Keropok lekor. Sejak kenal keropok lekor, rasa macam mana-mana kedai yang jual keropok lekor ni, sama aje. Asas keropok lekor, ikan dan tepung. Sehinggalah, saya jumpa satu kedai ni. Keropok Lekor 008 Kelulut.
Nak buat macam mana? Dah ini sahaja yang kene pada selera kita kan?
Pertama kali, saya dan suami singgah kedai ini pada tahun 2014 (kalau tak salah ingatan saya). Ini pun selepas sepupu suami, Aisyah bagitau ada satu kedai keropok lekor best dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu kalau ikut jalan pantai. Kebetulan pula, Abe memang suka ikut jalan pantai, kalau balik KL dari KB. Biarlah berjam-jam atas jalan raya, malah paling suka kalau dapat lalu tepi Loji Penapisan Minyak Terengganu, Paka.

Ini lah papan tanda kedai keropok lekor tu. Pada sapa-sapa yang suka coordinate , dipersilakan copy and paste dalam waze (5.172172, 103.229384). Ini confirm sampai depan pintu kedai.
Nak juga alamat penuh :
1208-B, Depan Rumah Rehat, Semarak Kelulut,
21600 Marang, Terengganu Darul Iman.
019 949 0088 / 016 922 8008 / 09 618 5655
Saya harap maklumat yang saya berikan mencukupi lah ye. Saya sangat faham kalau cari alamat tak jumpa kan? Hehehe. Moga-moga ketika anda membaca untuk mencari kedai ini, semua maklumat yang saya sediakan masih lagi boleh digunakan.
Ada macam-macam kat kedai ni. Yang rebus, yang goreng, yang kering, ikan masin, sotong masin, udang, ikan, sotong, pendek kata, memang banyak pilihan. Yang perlu anda sediakan ialah duit.
Ni sos pencicah jenama mereka sendiri, 3 botol RM11 (selepas ada GST).
Sabar, sabar. Jangan berebut ye?
Keropok yang dah goreng dan rebus, dah siap-siap dibungkus. Untuk mudah kerja, apa yang kita nak, bagitau sahaja. Kalau rasa macam tak pasti, tanyalah kepada pekerja yang ada di kaunter. Sangat-sangat membantu. Amek masa dan fikir apa nak beli. Saya? Saya dari KL dah tahu apa yang nak dibeli.
Masa saya sampai, dah ramai macam ni. Lebih-lebih lagi hari cuti.
Itu antara stock untuk Abe dan saya. Penuh dah peti ais. Sejukbekukan. Boleh lah agaknya tahan sebulan dua. Kegemaran kami suami isteri? Kami pilih yang dah siap goreng. Dan yang dah goreng, saisnya kecil-kecil. Apa yang SPECIAL, ditinggalkan sejuk atas meja makan pun, masih lembut isi bila dimakan. Sebab tu kami sanggup beli yang dah goreng.
Mungkin ada yang rasa, keropok lekor tempat dia lagi best. Tak kisahlah kan? Hahaha... sapa-sapa yang dalam perjalanan balik pergi atau balik, ikut jalan pantai, nah... singgahlah kedai ni. Yang dah siap goreng tu, dah boleh makan terus sebenarnya.
Saya masak sekali lagi menggunakan Air Fryer Ajaib saya. Semua minyak tiada, tinggal kering-kering sahaja. Kering-kering guna Air Fryer, makin sedap. Tak adalah rasa melekat minyak pada tekak tu kan? Tak ada fryer, pakailah apa yang anda ada ye. Hari ni tak ada, esok lusa, siapa tahu?
Hehehhe.
0 comments:
Post a Comment