TEGURAN ALLAH



Hari ini, saya perlu datang lebih awal dari biasa. Memang pun hari Khamis perlu datang awal. Bertugas untuk menulis slip guru ganti dan hadir dialog prestasi. Tetapi hari ini lebih istimewa. Kak normah bersara. Macam biasa, saya akan uruskan bahagian persembahan video. Tambahan kerja, saya perlu sediakan juga kek khas untuk kak normah. 

Majli pun mula jam 11 pagi. Video saya mula dulu. Lebih kurang 7 minit, selesai tugas yang pertama. Saya pack-pack laptop masuk dalam beg dan plan untuk pergi ambil kek pula. 

Mujurlah sha ada. Tugas sha pun dah selesai. Kami pun pergi Giant, beli kek dan balik. Semua tu ambil masa lebih kurang 30 minit. Selesai satu tugas. Tugas seterusnya ialah buat slip guru ganti. penolong kanan petang dah siap-siap uruskan, hanya tinggal saya cetak dan tulis semula dalam slip khas. 

Selesai urusan slip ganti, saya bergegas ke bilik utiliti, untuk jamuan makan perpisahan. Rasa sedap betul dapat duduk dari kekalutan buat kerja. Meraikan orang bersara, adalah penghargaan terakhir kita buat rakan sejawat. 

Sedang elok saya makan, ketua panitia hubungi saya dan kak kiah, katanya pegawai ppd dah sampai. Perancangan asal nak mencerap guru lain, kemudian pegawai kata nak cerap saya. Bahan-bahan dah siap, dan saya ke surau untuk cari pelajar. Tetapi pelajar saya dah bertaburan masuk ke dalam kelas. Saya pun patah balik ke kelas. 

Saya pun mulakan pembelajaran macam biasa. Namun, perancangan saya dan perancangan Allah, Allah lebih hebat. Dalam pada itu, momentum suara saya menurun. Suara saya tidak keluar seperti baisa. Tidak keluar seperti hari2 sebelumnya. Dan saya terasa seperti saya sangat penat. 

Saya dapat rasakan penyampaian saya hambar. Bila kita memang penat, apa pun kita nak cuba buat memang tak menjadi. Sebenarnya, saya sedang berehat. Saya cuba kumpul tenaga pada waktu itu. Masuk masa kedua, saya kembali bersemangat sehinggalah pegawai datang dan memanggil saya. 

Teguran Allah sangat ikhlas. Allah hantar melalui manusia. Bila pegawai kata, momentum amsa pertama saya hilang, saya pun akui. Kemudian , bila pegawai kata, saya bersemangat masuk masa kedua, beliau sudah pun siap membuat penilaian. Sudah siap penilaian, meskipun waktu pemantauan saya dua masa? 5 perkara yang disebut, semua saya buat. tetapi tidak mantap. Bila penat dan tercungap, apa pun tak boleh buat. 

Saya dah bawa ABM, alat-alat untuk beraktiviti. Namun semuanya tak pakai. Saya memang betul-betul penat. Dan agaknya, kalau pada waktu itu, ada yang memberikan saya bantal, saya akan turut terlelap. 

Markah yang sepatutnya boleh tukar kerana terdapat perubahan, pegawai itu sendiri kata, tak mahu tukar. Sebab, dia dah tulis pakai pen? Ermm, saya pun iyakan ajelah. Markah paling teruk kot saya dapat. Dan saya tak perlu nak bagi alasan-alasan ke apa, sebab bukan nak dengar pun. 

Selepas, pegawai keluar dari kelas, saya teruskan pengajaran sehingga waktu mengajar saya tamat. Tak lama pun, pengetua pun panggil saya. Seram juga saya, namun bila ulasan pengetua lebih kepada mempertahankan saya, saya rasa cukup-cukup lega. Ahli-ahli panitia yang lain, ermm.. hanya seorang sahaja yang menenangkan saya. 

Saya perlu sediakan laporan 5 muka surat. Hahahha. Buat sahajalah. Saya buat refleksi sendiri. 10 tahun ini, banyak mengajar saya agar membuat perubahan. Bukan tak mahu buat, tapi kepenatan.

Teguran Allah kali ini, kesannya sangat mendalam ke hati saya. Bukan ego... bukan degil. Muhasabah itu yang sepatutnya. 

No comments