1.01.2017

Gelak Tahun Baru

Selamat tahun baru. Semoga kedatangan tahun baru memberikan semangat baru untuk kita semua. Cuti tahun baru, saya tidak ke mana-mana. Hanya berehat di rumah. Abe pun kerja. 

gelak tahun baru, tazahlea, leamustafa.com,

Ada cerita yang saya ingin kongsikan. Dalam tahun 2015, saya bersama Atikah Hani ke UM. Seingat saya, Atikah teman saya selesaikan borang permohonan MyBrain15. Usai semua urusan, dalam kereta, enjin kereta senyap. 

Telefon suami dan Etiqa, bantuan akan sampai dalam masa 1 jam. Sempatlah kami solat dulu. Tumpang solat di kolej kediaman berdekatan. 

Kisah yang menariknya di sini. Oleh kerana telefon saya mati, pomen kereta hanya boleh telefon Atikah. Usai solat, telefon berbunyi. Dan Tikah terus beri kepada saya. Saya pun dengan yakin menjawab, 

"Helo" - saya
Helo, mis za?" - wakil Etiqa
"Helo, ni bukan Mis Za." - saya jawab. Dan saya tambah, "Ni Lea"
Senyap. 

Ish, salah nombor ni. Kita tunggu pomen.

Telefon bunyi lagi. Nombor yang sama. Tikah pula yang jawab. Sah, orang Etiqa dah sampai. Selesailah urusan kereta. Saya belanja Tikah makan dan saya balik rumah. 

Sampai rumah, saya tanya suami saya. 

"Sayang, kenapa pomen tadi telefon, dia panggil saya Mis Za?"
Suami saya diam. Lama betul nak dapat jawapan. Sempat masuk toilet, keluar toilet. 

Suami pun kata, 
"Sayang, dia bukan panggil Mis Za la. Tapi dia panggil, miss aaahhh!" (lenggok pelat Apek) 

Kah..kah.. Kahh.. 

Berderai air mata saya. Mana taknya, sudah la, adik ipar saya, namanya Miza. 

Dan setiap kali, terkenang peristiwa tu, saya pasti ketawa. Bukan sedikit, tapi berdekah-dekah... 

Missss aaahh!!!

0 comments:

Post a Comment