2.08.2018

DOODLE

Doodel ialah lukisan dalam bentuk contengan lakaran yang dihasilkan dengan makna atau tanpa makna. Dalam pendekatan saya buat, saya minta murid melukis dengan penuh makna. Kaedah ini saya gunakan dalam tajuk Tamadun Islam/ Sirah. Lebih spesifik saya apply dalam kelas tingkatan 5. Mereka lebih matang dalam berfikir dan pengalaman yang lebih banyak mengikut usia mereka sendiri.

Owh ye, kenapa saya pilih tajuk Tamadun Islam/Sirah? Kerana tajuk ini, isi kandungannya lebih bersifat fakta, tepat dan tidak berubah. Lebih mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk lukisan. Yang fakta inilah murid-murid kita susah nak ingat.


Pertama sekali, saya perlu buat beberapa contoh Doodle yang saya hasilkan sendiri. Guru perlu tunjuk contoh supaya murid boleh nampak apa yang guru mahukan. Projek ini sebaiknya dalam kumpulan lebih kurang 3 atau 4 orang. Setiap kumpulan diberi sub-topik kecil. Setiap kumpulan mestilah sub-topik yang berbeza.


Murid boleh membuat rujukan dalam internet untuk melihat lukisan Doodle yang ada untuk mendapatkan ilham. 

Ni dah ada yang dah mula melukis. 
Kedua, aktiviti ini perlu sentiasa dipantau oleh guru. Jadinya lebih baik, aktiviti dibuat di dalam kelas. Tak belajar lah ye? Ini adalah sesi pembelajaran. Menterjemah maklumat dalam bentuk lukisan adalah belajar. Aplikasi. Bayangkan murid mengulang banyak kali membaca benda yang sama, tidakkah melekat dalam kepala otak mereka? Jawapannya ye. Bawak bersabar cikgu-cikgu. Sehari dua ni memang belum boleh mereka mengingat.


Ketiga, jalankan peranan cikgu-cikgu sebagai pembimbing. Jangan dibiarkan mereka dalam kekeliruan. Bantu mereka. Bantu mereka untuk cetusan idea. Percayalah, mereka sangat perlukan.

Mana-mana hasil lukisan yang dah siap tu, ambil gambar satu kumpulan. Penghargaan gitu. 




Pesan kat anak-anak kita, warnakan lukisan atau Doodle yang telah dihasilkan itu. Warna amat memainkan peranan penting. Hasil lukisan dilihat menarik dan seronok dipandang. Bahan yang dah siap cantik ni, saya kumpul dan simpan cikgu-cikgu. Saya ambil gambar dan pdf kan. Kenapa? lepas ni murid-murid minta untuk baca. Untuk ingat kerana ini bahan untuk mereka belajar.

Lepas dah siap semua, barulah saya jalan kan Gallery Walk. Selamat mencuba!!!!

0 comments:

Post a Comment