1.06.2016

PERTAMA KALI MENGAJAR KELAS PERALIHAN


Kelas Peralihan. Tak pernah seumur hidup rasa akan masuk mengajar dalam kelas ini. Selalu masuk sebagai guru ganti. Sambil tengok-tengok diorang berborak, saya suka tengok apa yang sebenarnya diorang suka buat. 

Namun, perasaannya tak sama dengan mengajar. Dengan subjek major Pengajian Islam, saya terima agihan tugas mengajar peralihan dengan hati yang terbuka. Belum cuba belum tau. Lagipun, ramai aje cikgu Bahasa Melayu akan bantu. 

Seram, memanglah. 10 tahun mengajar, ini sesuatu yang luar dari kebiasaan saya. Sangat jauh. Apa perkara pertama sekali nak buat? Nampak macam benda kecik, tapi pada saya, sangat besar. Jangan samakan saya dengan anda yang memang mengajar Bahasa Melayu. Tak sama. Tapi bantu saya. 

PERTAMA KALI MENGAJAR KELAS PERALIHAN , leamustafa.com

Setelah berbincang, Cikgu Mazlan akan bantu saya untuk sediakan rancangan pengajaran. Dengan berbekalkan RPT setahun, saya dah nampak apa yang saya nak ajar. 

Bila masuk kelas, hati terus jadi lembut. Mereka memang suka bercakap. Kanak-kanak kan? 

Saya beri aktiviti pertama ialah berkenalan. 
1. Murid perlu cari 1 kawan berbangsa Cina dan 1 kawan berbangsa India.
 2. Dapatkan nama, tempat tinggal dan cita-citanya. 

Serius, pelajar sangat bersungguh-sungguh. Saya perhatikan, mereka berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka. Bunyi pelat-pelat tu, biasa. Bila semua boleh bangun dan bercakap, satu kepuasan pada saya. Apabila sudah selesai, kami semua bertepuk tangan. 


PERTAMA KALI MENGAJAR KELAS PERALIHAN , leamustafa.com

Hari ini, merupakan titik tolak permulaan saya untuk mengajar peralihan. Gembira hari ini, maka saya akan gembira pada hari-hari mendatang untuk mengajar kelas peralihan. 

Kalau-kalau ada pengalaman, marilah kongsi dengan saya. Ini baru hari pertama, belum tahu lagi hari-hari berikutnya. 




0 comments:

Post a Comment