2.08.2018

Gallery Walk

Gallery Walk adalah satu aktiviti yang popular digunakan dalam kelas. Aktiviti ini menggalakkan murid berinteraksi antara satu sama lain. Tidak hanya duduk di kerusi semata-mata.

Mula-mula, setiap kumpulan perlu memilih ruang yang ada di dalam dan luar kelas yang berdekatan untuk dijadikan stesen atau galeri. Di stesen berkenaan, mereka hendaklah menampal bahan Doodle yang telah disiapkan. Ini adalah cara pembentangan yang lebih hidup. Dalam satu-satu masa, pembentangan boleh berlaku serentak. Semua bertindak, beraktiviti. Aktiviti pembelajaran lebih hidup.


Geng bujang senang pilih papan kenyataan belakang

Geng anak dara pilih pintu

Setiap kumpulan perlulah menyediakan bahan edara untuk diberikan kepada pelawat yang datang ke galeri mereka. Bahan edaran mestilah berkaitan dengan Doodle yang telah mereka hasilkan. Disamping itu, setiap kumpulan mestilah memilih ahli kumpulan yang akan keluar melawat galeri orang lain. Tuan rumah yang tinggal di stesen masing-masing akan bertindak sebagai pencerita bahan yang mereka hasilkan. Bolah sahaja mereka bertukar-tukar peranan. Tak ada masalah.






Lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali, sehingga semua ahli kumpulan berpeluang untuk menjadi tetamu di kumpulan yang lain. Cikgu jalan pula lupa sediakan kuiz yang berkaitan dengan tajuk yang telah mereka belajar ini. Di akhir kuiz, sediakan habuan untuk mereka. Saya selalunya, bawakan makanan semasa kelas tambahan. Kadang-kadang saya order Dominos Pizza, brownies sebagai reward atas usaha baik mereka.




InsyaAllah cikgu, boleh tu. Bila aktiviti berakhir, jangan dilupa 3 hingga 5 minit tugas kita untuk memberikan rasional kepada anak-anak murid. Meskipun, mereka tahu dah rasional, tapi bila kita yang sampaikan dengan nada dan intonasi yang sesuai, lain pula penerimaan mereka. Jangan pernah putus asa ye! Kuat semangat. Jangan lupa cuba ye. 

0 comments:

Post a Comment