Tinggal 2 hari sahaja lagi, menginjak ke tahun 2018. Sedar tak sedar juga, sudah mencecah 12 tahun bekerja sebagai guru. Macam-macam yang dilalui, macam ditempuh. Hari ini, baru berkesempatan menjenguk blog yang lama terabai. Betul kata orang, bila dah ada blog paling susah nak kekalkan ialah menulis isi di dalamnya. Saya semak cuma ada 7 posting sahaja untuk tahun 2017. Teruknya prestasi diri saya sendiri. Bukan tak ada cerita nak tulis, banyak.. cuma tidak ada masa yang terluang untuk menulis di sini.
Tahun 2017
Pertama kalinya, saya mengajar sesi pagi
Pertama kalinya, mengajar tingkatan 3 dan 5 sejak pindah ke Kota Damansara
Pertama kalinya, mendapat anugerah Guru Inovatif Sekolah Menengah PPD Petaling Utama
Pertama kalinya, selesai seminar 1 dan seminar 2 program master
Pertama kalinya, mengikut program di Skytrex Shah Alam
Pertama kalinya, jadi guru rumah sukan dan menjadi johan
Banyak juga yang pertama kalinya.
Harapan untuk diri sendiri, semoga kedatangan 2018 memberikan yang terbaik untuk diri saya.