Setelah 3 minggu dalam penantian dan debaran, saya telah didatangi oleh wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Selangor bagi permohonan jawatan guru cemerlang Dg48. Seingat saya, borang permohonan saya hantar pada awal bulan Ogos dengan serahan tangan. Abe jugalah yang menemani saya ke PKNS.
Untuk memudahkan pembacaan, saya garap pengalaman saya dengan kronologi tarikh.
28 September 2016 - Saya menerima panggilan dari En Hanis, JNJK Selangor ketika saya sedang menghadiri bengkel KIK peringkat daerah. Bila saya terima mesej yang mengatakan dari JNJK, saya dah gigil. Setelah 20 minit membuat perbincangan, En Hanis minta saya email jadual waktu terkini.
Dapat panggilan untuk penilaian JNJK di sekolah, ini bermakna, saya sudah melepasi saringan pertama.
29 September 2016 - En Hanis hubungi saya semula dan menetapkan penilaian akan berlaku antara tarikh 24 hingga 28 Oktober 2016. Ok ada masa lagi.
Dengan deretan tugas yang tak henti kunjung tiba, buat saya kurang sikit berdebar.
Saya dok fikir-fikir, exam PAT habis pada 25hb, 28hb cuti. Jadi ada dua hari 26 dan 27 hb Oktober sahaja. Maka, pandai-pandailah mengagak.
6 Oktober 2016 - Saya menyertai pertandingan inovasi di Kelantan. Jodoh Allah SWT tentukan, saya berjumpa dengan GC DG54 Biologi, Cikgu Muhamad. Allah... sayu hati saya bila pada kesempatan itu, cikgu Mat sudi kongsi pengalaman beliau bersama saya. Banyak tips yang beliau turunkan.
19 Oktober 2016 - Kawan saya di daerah yang sama juga didatangi oleh wakil JNJK Selangor. Sempatlah saya korek itu ini, buat itu ini. Nak buat apa dan sebagainya.
24 Oktober 2016 - Saya tempah Makmal Chrome Book 1 selama seminggu. Saya letak semua bahan saya di bilik tersebut dan susun ikut kelompok.
Kelompok 1 - Hasil Kerja Murid
Kelompok 2 - Segala Fail ( ikut gambar)
Kelompok 3 - Album Gambar Aktiviti
Kelompok 4 - Penghargaan dan Anugerah
Kelompok 5 - Bahan-bahan tahun lepas (Bahan PDP, Modul dan sebagainya)
Saya tak susun barang-barang ini sorang-sorang. Saya ada seorang murid yang sentiasa rajin nak tolong, Aqilah Qistina. Dialah yang tolong sapu bilik, susun-susunkan hadiah, fail, buku dan lain-lain. Selesai satu masalah.
25 Oktober 2016 - Last touch up mana yang kurang. Buat cover baru. Semak mana-mana yang lompong untuk dipenuhkan. Sempat juga selak PPPM, maklumat sekolah, KSSM dan apa-apa sahaja yang relevan dengan diri saya.
Saya sempat berjumpa dengan pengetua dan berbual-bual. Beliau pesan supaya saya buat sehabis baik.
26 Oktober 2016
10.00 pagi - Last call. Abe pesan, apa pun jadi, positif dan senyum. InshaAllah, semua akan ok.
Ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan sesi petang, sangat-sangat saya hargai.
11.00 pagi - Saya sampai sekolah awal. Hehehe. Perut rasa tak sedap, saya ke kantin dahulu. Sedut air dua tiga kali, Encik Azmi telefon memaklumkan kehadiran dua pegawai. Masa tu saya blur sekejap, bungkus air dan terus gerak ke pejabat.
11.15 pagi - Pertama kali bersua dengan Ustaz Yusof dan En Hanis, telahan saya mereka sangat tenang. Setelah saya perkenalkan diri dan berborak serba sedikit, Ustaz Yusof menerangkan prosedur penilaian untuk hari ini.
Sungguh, saya tak rasa berdebar macam mula-mula tadi. Rasa cool aje. Penilaian hari ini adalah untuk mengutip data, tiada maklum balas yang boleh diberikan. Saya angguk-angguk faham.
11.30 pagi - Saya bawa Ustaz Yusof dan En Hanis ke Makmal Chrome 1. Memang saya bertawakal sahaja. Ustaz Yusof memberi peluang jika saya ada nak tambah-tambah bahan.
Cepat-cepat saya selit bahan yang baru print kat rumah pagi tadi. Saya pun beredar dari bilik chrome dan tinggalkan 2 orang pegawai tadi. Saya hanya perlu datang semula untuk pencerapan di dalam kelas.
1. 30 petang - Pencerapan. Apa perlu buat sebelum pencerapan?
1. Kautim dengan pelajar - Maklumkan apa pelajar perlu buat. Pilih kelas yang memang boleh membantu. Pilih tajuk yang mudah dan pelajar pun setuju.
Bila dah kautim, pelajar pun rasa bersemangat. Apa nak buat? Mereka pun rasa seram macam saya.
Bukan itu sahaja, minta pelajar siap-siap cari kumpulan, nak susun meja macam mana, dan apa-apa lagi, buatlah.
2. Kautim dengan guru - Saya memang perlu guna masa guru lain. Maka, sehari awal saya dah cakap siap-siap. Kawan-kawan memang sangat membantu. Lepas pencerapan selesai saya akan masuk kelas guru lain untuk bantu pula.
3. RPH - wajib ada. Buat sekurang-kurangnya 3 aktiviti. Buat cara macam anda selalu buat.
4. Mengajar - Mengajar macam biasa. Saya, ada juga tersendu dua tiga kali lupa apa nak cakap. Tapi, teruskan. Terus bina momentum di awal-awal proses. Kuatkan suara, terus bersemangat.
5. Bahan bantu mengajar - Sedialah apa sahaja yang anda mampu. Sediakan ganjaran, saya minta pelajar beli gula-gula RM5 kat kantin.
2.50 petang - Temu bual. Ini wajib. Serius, saya memang ada baca, tapi hahaha.. Bila dah panik, apa kita baca pun terbang tinggi rendah aje dengan kita.
Soalan yang saya kena jawab, ada dua bahagian:
Bahagian 1
- semua berkaitan dengan apa yang saya buat. Bukti, kena tunjuk. Kalau real live, tunjuk.
Bahagian 2
1. PPPM - Gelombang, aspirasi
2. SKPM itu apa? Apa yang paling kita ingat. Standard berapa.
3. Aktif bola jaring - apa posisi.
4. Guru pembantu - apa tugas? Bila nak hantar surat amaran.
5. Guru pengiring - berapa nisbah guru dan murid.
dan soalan yang saya tak sangka
Apa buku paling last dibaca? Dan sila beri sinopsis.
Ini buku last saya baca - huhuhu |
![]() |
Kelompok 1 - Hasil Kerja Murid - Nota dan Latihan |
![]() | |
|
![]() |
Kelompok 2 - Fail |
![]() | |
|
![]() |
Kelompok 2 - Fail |
![]() |
Kelompok 2 - Fail |
![]() |
Kelompok 3 - Album Aktiviti |
![]() |
Kelompok 4 - Penghargaan & Anugerah |
![]() |
Kelompok 5 - Bahan-bahan Lepas |
![]() |
Bahan-bahan yang dikumpulkan untuk 4 tahun |
3.30 petang - Selesai sesi bersama saya. Ustaz Yusof dan En Hanis mengingatkan saya bahawa penilaian ini akan diperbahaskan lagi. Tanggungjawab mereka hanya menilai dan keputusan bukanlah di tangan mereka.
Dengan layanan yang profesional ini, saya memang sangat berpuashati. Selepas saya iring mereka berdua ke pejabat, saya terus naik ke bilik guru. Mereka berdua perlu menyelesaikan lagi beberapa prosedur dengan pihak pentadbir.
Saya? Saya dah merdeka. Sangat-sangat. Perasaan puas hati. Kepala saya rasa sangat ringan. Bukan kerana saya perasan saya mengajar best, puas sebab saya dah buat yang terbaik.
Satu perkara Cikgu Mat pesan pada saya, bila diorang dah datang tu, buat elok-elok. Bukan senang nak bagi sampai datang. Buat habis-habis. Dapat tak dapat, kita dah usaha. Kalau ada sijil tu, tayang bagi tegak. Huhuhu. Dalam senda gurau cikgu Mat, saya guna untuk penilaian saya hari ini. Terima kasih cikgu Mat.
![]() |
Saya, kak Hiyah, cik Raja dan Cikgu Mat |
Pengalaman saya hari ini mungkin berbeza dengan orang lain. Namun begitu, boleh lah dijadikan panduan untuk sesiapa yang memohon jawatan yang sama.
Bukan yang terbaik tetapi kutiplah dari mana-mana ilmu, gabung dan anda akan jadi lebih baik.
Kita manusia biasa, kita berusaha sehabis baik untuk cemerlang mengikut kemampuan kita. dan percayalah, anda lebih kenal kemampuan diri anda.
Kalah atau menang?
Kita sudah lama menang.
0 comments:
Post a Comment