Selepas masuk kali pertama kelas peralihan, saya rasa makin seronok bila nak masuk mengajar BM dalam kelas peralihan. Bukan sebab apa, suka tengok respond yang ditunjukkan oleh murid-murid kelas ni.
Nakal, itu biasa. Kalau setakat suara kuat mengatasi, suara saya. Itu biasa sahaja. Sebab saya tahu, suara saya lebih kuat dari itu. Hehehe.
Oleh kerana dah masuk minggu ke 3, saya rasa perlu buat sesuatu dengan kelas ini. Nampak suram sahaja. Kelas ini, kelas berkunci. Kelas ini, tiada kongsi dengan mana-mana kelas pun di sesi pagi. Meskipun tak menang pertandingan keceriaan dan kebersihan, sekurang-kurangnya kelas ni dah memenangi hati saya. Jadi, kalau hias memang best lah kan?
Mulalah sel-sel otak saya makin berhubung. Dengan beraninya, saya jumpa Encik Choong dan cakap saya nak hias kelas. Dan Encik Choong dengan murah hati beri 50 ringgit, "cikgu, terima kasih sebab sudi nak bantu kelas saya,".
Hihihi. Bila dapat duit, bermulalah misi saya. Beli alas, riben, hiasan-hiasan sehingga cukup-cukup 50 ringgit.
Mulanya saya fikir, pelajar kelas ini, tak suka kelas cantik. Sampai sahaja dalam kelas, seorang pelajar dah tanya, "cikgu, engkau mahu buat apa?".
Hahaha. "Hias kelas, suka?". Saya tengok dia pergi jumpa kawan dia, dan datang semula, "cikgu, kami mahu tolong,".
Dan akhirnya, dari 2 orang ni, makin bertambah-tambah. Sorang-sorang datang jumpa saya. Mereka mula berebut-rebut nak tolong. Sampai saya kene agih-agihkan, seorang pegang stapler, seorang pegang ubat stapler, seorang pegang gunting, riben dan tolong berdiri pegang alas plastik. Adoi, pening mak.
Dalam kalut-kalut memasang alas plastik, ada juga yang ambil kesempatan. Aseklah nak pergi buang sampah-buang sampah. Belum gunting lagi alas plastik, dah nak buang sampah. Boleh dikatakan berpeluh-peluh dahi saya melayan murid-murid kelas peralihan.
Apa yang menarik, mereka bersungguh-sungguh menolong saya. Tanpa sedikit ragu-ragu. Ikhlas. Ikhlas seorang budak. Meskipun saya bukan guru kelas mereka, bukan guru pembantu tetapi hanya guru Pendidikan Islam yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas ini, saya sangat-sangat gembira. Penat-penat saya tu, tak ternilai rasanya nak dibandingkan apabila murid-murid ini berlumba-lumba nak menolong saya. Tak kira lelaki mahupun perempuan.
Pembelajaran itu, bukan setakat belajar secara normal, tapi ini jugalah pembelajaran. Meskipun saya tak paham langsung apa yang murid-murid ini bebelkan semasa memasang alas plastik, saya tahu, mereka juga mahukan yang terbaik untuk kelas ini. Ada gak senget-senget diorang pasang, tapi saya dengan sabar buka semula dan pasang.
Harapan saya, kelas ini akan jadi antara kelas yang terbaik, suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment