Sekarang dah terjebak dengan penulis konvensional. Lama betul tak menulis di sini. Bukan lupa, cuma masih tak pandai bahagikan masa.
Tulis kat buku, bukan merapu panjang-panjang pun, hanya tulis kata-kata semangat, jurnal kehidupan, apa yang berlaku. Rasa seronok sebab boleh tampal-tampal sekali. Setakat ni, saya dah ada dua jenis, satu besar dan satu lagi bersaiz A5.
Planner, sepatutnya jadi satu guideline untuk rancang apa yang kita nak buat pada masa depan. Rancangan apa yang kita nak buat dalam minggu, hari dan sebagainya. Tapi, setakat ini, planner saya, saya tampal dan tulis-tulis perkara-perkara yang dah berlaku dalam hidup saya.
Saya gembira dan saya suka. Apa-apa yang saya buat dan membuatkan hati saya bahagia, sudah cukup untuk saya. Adakalanya, saya tampal gambar yang di cetak de kedai. Supaya saya boleh mengingati moment-moment saya.
Sebenarnya, planner juga adalah salah satu cara untuk saya melepaskan rasa stress saya. Saya akan menulis, menampal, menyelak semula tulisan saya. Perasaan ini susah nak diterjemahkan, tetapi ia sangat memuaskan.
Betul juga masa dengan planner adalah masa untuk kita bersendiri. Untuk kita melayan isi hati sendiri. Dengan washitape, kad-kad comel, sticker dan macam-macam lagi, buat saya makin seronok. Saya dapat memberikan segalanya ketika saya buka planner saya.
Tak salah punya planner, meskipun, apa yang dicatat adalah
benda-benda yang lepas. Sebenarnya, kita memang sudah merancang, kita merancang untuk menulis masa-masa yang telah berlaku dalam hidup kita.
Hidup yang pernah ada
0 comments:
Post a Comment