Sudah masuk perjumpaan yang ke-5, kita masih lagi dengan stand dan target butt lama. Bila arrow dilepaskan, jatuh target butt kita kan. Hari ni, Tazah sendal dengan 1 meja dan dua kerusi kayu. Sedih, memang sedih. Tak apa, Tazah suka dengan semangat murid-murid yang datang setiap kali perjumpaan kita buat.
Doa-doakan, PIBG akan tolong kelab baru kita ni. Setakat mana yang ada ni, kita guna dulu ye. Bawa bersabar banyak-banyak.
Anak-anak murid juga sudah pandai bawa diri kan. Dah tak macam kita mula awal-awal dulu, Tazah bebel bagai nak giler. Itu ini, eh sana, eh sini. Sekarang, semua dah terkawal. Tazah hanya duduk memerhati. Jauh disudut hati Tazah nak kamu semua mendapat keselesaan dalam berlatih. Seronok berlatih dan selalu berlatih.
Tiap kali kita nak training, Tazah susah hati sebenarnya. Mana nak pastikan, stand dan target butt second hand yang Tazah beli ni tegap. tak perlu jatuh2. Nak make sure, 2 jam kamu datang sekolah untuk training ini, berbaloi. Jadi tukang kayu pun tak apa, asalkan kamu selesa.
InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja. Kita doakan, akan ada bantuan yang membantu kita. Terima kasih kasih kerana sentiasa ada bersama Tazah. Kita susah dulu ye, kita senang-senang kemudian.
0 comments:
Post a Comment