Bila Abe ajak makan NASI AIR, muka saya ada kerut-kerut sikit. Nasi air? Biar betul. Bila Abe kata, ni bubur, bukan sekadar bubur. Ok, kene cuba. Sebetulnya, banyak lagi bab-bab makan di KB ni belum habis cover lagi.
Uncle Meor cadang makan di satu tempat ni. Restoran FA Tomyam, Wakaf Bharu. Oleh kerana, Abe ni jenis suka cari coordinate dan alamat, nah saya sediakan untuk awak-awak, mana tau, nak cuba jugakkan?
Tu dia...!!! NASI AIR BERLAUK (BUBUR BERLAUK).
Perut memang dah lapar. Apa lagi....
Sotong masin dan telur masin. Hirisan bawang, tomato, lada, daun ketumbar dan air asam limau, peeerrgggghh!!!. Meleleh tak air liur korang?
Lala dan kailan goreng. Kedai ini menyediakan 15 lauk pauk, tapi kami hanya pesan 4 sahaja. Jenuh gak, kepala fikir nak makan lauk apa.
Adoi, banyak tu aje. Kuwang2.
Rupa hidangan saya setelah saya campurkan semua lauk-lauk yang ada. Rasanya, masam masin, sedaplah. Hangat-hangat pulak tu. Pergh...siap tambah ok. Mana cukup mangkuk kecik gitu. Bubur kot?
Lama gak Abe mengidam nak makan Nasi Air ni, sejak sebelum kawen rasanya, Abe duk sebut. Nah, dah selesai urusan idaman. Muka pun ada senyum. Jangan fikir Abe tak tambah ye. Itu tak cukup tu.
Kat kedai ni, nasi air (bubur) nya percuma. Kalau larat tambahlah banyak mana nak makan. Biasanya kalau makan ramai-ramai, lagi bersemangat makan. Tak cukup lauk, boleh tambah lauk. Apa sahaja lauk yang diorang boleh masak dan sesuai dengan bubur, boleh aje, layaaan.
Sedap, sedap,sedap. Untuk orang macam saya suka makan, kadang-kadang makan memilih, tapi untuk nasi air kedai ni, kene pulak lauk pauk nya, memang terangkat.
Lalalla... senyum aje lepas makan. Alhamdulillah. Datanglah, kalau-kalau ada masa dan kesempatan. Kedai dibuka dari jam 12 tengah hari sehinggan 12 tengah malam.
Jom.
0 comments:
Post a Comment