Seingat saya, masa belajar ijazah pertama, tak pernah dapat A. Rasanya tak pernah. Dan bila tengok kawan-kawan dapat 4 flat ni, rasa jeles memanjang. Menyesal sekejap, pastu, study teruk-teruk, tapi memang A - 4 flat ni, tak muncul-muncul dalam slip result.
Jadi, dapat bayangkan tak, macam mana happy nya bila dalam slip result kelyar A - 4 flat? Rasanya macam nak bagi tahu satu dunia. Itu rasa yang sementara. Itu memang tak tipu punya.. Lepas 30 minit, rasa itu, rasa yang biasa sahaja.
Ini ialah result semester lepas. Semester yang saya pulun betul, saya buat habis-habis.
Pastinya, kepada Allah tidak berhenti ucapan kesyukuran. Kepada Abe, yang sangat memahami. Yang selalu bash saya, kalau saya rasa tindakan saya tu macam salah.
Pensyarah dan kawan-kawan dalam kelas. Kawan-kawan di sekolah yang sangat memahami. Meskipun, ada orang kata, "eleh, bukan susah sangat nak dapat 4 flat pun".
Tapi pada saya, ia susah. Kalau dengan apa yang pernah saya alami, ini adalah hadiah istimewa untuk diri saya. Tidak terkata. Dan hanya mampu tarik nafas dalam-dalam ingat Allah.
Bukan nak bangga diri, sebab kalau ikutkan, saya ni bukan pandai sangat. Saya ni, memang kene study banyak kali, baru boleh ingat. Masih ingat, macam-macam benda berlaku masa semester 1. Saya hanya PUJUK HATI SENDIRI. Sehinggalah, bila masuk semester kedua, saya nekad dalam hati. Apa nak jadi, jadilah. Saya buat SEHABIS BAIK .
Serius, ada masa tu rasa nak menangis. Sangat-sangat. Menangis pun sorok-sorok. Tak nak kene bash dengan Abe.
Petua, jangan mengalah. Apa-apa pun jangan mengalah. Allah, nombor satu. Dalam apa-apa pun, Allah dahulu. Nak buat esaimen, pergi kelas, nak tanya soalan pada lecturer, Allah dulu. Minta Allah mudahkan. Nikmatnya, hanya sahaja kita akan rasa.
Pada yang pernah rasa nak berhenti, jangan sesekali. Teruskan, kuatkan semangat. Jangan mengalah. Sebab, kalau anda mengalah, anda takkan pilih sambung belajar untuk kali pertama dulu. Kan?
0 comments:
Post a Comment