasa ia akan menjadi Riba al-fadhl.

Namun dalam kes nombor siri istimewa, pembelian tersebut boleh terkecuali dari pengharaman atas sebab berikut :-

a. Pembeli membeli matawang terbabit dengan nilai yang lebih tinggi adalah kerana nombor siri duit itu, maka sasaran pembeli adalah kepada keunikan dan bukan sekadar menukar duit. Justeru berdasarkan kefahaman fuqaha yang menyebut
انما المقصود منه ذاته لا ماله والمال وقع تبعا
Ertinya : Sesungguhnya maksud utama darinya adalah zat item itu dan bukan pada aspek matwangnya, justeru aspek matwang itu telah menjadi hal yang mengikut (tabi’) atau ‘secondary’. (Rujuk al-Qabas Syarh al-Muwatta’, 2/805)

Atas asbab itu, wujud kaedah fiqhiyah yang berdasarkan hadis-hadis Nabi ada menyebutkan bahawa “dimaafkan apabila ia berlaku pada perkara mengikut namun tidak pada utama” (rujuk Al-Ashbah wa al-Nazair, Al-Suyuti, hlm 120).

Dalam hal duit bernombor unik tadi, boleh difahami bahawa ia dibeli kerana keunikannya dan bukan kerana sifat duitnya. Atas sebab itu, perbezaan nilai pertukaran itu adalah dimaafkan dan tidak dianggap riba kerana ia dikira pertukaran antara duit RM dan komoditi.

b. Ghalib zhan (besar anggapan) bahawa pembeli akan gunakan wang unik atau ‘collectible item’ yang dibeli sebagai barang antik atau unik serta bukannya sebagai matawang biasa lagi. Ketika itu, pertukaran antara RM 10 bernombor unik dengan RM 1000 sebagai contoh ditukar atas dasar yang lain, diumpamakan seperti kes yag pernah disebut dalam fiqh mazhab Maliki iaitu pertukaran di antara emas dengan emas yang tetapi bukan berdasarkan beratnya tetapi mengikut jumlah walaupun dengan perbezaan sedikit pada timbangan beratnya. Ketika itu, pertukaran tidak mengikut cara biasa iaitu menggunakan timbangan berat emas dengan emas, namun kali ini digunakan al-Rifq dan makruf justeru ia tidak riba

علي وجه الرفق والمعروف لا المكايسة
Ertinya : Atas dasar belas ihsan dan toleransi dan bukan atas dasar timbangan. (Manh al-Jalil, 2/528 )

Kesimpulannya, harus dan tidak riba membeli RM 10 yang bernombor unik dengan RM 1000 atau mana nilai selain RM 10. Ia juga tidak termasuk dalam kategori forex trading yang diharamkan.

Juga lebih baik dijual menggunakan matawang asing bagi mengelakkan sebarang risiko riba, kerana menukar dua matawang berbeza negaranya adalah harus lebih berbeza nilainya.

Sekiranya kemudian ia ingin digunakan oleh penyimpan atas sebab-sebab memerluan tunai, pemilik boleh menjualnya sebagai komoditi semula dan tidak menggunakan sebagai matawang kerana ia merugikan selain boleh mencetuskan syubah kerana ia sepatutnya dianggap sepenuhnya sebagai komoditi khas dan bukan lagi matawang.

Manakala menjual matawang lama dan dianggap unik yang sudah tidak lagi dalam 'circulation' atau tidak lagi dianggap punyai nilai matawang, ia juga harus dijual beli dengan sebarang nilai kerana ia telah dianggap komoditi sepenuhnya.
bernilWallahu alam

Sekian

Dr Zaharuddin Abdul Rahman
=====================================\\





Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM