Selalu kita dengar, tak ada idea nak buat aktiviti bila mengajar kelas belakang. Saya lebih suka pilih TARSIA. TARSIA memerlukan murid membaca soalan, memotong kertas, mencari jawapan yang betul dan menampal. Untuk murid-murid lemah, sediakan dalam 5 soalan sahaja sudah mencukupi. Betul, 5 soalan pun dah ambil masa yang lama. Tak apa. Kita nak bantu murid ini agar galak dalam berfikir.
1. Buat edaran bahan kepada murid. Saya lebih suka bahan edaran menggunakan kertas A4 berwarna kerana lebih menarik perhatian. Beri arahan kepada murid bagaimana aktiviti akan dijalankan. Tunjukkan demonstrasi kalau boleh, jika ini adalah aktiviti pertama mereka.
2. Beri peluang kepada murid untuk explore aktiviti secara sendiri dan guru bersedia untuk menjawab panggilan murid, jika mereka minta dibantu.
3. Jika telah selesai, terus tanda buku murid tersebut dan berikan kata-kata pujian kepada mereka. Jika ada sticker reward, boleh tampal dalam buku ye. Mungkin boleh beri gula-gula sebagai ganjaran kepda murid.
Soalan apa nak letak pada TARSIA? Macam-macam boleh. Soalan tajwid, akhlak , sirah atau apa sahaja yang berkaitan dengan sukatan pelajaran. Banyak sangat soalan boleh dibuat, jangan malu-malu cikgu. Jom cuba.
0 comments:
Post a Comment