Tibalah masanya. Dengan jumlah 40 kredit untuk penyelidikan di UM, saya dah start rasa hidup tak keruan. Dah dapat membayangkan, kerja-kerja mendidik di sekolah dah sama banyak dengan kajian yang perlu siap tahun ini juga. Doakan saya.
Pada cikgu-cikgu yang dah mula nak hantar instrumen kepada responden kajian bawah KPM, langkah pertama ialah membuat permohonan ke BPPDP di KPM.
Puas juga telefon nombor yang tertera, tak dapat-dapat. Kecewa pun ya. Mungkin mereka dah tukar nombor tapi tak sempat nak update.
Nombor telefon Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan yang saya telefon dan berjawab ialah kepada 03 - 88 84 65 91. Ini pun saya dapat selepas buka kajian orang lain untuk buat rujukan.
Selepas selenggara nanti, ni pautan boleh dicapai dari portal BPPDP sendiri. Tu dia... eRAS.
Pegawai yang menjawab panggilan telefon saya beritahu, permohonan secara manual, bukan atas talian sehingga atas talian diselenggara selesai.
Langkah pertama : Pergi ke lama web KPM
Langkah kedua : Bahagian bawah page ada pautan pantas. Pilih Muat Turun
Langkah ketiga : Pilih Kategori, pilih Penyelidik. Tekan butang CARI
Langkah keempat :
Muat Turun BORANG PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN _ BPPDP 1.2
Langkah kelima : BOLEH hantar menggunakan pos atau serah sendiri di alamat berikut :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
MALAYSIA
up : Sektor Penyelidikan dan Penilaian
Antara pesanan pegawai yang jawab telefon saya, pastikan semua bahan yang minta dilampirkan sekali lengkap. Kalau semua lengkap, borang boleh diproses secepat mungkin. Semua orang nak cepat bukan?
Jadi, ikutlah seperti yang di arahkan.
Bila selesai yang ini, dapat semula surat jawapan DILULUSKAN, dah boleh mula hantar surat untuk memohon kebenaran jabatan pendidikan negeri. Macam negeri Selangor, kene buat surat sendiri. Format boleh rujuk mana-mana bahan yang ada dan bersesuaian.
Pastikan u.p ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran JP negeri masing-masing
Tu bidang tugas berkaitan unit ini.
Nampak tak yang nombor 4 tu?
Kalau ada, saya akan kepilkan di sini. Semoga berjaya.
0 comments:
Post a Comment