Bila cerita pasal kurus ni, semua nak cepat. Betul, tak yah cakap orang lain. Saya pun nak cepat gak. Kalau boleh tu, hiking Puncak Denai Tiga Puteri hari ini, petang ni mesti dah hilang 20 kilogram. Masa saya mula-mula tekad nak kuruskan badan, suami saya belum join lagi. Saya tak ingat tarikh sebenar yang betul-betul saya mula, tapi niat saya nak nampak kurus sikit masa konvokesyen master saya bulan Oktober tahun 2018. Haha, memang taklah kan nak kurus dalam masa 2 bulan, sebulan. Tapi otak ni gigih juga google tip2 kuruskan badan dengan cepat.
Saya memang takut nak timbang berat badan. takut betul nak tengok angka 7 kat depan. Nak menangis rasa, baju semua besar-besar. Nak beli baju ready made ni, memang berangan ajelah. Muat atas, bawah sempit. Muat bawah, atas sempit. Sudahnya, beli aje kain pasang dan hantar tempah kat kedai Bilal Seksyen 6. Setiap kali hantar, mesti ukuran berubah-ubah. Mulalah, aku start salahkan tukang jahit tak pandai amek ukuran kan? Mana boleh salahkan diri sendiri. Dalam tahun ini, saya pernah timbang berat mencacah 76 kilogram lebih. Murung beb, murung!!! Punyalah murung, rekod apa semua tak simpan. Tak nak ingat kononnya. Ada jugak masa-masanya saya tak mahu bergambar, low self esteem. Merajuk konon dengan diri sendiri.
 |
Bulan April 2018 - Masa ni kalau pi timbang berat pun, kertas yang dapat campak-campak aje. |
Dalam bulan Feb, Mac tahun 2018, ada juga ajak kawan-kawan pergi hiking bukit sebelah sekolah. Masa ni, hanya suka-suka aje. Kerja kat sekolah sebelah dah hampir 5 tahun, tapi panjat bukit tak pernah sekali.
 |
Ni antara geng pertama yang sama-sama naik Puncak Denai Tiga Puteri.
Saya, macam biasa, muka selambak - Bulan Mac 2018
|
Pada 29 Ogos 2018, secara rasminya saya timbang berat badan pada keberatan 74.3 kg. Masa ni, dah mula-mula exercise sikit-sikit kat rumah. Kekadang rasa macam nak exercise 24 jam pulak. Konon, sempatlah hilang kg tu kan? Ni otak, masih belum set dengan elok lagi. Actually, kalau set otak macam tu, sebenarnya tak tercapai pun. Serius, sangat letih. Then, saya decide, persetankanlah imaginasi nak nampak kurus masa konvo tu. Abe pun cakap, once you kurus nanti, dah tak kisah you konvo ke, you berlari ke, you berdiri senget, silang kaki so what ever, tetap kurus. Abe memang kalau cakap, tegak. Tak yah lah , nak rasa kecik hati sangat sebab kalau kecik hati pun, dia tak pedulik. The pain is real.
Akhirnya, barulah saya lebih tenang. Proses ini memang ambil masa yang lama. Semua saya pernah cuba. Kaedah IF, Atkin, Puasa sunat Isnin dan Khamis. Setiap hari wajib burn 300 calories dengan exercise, ni kira pakai jam Polar. Makan bertimbang hingga 1200 calories, timbang pakai penimbang khas untuk makanan dan kira kalori guna MyFitnessPal. Pergi jumpa dietician kat Thomson Hospital, sempat 2 kali temujanji aje. Sempat masuk Jom Kurus 6 minggu. Hiking setiap Ahad. Abe pula beli set Home Gym My Fitness Concept. Ada tak alasan untuk tak pergi gym? Memang tak lah.
Ada gak yang tanya, tak terlajak makan ke? Mestilah ada terlajak. Pastu patahlah balik. Ada tak pernah tak exercise? pernah aje, kalau kena pi kursus luar. Menggigil kaki. Tak sabar nak balik rumah. Sepanjang tempoh saya dalam fasa ini, satu aje saya tak buat. Saya tak masuk mana-mana fun run pun masa tempoh ni. Bukan apa, saya malas. Sshhh, badan masih berat.
 |
9 September 2018 - 72.5 kg |
 |
12 Oktober 2018 - 71.7 kg |
 |
17 Oktober 2018 - 71.4 - Kebetulan dapat kek sempena ulangtahun kelahriran. Dan saksikan tanganku yang sado tu. |
 |
7 November 2018 - 71.8 kg |
 |
23 Disember 2018 - 70 kg
|
 |
12 Januari 2019 - 68.8 kg |
 |
23 Februari 2019 - 67.9 kg |
 |
3 Mac 2019 - 66.3 kg - Masa ni join JOM KURUS |
 |
10 April 2019 - 65.9 |
 |
14 Mei 2019 - 64.2 kg |
 |
14 Jun 2019 - 63.9 kg |
 |
17 Julai 2019 - 64.1 kg |
 |
30 Ogos 2019 - 62.2 kg |
 |
29 September 2019 - 60.6 kg |
 |
12 Oktober 2019 - 58.3 kg |
BMi normal saya ialah apabila berat mencecah 59.9kg. Alhamdulillah, sejak bulan Oktober 2019 sehingga kini, saya masih maintain lagi. Saya punya cara senang aje, minum air, bila haus. Nak minum air manis, boleh, minumlah dengan sekadarnya sahaja. Makan nasi? Makan. Makan lauk dan sayur, makan. Makan buah, makan. Makan roti, makan. Tapi, makan untuk menghilangkan lapar, bukan menghilangkan dapur sekali ye. Hahaha. Kawan-kawan saya sangat suka bila tengok saya makan nasi lemak, nasi ayam, lebih-lebih lagi makan bertambah. Saya pegang satu prinsip, janganlah berdiet sampai jauh dari rakan-rakan anda. Itu bukan matlamat kita.
 |
27 Februari - 56.6 kg |
Saya masih lagi berdiet, masih lagi exercise di rumah, masih lagi control apa yang saya makan. Rugi kalau tolak semua. Saya masih lagi menikmati kelazatan makanan yang ada kat Malaysia. Semua sedap, betul. Pada saya, nak cepat kurus tu tak ada. Bila dah ada azam gaya hidup sihat ni, macam-macam nanti orang datang beri nasihat. Jangan pulak tolak 100 peratus. Sambil-sambil tu, google bahan bacaan yang betul dan sahih sumbernya, bukan setakat forward dalam group aje ye. Owh ye.. no bengkung, no seluar panas, no merapek-rapek punya jenis pakaian. Saya pakai seluar track suit biasa aje. Keluar aje peluh cam biasa. Ok aje. Saya dah mula join Fun Run tahu 2020 ni, tapi selalu set dalam otak mesti lari 5 km di bawah catatan masa 45 minit. Memang tak dapat hadiah pun, tapi untuk simpanan dan pencapaian diri sendiri, itu penting.
Paling utama, mesti nak ada partner. Saya, dengan Abe lah. Ada masanya, masam-masam muka kena marah sebab tak buat exercise ikut cara yang betul. Ada aje masa gelak-gelak, ada ajelah, bukan tak ada. Kemudian, kawan-kawan rapat yang memahami. Ni betul, kawan-kawan saya memang memahami. Biasanya, kawan-kawan akan bagitau kalau mereka nak masak sedap-sedap. Jadi, bolehlah susun apa yang saya nak makan hari tu. Senangkan?
Ini cerita saya, dan cara saya. Orang lain, lain pulak ceritanya.. Selamat istirehat semua.
Diet IF tuu berkesan tak sis?
ReplyDelete