Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Rasa tak sabar nak dah lepaskan jawatan dua tahun sebagai AJK PIBG. Dah rasa ni dah cukuplah masa tu. Bagi-bagilah pada orang lain kan?
Macam biasa, tugas saya ialah menyediakan selayang pandang. Kalau montaj, sepatutnya 30 saat aje. itu pun dah rasa macam panjang. Saya sebenarnya, menyediakan video. Durasi dalam 5 hingga 6 minit. Itu sahaja.
Oleh sebab kekurangan kemudahan di sekolah, yang ada dewan terbuka aje. Tu yang dalam gambar dok ada tirai kiri kanan skrin. Kalau tidak, panas-panas terik tak nampak apa benda yang nak dipancarkannya.
Mood yang baik pagi ini, bertukar menjadi paling buruk dalam abad ini. Kenapa? Kerana bila saya buka buku laporan AGM, terpampang nama saya sebagai AJK sesi baru. Masuk ni dah kali 3 dilantik. Maknanya dah 3 tahun. Wei, apakah ini?
Pergh!!!! Kurang asam betul. Hati dah membara-bara, marah lah. Ramai lagi kot cikgu dalam sekolah ini, kita juga yang diletaknya nama.
Hati ini dah mula bercambur baur. Sedih. Geram. Tak suka. Benci. Amek ko, semua ada. Pakkal lah persembahan selayang pandang ni belum selesai, kalau tak, dah lama saya angkat kaki, blah.

Antara rakan-rakan sesi petang yang bertugas sebagai ajk persiapan pentas. Macam nak tercabut kepala otak, fikir itu dan ini. Namun, tetap terpancar wajah yang menggembirakan. Apa boleh buat, sudah kerja kita kan?
Bila kerja jadi cikgu, penat macam mana pun, terus juga buat kerja. Tak reti nak tolak. Bukan depa tak reti nak tolak, tak sampai hati agaknya. Tolak-tolak kerja pun sudahnya sampai kepada kita balik. Itulah dilema.
Luar kelas dan dalam kelas, semua kerja atas bahu cikgu. Dan, paling best, kalau dah buat satu-satu kerja tu perfect, sampai bengkok bahupun, itulah kerja yang kita akan buat.
Takkan nak buat cincai boncai? Kredibiliti. Sebab tu bila dilantik lagi, saya rasa sangat marah. Bila consult dengan kak Zan, PK Petang, katanya satu sahaja, "orang yang sabar ni lea, pahala sangat besar".
Terduduk bila dengar kak Zan pujuk saya. Saya bukan degil sangat, cuma saya tak mahu dilantik lagi. Itu aje.
Sebab, bila dilantik, kita memikul amanah dan tanggung jawab. Kalau tak buat, berdosa. Tak hadir mesyuarat, nampak tidak memberi komitmen.
Saya masih ada lagi tanggungjawab sebagai pelajar yag ditaja untuk Master saya. Dalam pada duk mengeluh-ngeluh, teringat ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 286 yang berbunyi, " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Allah.... Allah... terasa hiba dalam hati. Ampunkan aku Ya Allah.