Pertama kali dengar tentang ETS ni, tahap jakun gaban ni memang ketaralah. Nak-nak bila orang share itu ini kan, lagilah rasa macam nak pergi aje naik keretapi terus.
Belum masanya, maka hasrat itu, mati dulu kat situ. Minggu ini, bila kena bertugas di Ipoh, terus nampak kenderaan paling utama ialah kereta ataupun keretapi.
Sebelum google, calling-calling kawan dulu. Ada yang kata, kena booking awal la, ada yang kata kena beli kat stesyen lah. Semua maklumat yang tak tepat ini, perlu ditapis.
Maka saya pun terus cari pakcik google KTMB. Nah, ini capaian paling tepat untuk tengok tiket KTMB E-Ticketing System. Sebaiknya, register terlebih dahulu dan mestilah ingat id dan password. Kenapa perlu register, mudah untuk tengok history, ataupun nak buat report pun mudah.
Contoh macam gambar di atas. Untuk mudah nak cetak atau download aje tiket. Buat masa ini, saya print tiket sebab atas keretapi pegawai nak cop tiket tu. Masa beratur kat kaunter, tunjuk tiket kat telefon bimbit aje. Mungkin boleh juga kot tayang tiket guna telefon masa kat atas keretapi, jimat kertas, sayang kat pokok.
Ini pulak menu reservation tiket. Untuk pilih dari mana nak ke mana. Saya suka ambil dari KL Sentral, dan anda boleh pilih dari mana-mana stesyen anda tetapi bergantung kepada masa yang ada. Kalau bermula dari stesyen utama, masa lebih sharp berbanding di stesyen transit. Ada masa, lewat sedikit.
![]() |
HARGA COACH PLATINUM |
![]() |
HARGA COACH GOLD |
![]() |
HARGA COACH SILVER |
Harga tiket bergantung kepada tiket dan waktu perjalanan yang anda pilih. Malah, perbezaan masa perjalanan juga berbeza mengikut coach yang anda beli.
Sebagai contoh, anggaran tempoh perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh
- Platinum Coach ---- 2 jam
- Gold Coach ---- 2 jam 20 minit
- Silver Coach ---- 2 jam 30 minit
- mengikut berapa banyak stesyen transit keretapi berhenti untuk turunkan dan ambil penumpang.
Apapun, saya belum pernah rasa coach platinum, baru pakai gold. Ok sangat. Saya dapat rasakan ruang yang luas, tempat duduk boleh turunkan, dan saya tidor lena dalam perjalanan.
Tapi, saya masih belum pandai nak ejas tempat duduk supaya sama dengan arah keretapi bergerak. Dan jika anda terpilih seat yang melawan arus keretapi bergerak, elakkan tengok tv atau perkara yang menyebabkan anda mudah sakit kepala.
Tanda ada disediakan... besar. Selesa... sedangkan perjalanan agak panjang, dan kepala anda sakit. Itu boleh menybabkan mood anda hilang.
Apapun, ini kemudahan yang terbaik untuk kita semua. Saya suka naik keretapi, seba saya rasa malas sangat nak memandu. Hahahah... Untuk saya yang jenis suka rehat-rehat dan termenung, naik keretapi adalah pilihan paling tepat.
0 comments:
Post a Comment