2.10.2016

, ,

IRON AJAIB


Siapa suka iron baju? Kalau ada yang suka, mesti suka terpaksa kan? Sebab, saya pun macam tu. Kalaulah di dunia ini, ada baju, yang bila basuh tak akan kedut, pasti semua syarikat pengeluar iron atau seterika tutup. Setel. 

Cuti baru ni, saya balik Kota Bharu. Baju kurung memang lipat-lipat aje. Nak pakai baju batik yang berbatu-batu, terbayangkan lecehnya nak menggosok nanti. 

IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,

Tibalah masa untuk menggosok. Aduh, semangat malas muncul kembali. Membayangkan kain songket yang berkedut, gagahkan jugalah turun dari tingkat atas ke area iron baju di rumah Aunty Nun. 

Mak ai, besarnya iron board. Hati saya ada senyum sikit bila nampak Philips Seterika PerfectCare Aqua System depan mata. 

IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,


Selalu saya hanya dengar orang cerita-cerita. Hari ini, giliran saya pula mencuba. Betul ke bohong? 


IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,

Saya letak iron ajaib ni atas kain songket saya. Waduh-waduh.... licinnya rasa. Tak tersekat-sekat pun. Dan, saya tinggalkan 2 minit iron ni, sebab sibuk cari phone nak amek gambar. Masih, selamat kain songket saya. 


Masih tak puas hati, saya mula nak iron baju pula. 

IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,

Ini rupa baju saya. Erm, tengoklah kedut sejuta tu. 

IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,

Saya siap guna stopwatch nak ukur masa menggosok sehelai baju ni. Anggaran sehalai baju ni 2 minit 24 saat sahaja.

 WOW !!! Ajaib Sungguh. AJAIB, AJAIB. 

Selalunya, kalau pakai iron biasa, saya akan pasang laras yang paling tinggi, itu belum lagi kira, picit-picit air lagi. Sekali jalan, belum lagi licin, kene tekan 2 3 kali, barulah rasa puas hati. Dan berlalulah 10 minit saya, macam tu aje. 


IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,

Saya pun mula buat kira-kira mudah

1 helai baju = 3 minit

Satu hari akan pakai, 1 set (tudung, baju dan kain) = 3 helai

1 minggu ada 5 hari ( 5 X 3 ) = 15 helai

1 bulan ada 4 minggu  (15 X 4 ) = 60 helai 

Maka, 60 helai X 3 minit = 180 minit

bersamaan 3 JAM

WOW !!! 

Siap stock baju sebulan. 

Boleh iron baju sambil tengok TV, ke drama ke, kan? 



IRON AJAIB, iron amway, leamustafa.com,

Segala jenis kain, baju ada batu ke, songket ke, semua senang. Tiba-tiba, hobi baru saya ialah iron baju. Boleh tak macam tu? 

Sekarang rasa macam semua benda nak di ironnya. Tshirt, seluar, kakakaka. Sangat sesuai untuk yang ada ramai anak, dan segala mak nenek nak diironnya. Muka pun ada senyum. 

Jadi, rasa nak beli tak? Hubungilah kawan-kawan yang jadi dealer AMWAY.  

Kata kawan saya yang jadi ahli AMWAY, ni harga nya kalau nak beli. 

Harg Jual : RM 1482.90
Harga Ahli : Lebih murah dari yang bukan ahli. 

Saya ada 2 orang kawan, Ain Aisyah dan Nor Hidayah, ahli AMWAY. Bolehlah hubungi mereka kalau nak beli. Atau sapa-sapa sahaja yang jadi ahli. 

Tak pasti pula kalau boleh beli selain dari AMWAY, kene jalan-jalan carilah kot ye.  

Percayalah, memang AJAIB. 

Saya bukan dealer, beli pun belum. Tapi dah 2 3 kali pakai. Memang puas hati. Hehehhe.

4 comments:

  1. Ada 60 helai x bj ko, lia? Retisssss... hihi... chaiyokkkkk...

    ReplyDelete
  2. Salam.. saya nak tanya.. adakah perkara biasa bila kita guna steam iron philips ni dia akan panas dekat wayar hos penyambung antara iron dan tangki wap.. sebab i takut nk guna sbb panas.. but wayar yg sambung ke electricity ok aje x panas.. kenapa ye? 'Mmg perkara biasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Sebab itulah wayar hos utk air panas tu. Bawa air panas ke seterika utk keluarkan wap

      Delete
  3. setakat ni selesa lagi guna seterika lama ... sbb mmg tak suka iron baju... haha

    ReplyDelete