12.30.2017

Best Nine 2017








Tinggal 2 hari sahaja lagi, menginjak ke tahun 2018. Sedar tak sedar juga, sudah mencecah 12 tahun bekerja sebagai guru. Macam-macam yang dilalui, macam ditempuh. Hari ini, baru berkesempatan menjenguk blog yang lama terabai. Betul kata orang, bila dah ada blog paling susah nak kekalkan ialah menulis isi di dalamnya. Saya semak cuma ada 7 posting sahaja untuk tahun 2017. Teruknya prestasi diri saya sendiri. Bukan tak ada cerita  nak tulis, banyak.. cuma tidak ada masa yang terluang untuk menulis di sini. 

Tahun 2017 

Pertama kalinya, saya mengajar sesi pagi 
Pertama kalinya, mengajar tingkatan 3 dan 5 sejak pindah ke Kota Damansara
Pertama kalinya, mendapat anugerah Guru Inovatif Sekolah Menengah PPD Petaling Utama
Pertama kalinya, selesai seminar 1 dan seminar 2 program master
Pertama kalinya, mengikut program di Skytrex Shah Alam
Pertama kalinya, jadi guru rumah sukan dan menjadi johan



Banyak juga yang pertama kalinya. 

Harapan untuk diri sendiri, semoga kedatangan 2018 memberikan yang terbaik untuk diri saya. 

3.19.2017

6S Besties


Hari ini kami berjanji nak pakai baju warna sama-sama. Sanggup korek baju , tak kisah pun baju baru atau baju lama, janji warna sama. Homaigoddd.. Lama sungguh kami dah berkawan. Sejak tahun 2000 sehingga kini. Dah dekat 17 tahun rupanya.



A post shared by Lea Mustafa (@iamleamustafa) on

2.17.2017

Road Run 2017


Hari ini merentas desa. Sebagai ketua rumah sukan Satria, semua tugas dah diagih-agihkan kepada semua guru. Seperti biasa, ketua guru akan uruskan penyediaan air kepada pelajar. Cukup 2 3 orang murid membantu, dah rasa cukup tenang dah. Paling best, esoknya cuti dan dapatlah saya berehat seketika dua hari ini. Kan?


2.16.2017

KNOVASI P&P UKM 2017



Dua hari datang berkumjung ke bumi UKM. Ini dah masuk bebrapa kali datang sini. Kali ini, datang berdua dengan kak Akmar. Rasa rugi juga tak masuk bertanding. Tapi, tak apalah. Belum ada perancangan. InshaAllah, akan datang ni ada beberapa acara yang boleh saya sertai.

Serius, bila tengok idea orang lain, rasa macam kita pun boleh buat idea macam mereka, dan rasa kita boleh juga jadi hebat macam mereka. Itu perasaan biasa bila melihat orang berjaya. Harap-harap perasaan itu kekal la sampai balik kerumah. Macam-macam idea ada, dan ada banyak idea yang ingin dikongsikan oleh para ilmuan dalam bidang pendidikan ini sebenanrnya. Kita nak pakai atau tidak dan sempat nak pakai atau tidak.



A post shared by Lea Mustafa (@iamleamustafa) on



1.13.2017

HARI PERTAMA DI SESI PAGI





Hari ini, hari pertama di sesi pagi. Sangat-sangat pertama secara rasminya. hati tak tenang nak tido, takut sampai sekolah lambat. Kepala rasa pening sedikit. Tidak tahu macam mana nak menghadapinya, tetapi hati tetap semangat untuk menghadapi segala yang baru untuk tahun ini. Siapa sangka, penantian untuk mengajar pagi selama 3 tahun ini, termakbul.








1.10.2017

2 Hari CRK Untuk Abah



Maklum dah, bukan senang nak dapat CRK awal-awal tahun ni. Serius, lebih-lebih lagi kalau kerja sebagai guru ni. Siapa guru dan pernah mengalami keadaan ini, boleh angkat tangan. Macam biasa, ketua kerani sekolah, dah pesan siap-siap ambil cuti separuh gaji, sebab jaga ibu bapa. Masa tu, macam-macam dah fikir, tapi fikir dalam-dalam , Abah pernah buat lebih banyak dari apa yang saya akan buat, maka saya terima dengan hati terbuka.

1.04.2017

Temujanji Abah Ke IJN



Sekolah baru, dan saya juga mula ambil cuti CRK. Nak bawa Abah ke IJN. Bila Abah dah confirm dapat appoinment di IJN, petang ni saya dan suami balik ke Muar untuk ambil mak dan abah. Dalam kepala memang dah plan, sampai KL semula nanti check in hotel sahaja. Tak perlu nak balik rumah.


Pandangan IJN dari dalam bilik Hotel Putra sebelah Hospital Pusrawi. 

Terima kasih sangat-sangat kepada Abe sebab sudi uruskan ambil dan bawa Abah ke IJN. Walaupun tahu badannya sebenanrnya penat yangtermaat sangat. Dalam pada Abe kepenatan, Abe tak beri saya memandu, lebih kepada suruh saya berjaga di belakang.

Segala urusan berjalan dengan lancar dan abah dijadualkan untuk buat angio pada 11 haribulan. Dan masih ada masa untuk Abah bertenang. Tahu, dalam hatinya itu bimbang dan takut.

1.03.2017

Projek Kita

Dapat juga saya dan dua orang kawan siapkan modul Nota Berpandu Pendidikan Islam Tingkatan 5. Inilah Projek Kita. Sejujurnya, ini adalah usaha Pn Jamilah dari SMK Aminuddin Baki, KL. Beliau susun modul ini mengikut tajuk tingkatan 5, dan selitkan soalan-soalan SPM yang leps-lepas.  Saya dan Pn Hosniyati  pula uruskan cover, pra kata dan hantar fotokopi di kedai. 

Meskipun buku ini hanya, kami buat fotokopi sendiri, tidak ada kena mengena dengan mana-mana pencetak atau kedai buku, harapan saya, jika ada yang guna dan mahu buat fotokopi, janganlah dibuat muka depan yang asal. Itu harapan kami. 

1.01.2017

Gelak Tahun Baru

Selamat tahun baru. Semoga kedatangan tahun baru memberikan semangat baru untuk kita semua. Cuti tahun baru, saya tidak ke mana-mana. Hanya berehat di rumah. Abe pun kerja. 

gelak tahun baru, tazahlea, leamustafa.com,

Ada cerita yang saya ingin kongsikan. Dalam tahun 2015, saya bersama Atikah Hani ke UM. Seingat saya, Atikah teman saya selesaikan borang permohonan MyBrain15. Usai semua urusan, dalam kereta, enjin kereta senyap. 

Telefon suami dan Etiqa, bantuan akan sampai dalam masa 1 jam. Sempatlah kami solat dulu. Tumpang solat di kolej kediaman berdekatan. 

Kisah yang menariknya di sini. Oleh kerana telefon saya mati, pomen kereta hanya boleh telefon Atikah. Usai solat, telefon berbunyi. Dan Tikah terus beri kepada saya. Saya pun dengan yakin menjawab, 

"Helo" - saya
Helo, mis za?" - wakil Etiqa
"Helo, ni bukan Mis Za." - saya jawab. Dan saya tambah, "Ni Lea"
Senyap. 

Ish, salah nombor ni. Kita tunggu pomen.

Telefon bunyi lagi. Nombor yang sama. Tikah pula yang jawab. Sah, orang Etiqa dah sampai. Selesailah urusan kereta. Saya belanja Tikah makan dan saya balik rumah. 

Sampai rumah, saya tanya suami saya. 

"Sayang, kenapa pomen tadi telefon, dia panggil saya Mis Za?"
Suami saya diam. Lama betul nak dapat jawapan. Sempat masuk toilet, keluar toilet. 

Suami pun kata, 
"Sayang, dia bukan panggil Mis Za la. Tapi dia panggil, miss aaahhh!" (lenggok pelat Apek) 

Kah..kah.. Kahh.. 

Berderai air mata saya. Mana taknya, sudah la, adik ipar saya, namanya Miza. 

Dan setiap kali, terkenang peristiwa tu, saya pasti ketawa. Bukan sedikit, tapi berdekah-dekah... 

Missss aaahh!!!