Isu klise dalam satu organisasi ialah tentang hormat menghormati. Tak kira siapa pun kita. Kita bos, kita pekerja, kita pekerja sama level, sama bidang, tak sama bidang dan sebagainya, isu respek ni, nak dengar pun sampai muak.
Masa saya mula-mula kenal dunia pekerjaan, ada satu pengetua berbangsa Cina pernah pesan pada saya, kita semua mesti ada respek orang lain, tapi kita tak boleh minta orang respek kita, itu akan jadi sendiri.
Respek bukan benda yang boleh kita minta-minta.Respek adalah satu nilai murni yang lahir dari secara positif. Kalau cara dapat dengan meminta-minta, memang tak akan dapatlah.
Jadi, daripada kita sibuk minta-minta orang respek kita, apakata, kita usahakan 11 perkara ini. Moga-moga kita akan dihormati dengan sebaik-baiknya.
1. Tunjukkan keyakinan diri anda - Buat sesuatu tugas sehabis baik dengan tunjukkan semangat untuk hasilkan yang terbaik bersama. Kekalkan identiti dan prinsip diri sendiri, tetapi jangan biarkan ketakutan melenyapkan potensi diri.
2. Siapkan tugas pada masa yang ditetapkan - Biasalah, kita dapat tugas adhoc dan tiba-tiba. Cuba buat sehabis baik dan tepat masa. Jika dapat dateline yang tak masuk akal, bawa bincang dan cari penyelesaian.
3. Tunjukkan kerendahan - Bila ada buat salah, akui kesalahan tetapi tak perlulah nak sebut kesalahan tu 24 jam. Tak perlu sampai nak menghinakan diri sendiri.
4. Banyak bersabar - Jika perlu belajar benda baru, bersabar untuk belajar. Jika perlu beri tunjuk ajar, bersabar. Bila anda berjaya bersabar, anda berjaya pupuk diri anda belajar bersabar.
5. Respek juga, kalau anda ada perasaan tak suka - Mana ada 24 jam suka, dan 24 jam tak suka. Sebab satu hari nanti, tak tahu apa jadi pada diri kita. Boleh jadi waktu itu kita perlukan pertolongan mereka?
6. Gosip? - Janga rilek, ini penyakit boleh berjangkit. Tangani dengan sebaik-baiknya. Tak perlu sebar-sebarkan, tetapi lebh baik cari kebenaran atau fikir cara nak meningkatkan pekerjaan .
7. Keterlibatan - Jika ada perkara baru, libatkan semua yang perlu tahu. Sebarkan maklumat tentang objektif dan kesan program yang ingin dijalankan. Sebaik-baiknya sebarkan secara bertulis.
8. Puji - Semua orang suka benda ni. Tetapi lebih baik lahir dari hati yang ikhlas. Adakalannya, tidak perlu secara terang-terangan. Mudah-mudahan, semangat kerja semakin tinggi dan tidak mudah patah semangat.
9. Kongsi ilmu - Ilmu ini terlalu luas. Kadang-kala tidak terkejar. Jadi, jika ada ilmu baru berkongsilah dan jangan pula kita tak mahu ambil bila ada rakan ingain berkongsi. Maklumlah, ada pepatah kata, kalau kau ada sesuatu ilmu , sampai bebila kau aje yang kena buat benda tu.
10. Bersih dan terancang - semua orang suka benda bersih dan wangi. Terancang - patut memang macam ni. Sebaiknya ruang kerja kita mestilah bersih dan tersusun.
11. Jadilah profesional - Kehidupan di luar tempat kerja adalah privasi, maka janganlah sampai terbawa-bawa ke tempat kerja. Pandai-pandailah bahagi. Tak perlu nak cerita semua benda hal rumah bagai kat tempat kerja. Simpan-simpan sikit.
12. Jadilah orang jujur - Bab ini, ramai yang pandai cakap tapi tak pandai buat. Jadi jujur bukan bermaksud melawan. Bercakap benda yang benar. Sebab, dengan kejujuran kita boleh memperbaiki diri kita sendiri. Kita selalu rasa diri kita perfect, tak boleh nak terima teguran orang lain? Kita tidak akan berjaya dan tak akan ke mana-mana, hanya kerana kita tak dapat nak bezakan antara pertanyaan dan melawan. Sebabnya, bila kita beri arahan atau tugas kepada seseorang, mereka bertanya, ada yang merasakan itu adalah melawan. Come on, rasional sikit fikir tu.
Fuiihhh... panjangnya. Semoga... Saya pun dapat banyak dari apa yang saya tulis. Saya tidak hebat, tetapi menulis untuk mengingatkan diri dan mungkin juga sedikit sebanyak menyedarkan orang lain.
#respeklabro
diolah dari sini
0 comments:
Post a Comment