Saya belum pernah dapat pen berjenama ini. Tak pernah terfikir nak beli dan pakai. Selalunya beli pen murah-murah aje. Pen yang mahal sikit pun bila tiba musim peperiksaan sahaja. Hari ini, hari bertuah saya. Faiz, murid kelas 3 Abu Bakar tahun 2017 menghadiahkan saya sebatang pen parker. Lebih istimewa, nama saya diukir pada pen tersebut. Rezeki yang tidak pernah dijangka. Terima kasih kepada si pemberi pen. Ustazah suka sangat pen ni. InsyaAllah, ustazah akan jaga dengan sebaik mungkin.
0 comments:
Post a Comment