Akhirnya, tempoh 30 hari dari pemantauan pertama pun sampai. Dalam berkira-kira nak datang hari Khamis atau Jumaat, akhirnya dia pilih hari Jumaat.
Kebetulan, perancangan Allah tu selalunya tepat. Semalam adalah hari e-learning untuk satu UM. Maka beronlinelah saya dari sekolah.
Biasalah, kalau dah duduk kat sekolah tu, segala macam mak nenek nak dibuatnya. Pegawai PPD datang jam 2.20 petang. Saya pinjam anak-anak murid dari kelas kawan-kawan selama 2 masa. Mujurlah, masih ada yang sudi membantu.
Masa yang digunakan secara tepat ialah 40 minit sahaja. Dalam pada anak-anak murid saya yang blur, sebab semalam tak ada kelas dengan mereka. Jadi, main tarik aje untuk selamatkan keadaan.
40 minit berlalu dengan cepat. Dengan usaha, kerjasama pelajar dan bantuan dari Allah, saya berjaya habiskan dengan baik.
Dan inilah markahnya. 86.6 peratus. Hikmahnya Allah dalam menegur manusia.
Saya buat sesuatu yang baru dalam pengajaran saya. Saya percaya, kita masih belum terlambat. Terlalu banyak teknologi yang ada di sekitar kita untuk kita guna.
Anak-anak murid kita hidup dalam dunia ini. Kita kene lebih dua tapak ke hadapan. Betul kan?
0 comments:
Post a Comment