1.04.2017

Temujanji Abah Ke IJN



Sekolah baru, dan saya juga mula ambil cuti CRK. Nak bawa Abah ke IJN. Bila Abah dah confirm dapat appoinment di IJN, petang ni saya dan suami balik ke Muar untuk ambil mak dan abah. Dalam kepala memang dah plan, sampai KL semula nanti check in hotel sahaja. Tak perlu nak balik rumah.


Pandangan IJN dari dalam bilik Hotel Putra sebelah Hospital Pusrawi. 

Terima kasih sangat-sangat kepada Abe sebab sudi uruskan ambil dan bawa Abah ke IJN. Walaupun tahu badannya sebenanrnya penat yangtermaat sangat. Dalam pada Abe kepenatan, Abe tak beri saya memandu, lebih kepada suruh saya berjaga di belakang.

Segala urusan berjalan dengan lancar dan abah dijadualkan untuk buat angio pada 11 haribulan. Dan masih ada masa untuk Abah bertenang. Tahu, dalam hatinya itu bimbang dan takut.

0 comments:

Post a Comment