1.25.2016

, , , , , , , , ,

KWSP DAN PENGELUARAN PELABURAN AMANAH SAHAM

Masa aku mula mula keluarkan duit KWSP Akaun-1 untuk pelaburan amanah saham (unit trust), aku buat semata-mata kerana aku  nak pisahkan duit KWSP aku daripada pelaburan-pelaburan KWSP dalam pegangan saham-saham yang tidak patuh syariah. 

Senarai 30 Pegangan Ekuiti Tertinggi Berdasarkan Peratus Daripada Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2015
NoKaunter%Jumlah
1MALAYSIA BUILDING SOCIETY BHD65.10%
2RHB CAPITAL BHD42.18%
3MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BHD38.37%
4MALAKOFF CORP BHD18.83%
5UMW HLDGS BERHAD17.76%
6ALLIANCE FINANCIAL GROUP BHD17.74%
7TENAGA NASIONAL BHD17.42%
8CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD17.41%
9MALAYAN BANKING BERHAD17.06%
10AMMB HOLDINGS BHD16.45%
11TELEKOM MALAYSIA BHD16.21%
12SHELL REFINING(FOM) BHD15.55%
13PUBLIC BANK BHD15.40%
14MBM RESOURCES BHD 15.28%
15SAPURA KENCANA PETROLEUM BHD 14.66%
16AXIATA GROUP BHD14.45%
17UTD PLANTATION BERHAD14.19%
18GENTING PLANTATIONS BERHAD14.14%
19DIGI.COM.BERHAD14.07%
20HONG LEONG BANK BHD 14.01%
21IJM CORP BERHAD 13.99%
22MEDIA PRIMA BERHAD13.86%
23MALAYSIA AIRPORT HOLDINGS BHD13.19%
24KUALA LUMPUR KEPONG BHD 13.09%
25SIME DARBY BERHAD 12.79%
26BIMB HLDGS BERHAD12.60%
27DIALOG GROUP BHD12.25%
28PETRONAS GAS BHD 12.02%
29IJM PLANTATIONS BHD11.81%
30KPJ HEALTHCARE BHD11.73%
Sumber: KWSP
Note: Nama-nama syarikat berwarna merah adalah sekuriti yang tidak patuh Syariah setakat 27 November 2015 

Daripada senarai 30 pegangan saham tertinggi yang KWSP pegang, 11 daripadanya TIDAK PATUH SYARIAH.

Aku rmula keluarkan duit KWSP untuk melabur ke unit trust sekitar bulan April 2011. Aku mula dengan dua dana ekuiti dengan syarikat unit trust yang agak sohor di Malaysia. 

Kemudian, bermula bulan Mac 2013 aku buat pengeluaran KWSP untuk melabur ke Amanah Hartanah Bumiputera.
Tiga sebab je kenapa aku pilih Amanah Hartanah Bumiputera? simple:
1 - Takde Sales Charge; maka aku tak perlu tunggu tahun kedua/ketiga baru dapat untung.
2 - Patuh Syariah.
3 - Dividen konsisten dan bersih selepas Zakat.

Tapi itu dulu... 
- Dulu aku cuma tahu 2 Unit Trust company je.
- Dulu aku tak tau nak pakai Morningstar untuk bandingkan performance unit trust
- Dulu aku tak paham Lipper table untuk semak ranking dana Unit Trust 
- Dulu aku tak kenal Fund Super Mart

- Dulu aku tak tau nak track fund performance melalui app Bloomberg (iOS & Android)
- Dulu aku nak selamat, aku melabur ke Amanah Hartanah Bumiputera
- Dulu aku tak kenal Rashid

Sekarang sudah maju banyak sikit

 - Sekarang aku sudah lulus:

  • CFP Module 1: Foundation in Financial Planning
  • CFP Module 2: Insurance Planning and Estate Planning
  • CFP Module 3: Investment Planning and Retirement Planning
 - Sekarang (last week) aku dah register untuk jadi Unit Trust Consultant
 - Sekarang aku boleh kongsikan panduan pada member-member yang nak melaburkan sebahagian duit dalam Akaun-1 KWSP
 - Sekarang aku boleh tolong rakan-rakan usahawan (yang dah lama tak mencarum KWSP) untuk rancang dana persaraan



Sekarang sudah maju. One Platform to Rule Them All. Nantikan berita selanjutnya :-)




Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

1.20.2016

,

HIAS KELAS PERALIHAN


Selepas masuk kali pertama kelas peralihan, saya rasa makin seronok bila nak masuk mengajar BM dalam kelas peralihan. Bukan sebab apa, suka tengok respond yang ditunjukkan oleh murid-murid kelas ni. 

Nakal, itu biasa. Kalau setakat suara kuat mengatasi, suara saya. Itu biasa sahaja. Sebab saya tahu, suara saya lebih kuat dari itu. Hehehe. 

Oleh kerana dah masuk minggu ke 3, saya rasa perlu buat sesuatu dengan kelas ini. Nampak suram sahaja. Kelas ini, kelas berkunci. Kelas ini, tiada kongsi dengan mana-mana kelas pun di sesi pagi. Meskipun tak menang pertandingan keceriaan dan kebersihan, sekurang-kurangnya kelas ni dah memenangi hati saya. Jadi, kalau hias memang best lah kan? 

Mulalah sel-sel otak saya makin berhubung. Dengan beraninya, saya jumpa Encik Choong dan cakap saya nak hias kelas. Dan Encik Choong dengan murah hati beri 50 ringgit, "cikgu, terima kasih sebab sudi nak bantu kelas saya,". 

Hihihi. Bila dapat duit, bermulalah misi saya. Beli alas, riben, hiasan-hiasan sehingga cukup-cukup 50 ringgit. 

Mulanya saya fikir, pelajar kelas ini, tak suka kelas cantik. Sampai sahaja dalam kelas, seorang pelajar dah tanya, "cikgu, engkau mahu buat apa?". 
Hahaha. "Hias kelas, suka?". Saya tengok dia pergi jumpa kawan dia, dan datang semula, "cikgu, kami mahu tolong,".  

Dan akhirnya, dari 2 orang ni, makin bertambah-tambah. Sorang-sorang datang jumpa saya. Mereka mula berebut-rebut nak tolong. Sampai saya kene agih-agihkan, seorang pegang stapler, seorang pegang ubat stapler, seorang pegang gunting, riben dan tolong berdiri pegang alas plastik. Adoi, pening mak. 

Dalam kalut-kalut memasang alas plastik, ada juga yang ambil kesempatan. Aseklah nak pergi buang sampah-buang sampah. Belum gunting lagi alas plastik, dah nak buang sampah. Boleh dikatakan berpeluh-peluh dahi saya melayan murid-murid kelas peralihan. 

Apa yang menarik, mereka bersungguh-sungguh menolong saya. Tanpa sedikit ragu-ragu. Ikhlas. Ikhlas seorang budak. Meskipun saya bukan guru kelas mereka, bukan guru pembantu tetapi hanya guru Pendidikan Islam yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas ini, saya sangat-sangat gembira. Penat-penat saya tu, tak ternilai rasanya nak dibandingkan apabila murid-murid ini berlumba-lumba nak menolong saya. Tak kira lelaki mahupun perempuan.

Pembelajaran itu, bukan setakat belajar secara normal, tapi ini jugalah pembelajaran. Meskipun saya tak paham langsung apa yang murid-murid ini bebelkan semasa memasang alas plastik, saya tahu, mereka juga mahukan yang terbaik untuk kelas ini. Ada gak senget-senget diorang pasang, tapi saya dengan sabar buka semula dan pasang. 

Harapan saya, kelas ini akan jadi antara kelas yang terbaik, suatu hari nanti. 


HIAS KELAS PERALIHAN, leamustafa.com

HIAS KELAS PERALIHAN, leamustafa.com


HIAS KELAS PERALIHAN, leamustafa.com

1.19.2016

, ,

TUGASAN : KISAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

TUGASAN 





Berdasarkan video yang telah di tonton, jawab soalan-soalan berikut : 

1. Siapakah yang bersama Saidina Umar melawat kampung pada malam itu? 

2. Mengapakah Saidina Umar turun sendiri melihat rakyatnya? 

3. Mengapa kanak-kanak kecil itu menangis? 





4. Apakah yang dilakukan oleh si ibu? 

5. Berikan pendapat anda sendiri tentang kepimpinan Saidina Umar berdasarkan video tersebut. 

1.17.2016

, ,

CINTA SI WEDDING PLANNER



cinta si wedding planner, leamustafa.com, akasia, tv3,


Tetiba aje, Abe kata, "Sayang, I nak tengok cerita TV3 kul 7 malam tu la,". Ermmm, mulalah saya dah start mushkil kan? Tetiba aje kan nak tengok. Ni mesti ada apa-apa ni. Saya pun dok nak siasat, tak siasat-siasat. Tak pulak mulut ni ringan nak bertanya-tanya kat kwan-kawan. Saya habis kerja jam 6.45 petang. Sah-sah lah, tak sempat nak tinjau apa ada mula jam 7 petang sampai 8 malam. 

Nak jadi cerita, hari Khamis lepas, sempat sampai rumah jam 7.45 petang. Cepat-cepatlah pasang TV3. Owhhhhhh.. rupanya ada Mira Filzah. Ceh. Saya pun dengan segera hantar mesej pada Abe. 


cinta si wedding planner, leamustafa.com, akasia, tv3,

Kan betul. Suka betul tengok Mira Filzah ni berlakun. Dulu Eksperimen Cinta. Pastu, sanggup cari cerita Din Sardin. Sebab Abe kata, comel Mira Filzah. Gggggrrrr... Tengok lah tu. Senyum sampai merah pipi. Bila Abe dah mula kata, nak stay tengok tv, bersiap sedialah. Tak ada apa perlu risau, bukan senang nak ajak Abe tengok tv rancangan yang sama bersama-sama. 

Tak apalah, ada gak orang nak layan cerita melayu dalam rumah. Selalu dia bising-bising, cerita melayu tak logik lah, entah apa-apa, jalan cerita merapu [ini ada betulnya], 24 jam ceritanya nak menjerit aje. 

Ni baru episod 10, belum boleh kata apa-apa lagi. Harap sangat saya tak menjangkit emo-emo bila tengok cerita melayu. Baru 10 episod ni, jenuh jugaklah nak rasionalkan Abe, kenapa cerita melayu begitu dan begini. Ala.. rileklah. Dah pengarah nak gitu. Kita ni tengok aje lah. 

Apa pun, bila ada orang suka tengok Cinta Si Wedding Planner ni, maknanya tv saya menyala semula. Kalau tidak, saya rela layan cerita P Ramlee berulang-ulang kali. 


OOOOppppsss.. jeles ke? Tak jeles ko kata.  Jangan kata aku tak jeles. Sekian. 






1.06.2016

PERTAMA KALI MENGAJAR KELAS PERALIHAN


Kelas Peralihan. Tak pernah seumur hidup rasa akan masuk mengajar dalam kelas ini. Selalu masuk sebagai guru ganti. Sambil tengok-tengok diorang berborak, saya suka tengok apa yang sebenarnya diorang suka buat. 

Namun, perasaannya tak sama dengan mengajar. Dengan subjek major Pengajian Islam, saya terima agihan tugas mengajar peralihan dengan hati yang terbuka. Belum cuba belum tau. Lagipun, ramai aje cikgu Bahasa Melayu akan bantu. 

Seram, memanglah. 10 tahun mengajar, ini sesuatu yang luar dari kebiasaan saya. Sangat jauh. Apa perkara pertama sekali nak buat? Nampak macam benda kecik, tapi pada saya, sangat besar. Jangan samakan saya dengan anda yang memang mengajar Bahasa Melayu. Tak sama. Tapi bantu saya. 

PERTAMA KALI MENGAJAR KELAS PERALIHAN , leamustafa.com

Setelah berbincang, Cikgu Mazlan akan bantu saya untuk sediakan rancangan pengajaran. Dengan berbekalkan RPT setahun, saya dah nampak apa yang saya nak ajar. 

Bila masuk kelas, hati terus jadi lembut. Mereka memang suka bercakap. Kanak-kanak kan? 

Saya beri aktiviti pertama ialah berkenalan. 
1. Murid perlu cari 1 kawan berbangsa Cina dan 1 kawan berbangsa India.
 2. Dapatkan nama, tempat tinggal dan cita-citanya. 

Serius, pelajar sangat bersungguh-sungguh. Saya perhatikan, mereka berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka. Bunyi pelat-pelat tu, biasa. Bila semua boleh bangun dan bercakap, satu kepuasan pada saya. Apabila sudah selesai, kami semua bertepuk tangan. 


PERTAMA KALI MENGAJAR KELAS PERALIHAN , leamustafa.com

Hari ini, merupakan titik tolak permulaan saya untuk mengajar peralihan. Gembira hari ini, maka saya akan gembira pada hari-hari mendatang untuk mengajar kelas peralihan. 

Kalau-kalau ada pengalaman, marilah kongsi dengan saya. Ini baru hari pertama, belum tahu lagi hari-hari berikutnya. 




1.05.2016

, , , , , , , , , , , ,

KOLEKSI SIMPANAN DUIT Z TAHUN 2015

Aku mula mengumpul duit Replacement Banknote pada 31 January 2014. Di Malaysia, Replacement Banknote bagi wang kertas Malaysia siri baru merupakan matawang kertas yang bermula dengan prefix huruf 'Z'; maka nama pendeknya Duit Z.


Replacement Banknote, RM100, bernombor siri ZB1452025, Replacement Note, Duit Z
Replacement Banknote, RM100, bernombor siri ZB1452025

Tadi aku saje dok kira-kira berapa Duit Z aku dah collect sepanjang tahun 2015. Jumlah nilai muka kesemua Duit Z aku kumpul sepanjang 2015 bersamaan RM941.

Bulan February 2015, aku kemarau Duit Z.


Nombor siri paling cantik aku pernah dapat sepanjang tahun 2015 adalah seperti berikut (bukan dari kalangan Duit Z):

 - Nombor siri HT9553559 pada sekeping RM 50
 - Nombor siri BN8848884 pada sekeping RM 10

Jumlah nilai muka kesemua simpanan = RM1001.00 
Wah! cantik plak jumlah simpanan nih, macam 1001 malam...eh 1001 Darham! :-)


Bile kite menyimpan dengan cara simpanan tunai macam ni, simpanan ni tak dapat nak menikmati dividen simpanan di Tabung Haji/ Amanah Hartanah Bumiputera/ Amanah Saham Bumiputera dan unit amanah lain-lain. Kalau simpan dalam bentuk emas fizikal, nilai emas tu naik jugak 10.10% sepanjang 2015. Inilah satu-satunya keburukan simpanan tunai.

Jadi, ape nak buat dengan simpanan tunai Duit Z ni? Hmmmm... nak terus simpan sebagai koleksi matawang? 
atau nak beli Lego set Slave I

Boba Ferr, Jengo Fett, Slave I, Lego, Ultimate Collector Series

Slave I




Siapa kata banyak duit takde masalah oi!?






Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

1.04.2016

TAK SEMPAT NAK BERGAMBAR


Hari pertama sekolah, berlalu dengan sangat pantas. Saya bertugas di pintu utama, sambut pelajar-pelajar datang ke sekolah, pada jam 12.25 tengahari. Erm, memang saya yang sedia ada tidak Qu Putih ini akan Qu Hitam lah jawabnya. Tak sempat nak bergambar. 

Anak-anak dihantar sampai depan pagar sekolah. Lagi best, nak hantar sampai depan tapak perhimpunan. pandai juga ibu bapa "chong" saya kata, nak beli buku kat koperasi. Saya kata ok, anak pun senyum. Paham dah aku tu. Tak sempat nak bergambar. 

Hari pertama kali dalam hidup saya menjadi guru, saya mengajar kelas peralihan. Sempat memperkenalkan diri sahaja, kemudian murid-murid dah ada program taklimat untuk pelajar-pelajar baru. Pun saya tak sempat nak bergambar. 

Hari pertama pelajar-pelajar tingkatan 1 akan menunaikan solat zuhur di sekolah. Saya dan kak kiah dah standby di surau. Pun tak sempat nak bergambar. 

Serius, tak sempat. Hari pertama memang sibuk banyak. Dapat rasa duduk lama sikit ketika perhimpunan. Dah terima tanggungjawab guru disiplin, maka saya memantau pelajar supaya berasa dalam keadaan yang tenang ketika perhimpunan dijalankan. Ok, yang ini saya sempat ambilkan gambar orang lain. 

Saya ni bukan kategori guru mak cik-mak cik, sampai tak sempat nak bergambor bagai dalam kelas. Anak murid saya ada 53 dalam-satu-satu masa Pendidikan Islam. Kang berselpie, kang ada pulak yang macam-macam kat belakang. Budak-budak suka aje nak bergambor. Haish!!! Glamour gitu. Dapat selit separuh muka masuk dalam pesbuk cikgu pun,instagram cikgu,  dah kira teror dah. Biasalah, budak-budak tengah nak up!!!

Insha Allah, kami sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anak tuan puan dengan pendekatan yang paling moden. Paling canggih. Tapi jangan sebab tak sempat nak bergambar, saya dikecam sebagai guru mak cik-mak cik. Jangan tak tau, Sebab cikgu mak cik-mak cik ni lah yang jadikan saya sempurna. Sebab guru-guru yang tak berselpie nilah, saya jadi guru sekarang. 

Sekarang, memamg tak sempat nak bergambar, akan ada masanya nanti. Bukan tak sporting, nanti-nanti lah ye. 

1.02.2016

,

KEMBALI KE PANGKUAN


Kembali ke pangkuan!!! Ayat pertama yang saya dengar dari Abe pada hari pertama tahun 2016. Owh, tidak. Nampak macam isteri dia ni dah lari jauh aje. Rasa sedih pun ada. Hujung-hujung tahun yang penuh dengan aktiviti. 

Sabarlah sayang, saya akan sentiasa berada di pangkuan mu. Terima kasih kerana memahami saya meskipun, kadang-kadang saya tak paham awak. 

Semoga yang baik-baik dan lebih cemerlang di tahun 2016 ini. OOpppsss, kita naik setahun lagi. 

, , , , , , , ,

2015 ~ ANTARA DUA DARJAT || EMAS vs SAHAM

Dah masuk 2016 pulak. Semakin dekat lah aku dengan kubur nampak gayanya...

Minggu terakhir bulan Disember 2015, yang menjadi sebutan di Facebook antaranya ialah Dividend ASB sebanyak 7.25sen + 0.50sen (bonus).

Pelabur emas kata "apedehal". Tengok graf pergerakan harga emas berikut sepanjang tahun 2015:

Harga Emas sepanjang tahun 2015
Harga Emas sepanjang tahun 2015
Ya!! Harga emas pada 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015, dalam matawang Ringgit Malaysia menunjukkan kenaikan nilai sebanyak 10.10%.




Pelaburan saham pula macam mana? Jom tengok pergerakan FBM KLCI pula:

FBM KLCI sepanjang tahun 2015

Indeks menunjukkan FBM KLCI dari 2 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015 tak break-even pon.

Perlukah pelabur saham kecewa bergundah-gulana? Sudah tentu tidak.
Kenapa pula? Sebab, mesti ade dari kalangan pelabur saham yang cukup bijak untuk memborong saham TNB semasa harga jatuh sehingga RM10.50 pada hujung bulan Ogos (mase nih Ringgit tengah jatuh kaw-kaw).
Pada 31 Disember 2015, harga saham TNB berada di paras RM13.32. Untung 26% kot (kalau jual).




Mesej utama disini bukan bermaksud untuk menunjukkan superiority pelaburan saham versus pelaburan emas, Diharapkan agar perbandingan (yang mungkin tidak adil ini) mampu menjadi suatu galakan supaya kite membahagikan simpanan kite ke dalam beberapa asset class sedia ada mengikut nisbah yang kita rasa selesa.

Rugi RM0.60 ;-(

Begitulah serba sedikit berkenaan pelaburan emas dan pelaburan saham sepanjang tahun 2015. Harapan agar 2016 membuka peluang pelaburan yang lebih banyak untuk manfaat diri di hari tua.




Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM