12.31.2015

,

HARI AKHIR 2015

Hari ni ada Majlis Orientasi Sekolah. Pada masa yang sama, petang ni saya ada satu paper final exam. Baca buku? Dah.. tapi entah apa-apa. 

Sempat touch up montaj akhir tahun 2015. Ubah sana sini, tapi otak kata, baca buku. Dan akhirnya, saya rebah di sofa empuk sambil bertemankan movie yang terpasang. Agaknya penat minggu ni tak habis. Mesyuarat dari 8 pagi sampai 5 petang. Yang akhir untuk 2015. 


HARI AKHIR 2015, leamustafa.com,

Dalam hati punyalah seram nak exam petang ni. 

HARI AKHIR 2015, leamustafa.com,


Meskipun hati rasa bimbang dengan exam petang ni, saya tetap usaha buat yang terbaik untuk tugas hari ini. Kebetulan dah pakai baju sama-sama warna, PK Petang hadiahkan untuk semua orang. 

Hajatnya untuk gambar beramai-ramai terpaksa saya lepaskan. Saya perlu balik dan berkejar ke UM pula. Sempat juga lah akhir-akhir nye, kawan sekelas beri tajuk suruh baca. 

Sekali dah macam anak murid, dah akhir baru terkial-kial. Pandai nasihat anak murid, sendiri pun macam ni. Apa nak buat, serah diri aje di meja peperiksaan. 

Saya cuma harap satu benda, perkara yang saya buat memudahkan orang lain, Allah akan mudahkan untuk saya. Apa sahaja. Agaknya, sebab itu, hati saya tenang aje jawab exam walaupun jawapan belum tau lagi betul atau salah. 


Habis exam, terduduk sekejap saya di kerusi fakulti pendidikan. Tetiba saya termenung. Begini rupanya hari akhir 2015 saya. Rasa lepas segala beban, walaupun baru satu paper. Rasa puas. 

Banyak sangat perkara yang baik-baik berlaku dalam tahun 2015. Sangat banyak, sampai nak senaraikan pun tak larat. Ada juga peristiwa tumpah air mata. Apa pun, saya masih saya yang sama. Bye bye 2015. 

0 comments:

Post a Comment