Monday, August 1, 2016

KBAT - DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA







Soalan :


Televisyen menyediakan pelbagai rancangan yang mempunyai unsur dakwah bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pendakwah. Pilih satu rancangan yang terdapat dalam saluran televisyen dan huraikan objektif rancangan mereka dalam membantu penyebaran dakwah Islam.

===========


Jawapan 1:


 Rancangan syahadah yang disiarkan di TV1 bertujuan untuk melihat saudara baru Islam yang tinggal secara minority di negara-negara bukan Islam. Dengan cara ini, kita dapat menginsafi kesusahan dan kesungguhan mereka untuk belajar tentang Islam. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur dengan nikmat Islam yang diberikan agar kita dapat meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah.




Jawapan 2 : 


Rancangan Qari Junior yang disiarkan di TV3 bertujuan untuk mendidik dan melahirkan golongan muda yang celik dan hafiz al-Quran. Dengan cara ini, peserta dapat menarik perhatian penonton untuk belajar bersama dan menghayati isi kandungan al-Quran. Oleh itu, kita hendaklah menyediakan diri kita untuk menerima dakwah yang pelbagai bentuk agar kita dapat menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Visitors