12.14.2020
12.09.2020
Kisah PhD : Dua Pengalaman Buat Pelajar PhD Jadi Kental
10.15.2020
Kisah PhD : Minggu Pertama Cuti Belajar
10.09.2020
Kisah PhD : Ucapan Majlis Perpisahan
Hari ini merupakan hari terakhir bertugas secara rasmi di sekolah ini. Selepas surat rasmi cuti belajar dah keluar, saya dah mula kemas-kemas meja, buang-buang sampah, bakar apa yang patut dan selesaikan sikit-sikit kerja yang masih tertunggak.
Serius, seminggu akhir ni memang mencabar. Tetapi saya memang simpan dalam hati perasaan sedih dalam diri. Sekali pandang macam kental kan, sebenarnya saya ni berhati tisu. Saya ambil kesempatan pagi akhir dengan berjumpa seberapa ramai rakan-rakan sesi pagi yang boleh. Baru nak cakap, air mata pun berjurai. Eh, mestilah sedih dan beremosi. Sekolah ini, penuh dengan kenangan.
Saya coretkan penghargaan saya pada sebuah ucapan yang padat dan ringkas.
" Rakan-rakan sekalian,
Sepanjang 7 tahun saya di sini, terlalu banyak kenagan yang tercipta, suka, duka, gembira, gelak dan ketawa. Terima kasih banyak-banyak... bak seluas bumi yang terbentang, Terima kasih banyak-banyak bak seluas langit yang menjulang, Terima kasih banyak-banyak sedalam laut yang membiru, dan terima kasih banyak-banyak umpuma tebaran bintang di langit. terima kasih menjadikan saya sebagai salah seorang sahabat anda.
Saya sedar, saya adalah seorang sahabat yang bermulut laser, jujur, pembaris besi, pelik, tetapi maafkanlah segala kesalahan saya, bahasa badan dan tutur kata saya. Tidak sedikitpun yang tertinggal di hati saya, melainkan kasih sayang yang tiada tandingannya.
Selepas ini, saya pasti merindukan, pekik hingar bingar di bilik guru, tragedi beg hitam di tangga kita, sos cili, gula kopi di kotak recycle, penjual losyen yang gigih meniaga, rebutan nasi lemak sambal petai kak Maini, cerita kurus diet yang tidak berkesudahan, dan gaduh manja semasa hari sukan.
Teruslah menjadi sahabat saya, walau dimana kita berada. Selepas ini, cerita kita sudah berbeza, tetapi ketahuilah kita mempunyai impian dan cita-cita yang sama.
Saya doakan rakan-rakan terus mencipta kegemilangan di masa-masa akan datang. Rakan-rakan ku sayang, anda adalah rakan sejati, rakan hakiki.. InsyaAllah, anda semua akan ke syurga Ilahi. "
Percayalah, saya menahan sebak ketika membaca ucapan sendiri yang saya patri. Nak memandang rakan-rakan pun tak mampu, kerana panadngan saya berbalam-balam. Penuh dan berkaca air mata memenuhi kornea. Sungguh, saya sayang pada kalian semua.
Anak-anak, telah ku tinggalkan kamu semua dalam tangan yang akan menjaga kamu lebih dari dirinya sendiri. tetaplah, kau menuntut ilmu dan menghormati guru kamu, kerana kurniaan ilham Allah melaluinya.
7.28.2020
Temuduga HLP PhD 2020
7.27.2020
Cara Kreatif Susun Sijil Untuk Temuduga
7.25.2020
Persediaan Sebelum Temuduga HLP KPM Tahun 2020
5.13.2020
Praktis Interaktif SPM Kerajaan Abasiyah Dengan Wordwall
Assalamualaikum wbt. Jom kuasai tajuk Kerajaan Abbasiyah. Tak susah, lagi banyak kita buat, lagi banyak yang akan kita ingat. Jom kita buat. Awak suka, Tazah pun suka. Mudah dan senang. Hanya perlu masukkan nama, start dan teruskan menjawab. Ataupun tekan klik sahaja pada tajuk kecil, sedia ada pautan yang sama.
Kali ini, kita pakai Wordwall. Lebih interaktif, soalan yang ringkas-ringkas aje. Jangan malas-malas tau.
Pelajaran 20 Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abasiyah




Pelajaran 21 Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abasiyah

Pelajaran 22 Perkembangan Sains Dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abasiyah












Pelajaran 24 Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abasiyah





Pelajaran 25 Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abasiyah

4.14.2020
Buku Teks Pendidikan Islam T5 KBSM
Assalamualaikum dan salam kejayaan,
Buat anak-anak yang akan menduduki SPM tahun 2020, jangan risau.
Dapatkan buku teks digital Pendidikan Islam Tingkatan 5 KBSM anda di sini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
4.13.2020
Pameran Inovasi PI Fun And Learning
Ini cerita anak-anak hebat saya. Cerita mereka bersama saya. Cerita kami pada 12 Mac 2020.
Alhamdulillah, segala debaran selama 2 hari ini, akhirnya berakhir dengan jayanya. Saya sungguh bersyukur kepada Allah SWT. Ini adalah tahun kedua saya mengadakan pemeran inovasi untuk murid tingkatan 3, kelas yang saya ajar.
Pada mulanya, saya sendiri tidak yakin dengan rancangan saya sendiri. Oleh kerana kami kekurangan guru, 3 kelas terpaksa digabungkan di bawah penyeliaan saya. Kelas kami selalu bertukar tempat, kadang-kadang di bilik utiliti dan di bilik Sumaiyah. Ikut kekosongan. Saya kongsikan sedikit perancangan awal sehingga pameran ini berjaya.
Bulan Januari, Minggu 1- Saya nyatakan harapan saya kepada anak-anak murid saya. Saya mahukan mereka membuat yang terbaik untuk diri mereka dan memberi yang terbaik dari diri mereka. Saya kongsikan gambar-gambar dan video pameran inovasi tahun lepas dengan mereka. Sungguh, mereka langsung tidak teruja. Tetapi, saya tetap membahagikan mereka kepada 12 kumpulan. Saya gabungkan mereka tanpa mengikut kelas asal. MasyaAllah, jangan ditanya, mereka memang tidak suka. Saya hanya pejam mata, pekakkan telinga. Saya minta nama kumpulan, ketua kumpulan dan senarai ahli kumpulan.
Bulan Januari, Minggu 2 - Saya ambil masa dalam kelas dan minta mereka berkumpul mengikut kumpulan. Sekali lagi, saya terangkan apa yang saya ingin mereka hasilkan. Mereka perlu cipta satu permainan untuk satu tajuk yang akan saya berikan mengikut kumpulan. Permainan ini mestilah relevan, praktikal dan sesuai untuk dilaksanakan dalam pembelajaran. Saya minta mereka beri satu nama dan cara permainan peringkat awal. Pun, masih ada kumpulan yang tidak dapat memberikan cadangan permainan mereka.
Bulan Februari - Setiap kali waktu belajar, saya akan bertanya perkembangan aktiviti kumpulan. Masa ni, macam-macam aduan yang saya terima. Kawan-kawan tidak beri sokongan, kawan hantar mesej, malas, tak nak berkumpul. Saya tahan dari nak marah. Saya tahu, ada sebilangannya menganggap projek ini susah, ada yang tidak terjangkau dek pemikiran, tetapi.. saya faham. Ini bukan benda senang. Saya kuatkan semangat, memberi kata-kata peransang, memujuk. Berjumpa dengan setiap kumpulan, bertanya. Memberi penerangan.
Bulan Mac, Minggu Pertama - Semua murid sibuk dengan aktiviti sukan. Hati saya sudah tidak tentu arah. Saya sangat takut. Bila tanya murid perkembanga, jawapannya... Itu tak siap, ini tak ada, kawan tak cukup bila berkumpul. Arghhh, rasa macam nak batalkan pun ada, tapi dah sekerat jalan. Aje giler...
10 Mac 2020 - Saya minta semua murid membawa bahan projek mereka ke sekolah untuk touch-up sesi akhir. Saya minta mereka duduk dalam kumpulan. Dari 12 kumpulan, 8 daripadanya saya sudah nampak hasil projek mereka. Namun begitu, masih ada yang belum ada lagi bahan projek. Tidaaaaak!!!!! Ada yang baru nak reka. Ada yang tak tahu apa-apa.
11 Mac 2020 - Sepatutnya, saya ada kelas akhir dengan anak-anak hebat saya. Kelas akhir sebelum pameran dimulakan. Malangnya, anak-anak ini terlibat dengan taklimat mata pelajaran Sains dan hanya tinggal 10 orang murid sahaja di dalam surau. Paling sedih, saya tidak dapat melihat, bahan pameran. Sungguh, saya amat kecewa. Saya tidak tahu kenapa saya kecewa. Sungguh, saya masih menyimpan hasrat, pameran kami berjaya.
12 Mac 2020 - Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sesungguhnya, Allah SWT sangat menyayangi anak-anak hebat saya. Hari ini, anak-anak ini menunjukkan komitmen yang terbaik dari mereka. Sungguh, kehebatan mereka memang tidak saya duga. Setelah berjurai air mata, bebelan, marah , rajuk dan segalanya, mereka berjaya buktikan yang mereka boleh.
Pameran kami berjaya. Kami berjaya membuktikan bahawa kami, anak-anak hebat saya boleh melakukan yang terbaik, memberikan yang terbaik. Percayalah, jika kita menyuntik semangat inovasi ke dalam jiwa anak-anak didik kita, mereka akan laksanakan sebaik mungkin. Dan kita, mesti ada di samping mereka.
Sungguh banyak komen dan puji-pujian yang saya terima bagi pihak anak-anak hebat daripada tetamu yang hadir. Kami jemput guru-guru luar dan anak-anak murid luar menghadiri pameran ini. Dengan harapan, anak-anak murid saya akan belajar membina keyakinan diri. Meskipun, pameran kami bukanlah pameran peringkat tinggi, peringkat sekolah semata-mata, namun saya percaya, bermula sekecil ini mampu membuka peluang yang lebih besar.
Percaya itu.
Hati-hati abang akak |
Mengukuhkan bahan binaan |
Antara tetamu yang hadir |
Kata-kata semangat sebelum pameran |
Ucapan penutup dari penyelaras |