PANDUAN MUDAH KBAT


panduan mudah kbat, kbat, pendidikan islam, www.leamustafa.com


















Rasa dah lama tak update tentang KBAT di sini. Bukan lupa anak-anak murid, tapi kekangan masa sedangkan banyak benda boleh share. 

Baru-baru ini, rakan-rakan guru ada kongsi tentang panduan mudah untuk pelajar jawab soalan KBAT. Sangat bagus. Sebelum guna, saya ucapakan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang berusaha membantu dan memudahkan. 

Semoga Allah membalas jasa baik mereka. Tugas kita, guna dengan baik dan mendoakan mereka. 

I - COKEK 

Saya ambil dari perkongsian kawan saya dari PPD Petaling Perdana (maaf sebab tidak tahu siapa empunya bahan secara langsung). 

I - Isi

CO - Contoh

KE - Kesan 

K - Kesimpulan 



Ada juga satu lagi, formula nak mudah ingat kata hubung. 

K - kerana
A - agar
B - bagi 
U - untuk
S - supaya


Kemahiran berfikir ni, sesuatu yang sangat subjektif. Kita boleh bantu pelajar, tetapi kita tak boleh kata jawapan ada jawapan yang lebih tepat. Maklumkan, kita punya jawapan yang banyak bezanya. 

Kunci? Jangan jauh sangat dengan kehendak soalan. Dan paling penting, banyakkan membaca. 




No comments