Trip Teluk Intan


Assalamualaikum semua. Kali ni, saya nak share pengalaman jalan-jalan 2 hari ke Teluk Intan. Trip Acik Hanim @ Trip Teluk Intan, ada saya, kak Nim dan kak Min. Mestilah dapat kebenaran dari Encik Suami aka Dak Baby yang baik hati. Lepas salam-salam cium mesra dengan encik suami, maka bermulalah perjalanan saya dengan menunggu kak Min ambil kat kawasan rumah, dalam 8.15 pagi. Bekalan pakaian hanya untuk 2 hari punya trip dan juga tripod, kot kekonon nanti nak jadi blogger.

Jumpa kak Nim @ PM trip di Saujana Utama terlebih dahulu. Sempat juga, singgah sekolah Acik Anim, dan pukul sekeping dua gambar. Cantik persekitaran sekolahnya. Untuk orang macam saya, yang suka bergambar, memanglah akan cari port lawa-lawa, ada effect cantik.

Gambar di depan kaki lima surau SMK Saujana Utama

Trip santai-santai ni tak ada kejar-kejar masa. Saya duk kat belakang, Acik Anim memandu dan kak Min duk sebagai co-pilot. Bertukar-tukar cerita di awal 1 jam perjalanan dan diakhiri dengan melayan perasaan. Sesekali mata terasa berat dan lelap barang sekejap.

Sampai di Teluk Intan, kami disambut oleh sahabat lama, Kak Suraya @ kak Soya sekeluarga dan Syikin Wazir. Kak Soya dan Syikin dapat berpindah dari Kota Damansara ke Teluk Intan. Dah ada pemandu pelancong ni, rasa lega sikit. Jumpa-jumpa aje perut memang lapar. Terus Tok Pa, kak Soya bawa kami makan tengahari di Restoran Udang Galah Teluk Intan. Mata rambang nak pilih lauk, jadi saya pilih Ikan Patin Masak Tempoyak, sayur jantung pisang celur dan sambal belacan. Kawan-kawan lain ambil lala masak sambal, udang galah, ikan bakar dan pecel. Saya makan slow sikit sebab pakai braces kan? Tapi, masih tetap berselera. 


Makan tengahari di Restoran Udang Galah Teluk Intan

Usai makan, siap-siap ke Menara Condong Teluk Intan. Jam 2.30 petang. Memang inilah masa yang cantik nak pergi bergambar kat sana. Tak boleh saya, kalau nak bergambar redup-redup ni. Ini pertama kali saya jejak kaki kat tempat ni. Wow, terpegun jugak kita. Sejarah dah lama, tapi saya baru ada masa dan kesemptan nak tengok-tengok. Konon-konon macam youtuber kan, saya ada videokan Aksi di Menara Condong Teluk Intan.  


Geng Trip Acik Anim- Lea, kak Nim dan Kak Min. 

Acah-acah nak tolak tiang


Bergambar di tingkap tingkat 2 Menara Condong 
Selesai makan, kembali ke Rivertel Teluk Intan. Menurut kak Soya, ini hotel baru. Tak kisah sangat hotel baru ke lama, asalkan boleh buat tidor dan berehat, dah mencukupi. Hajat hati nak lelap-lelapkan mata, tapi sibuk berborak dan bergelak ketawa aje. Topik perbualan kami berkisarkan kepada tempat-tempat makan yang harus dicuba bila ada kat sini. Saya yang masih dalam fasa berjaga-jaga dengan diet, join jugak. Makan beringat-ingat. Tapi, kalau tak makan betul-betul macam mana kan? Dalam jam 5.00 petang kami pun bersiap-siap untuk Minum Petang di Padang Speedy.  Makan lagi. 

Makan pun tak boleh banyak sangat, sebab malam ni nak makan malam di tepi Sungai Perak. Bergeraklah kami ke River Front Teluk Intan. Wow.. agaknya dah lama tak keluar dari Kota Damansara kan, rasa macam terlepas dari kandang. View yang cantik. Lighting pun cantik, elok aje cahaya matahari tepi sungai. Tak ketinggalan, saya juga mencari pengalaman Menyusuri Sungai Perak di River Cruise Sungai Perak. Dapat tengok sunset depan mata, view yang jarang-jarang saya dapat dalam hidup saya.  

Signature Tazah Suka



Kami berlima di tepian Sungai Perak
Siap-siap naik bot

Subhanallah 

Selesai menyusuri Sungai Perak, perut lapar semula. Barangkali, memang dah set nak makan malam kan. Memandangkan lapar, gambar tak sempat nak ambil. Menu kami di Restoran D Tepian Sungai ialah Ikan Patin Asam Pedas, Ikan Patin Tempoyak, Udang Goreng Kunyit dan Udang Goreng Berlada. Sedap sangat sampai saya tambah nasi dua kali. Haha. Diet hancuuuussss malam ni. 

Singgah lagi Menara Condong Teluk Intan tapi sebelah malam pulak. 

Tak boleh percaya ini semua geng suka makan


Hari last trip ni, saya dan kawan-kawan sempat lagi singgah ke Menara Condong Teluk Intan. Kebetulan , dapat arahan Kawalan Pergerakan Seluruh Malaysia kerana Covid-19. Kami pun dah siap-siap nak balik dah. Pengalaman yang indah dan menyeronokkan. 


Dapat jugak cari nama Mak Intan
Terima kasih Kak Soya dan Syikin. Moga kita berjumpa lagi. 

Nak jugak gambar melompat depan Menara Condong Teluk Intan.

Babai Teluk Intan. Moga kita jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment