Maklum dah, bukan senang nak dapat CRK awal-awal tahun ni. Serius, lebih-lebih lagi kalau kerja sebagai guru ni. Siapa guru dan pernah mengalami keadaan ini, boleh angkat tangan. Macam biasa, ketua kerani sekolah, dah pesan siap-siap ambil cuti separuh gaji, sebab jaga ibu bapa. Masa tu, macam-macam dah fikir, tapi fikir dalam-dalam , Abah pernah buat lebih banyak dari apa yang saya akan buat, maka saya terima dengan hati terbuka.
Saya jumpa pengetua, ternyata beza betul dengan pandangan ketua kerani. Pengetua saya lebih bertimbang rasa untuk urusan keluarga seperti ini. Dan saya amat menghargainya. Dapatlah saya melepak di IJN tanpa rasa risau sangat.
Selepas Angah check in kan Abah di hospital, saya datang tengok Abah petang itu. Datang borak-borak dengan Abe. Macam-macam cerita, biasalah.
Abah dijadualkan ke dewan bedah pada jam 10.00 pagi. Kami berdua sempat sampai pada waktunya. Kami iring Abah ke bilik bedah dan kami pun tunggu Abah sampai Abah selesai di katilnya.
Alhamdulillah, semua selamat. Berkat pertolongan Allah dan doa semua rakan-rakan, dan nampak di raut wajahnya tenang. Barangkali lega, sampai di katil ada anaknya sedang menunggu. Benda yang diminta ialah bubur McD. Gigih menantunya pergi beli petang tu. Sayang Abe.
0 comments:
Post a Comment