4.14.2020

4.13.2020

Pameran Inovasi PI Fun And Learning

Assalamualaikum dan salam kejayaan, 

Ini cerita anak-anak hebat saya. Cerita mereka bersama saya. Cerita kami pada 12 Mac 2020.

Alhamdulillah, segala debaran selama 2 hari ini, akhirnya berakhir dengan jayanya. Saya sungguh bersyukur kepada Allah SWT. Ini adalah tahun kedua saya mengadakan pemeran inovasi untuk murid tingkatan 3, kelas yang saya ajar.

Pada mulanya, saya sendiri tidak yakin dengan rancangan saya sendiri. Oleh kerana kami kekurangan guru, 3 kelas terpaksa digabungkan di bawah penyeliaan saya. Kelas kami selalu bertukar tempat, kadang-kadang di bilik utiliti dan di bilik Sumaiyah. Ikut kekosongan. Saya kongsikan sedikit perancangan awal sehingga pameran ini berjaya.

Bulan Januari, Minggu 1- Saya nyatakan harapan saya kepada anak-anak murid saya. Saya mahukan mereka membuat yang terbaik untuk diri mereka dan memberi yang terbaik dari diri mereka. Saya kongsikan gambar-gambar dan video pameran inovasi tahun lepas dengan mereka. Sungguh, mereka langsung tidak teruja. Tetapi, saya tetap membahagikan mereka kepada 12 kumpulan. Saya gabungkan mereka tanpa mengikut kelas asal. MasyaAllah, jangan ditanya, mereka memang tidak suka. Saya hanya pejam mata, pekakkan telinga. Saya minta nama kumpulan, ketua kumpulan dan senarai ahli kumpulan.

Bulan Januari, Minggu 2 - Saya ambil masa dalam kelas dan minta mereka berkumpul mengikut kumpulan. Sekali lagi, saya terangkan apa yang saya ingin mereka hasilkan. Mereka perlu cipta satu permainan untuk satu tajuk yang akan saya berikan mengikut kumpulan. Permainan ini mestilah relevan, praktikal dan sesuai untuk dilaksanakan dalam pembelajaran. Saya minta mereka beri satu nama dan cara permainan peringkat awal. Pun, masih ada kumpulan yang tidak dapat memberikan cadangan permainan mereka.

Bulan Februari - Setiap kali waktu belajar, saya akan bertanya perkembangan aktiviti kumpulan. Masa ni, macam-macam aduan yang saya terima. Kawan-kawan tidak beri sokongan, kawan hantar mesej, malas, tak nak berkumpul. Saya tahan dari nak marah. Saya tahu, ada sebilangannya menganggap projek ini susah, ada yang tidak terjangkau dek pemikiran, tetapi.. saya faham. Ini bukan benda senang. Saya kuatkan semangat, memberi kata-kata peransang, memujuk. Berjumpa dengan setiap kumpulan, bertanya. Memberi penerangan.

Bulan Mac,  Minggu Pertama - Semua murid sibuk dengan aktiviti sukan. Hati saya sudah tidak tentu arah. Saya sangat takut. Bila tanya murid perkembanga, jawapannya... Itu tak siap, ini tak ada, kawan tak cukup bila berkumpul. Arghhh, rasa macam nak batalkan pun ada, tapi dah sekerat jalan. Aje giler...

10 Mac 2020 - Saya minta semua murid membawa bahan projek mereka ke sekolah untuk touch-up sesi akhir. Saya minta mereka duduk dalam kumpulan. Dari 12 kumpulan, 8 daripadanya saya sudah nampak hasil projek mereka. Namun begitu, masih ada yang belum ada lagi bahan projek. Tidaaaaak!!!!! Ada yang baru nak reka. Ada yang tak tahu apa-apa.

11 Mac 2020 - Sepatutnya, saya ada kelas akhir dengan anak-anak hebat saya. Kelas akhir sebelum pameran dimulakan. Malangnya, anak-anak ini terlibat dengan taklimat mata pelajaran Sains dan hanya tinggal 10 orang murid sahaja di dalam surau. Paling sedih, saya tidak dapat melihat, bahan pameran. Sungguh, saya amat kecewa. Saya tidak tahu kenapa saya kecewa. Sungguh, saya masih menyimpan hasrat, pameran kami berjaya.

12 Mac 2020 - Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sesungguhnya, Allah SWT sangat menyayangi anak-anak hebat saya. Hari ini, anak-anak ini menunjukkan komitmen yang terbaik dari mereka. Sungguh, kehebatan mereka memang tidak saya duga. Setelah berjurai air mata, bebelan, marah , rajuk dan segalanya, mereka berjaya buktikan yang mereka boleh.

Pameran kami berjaya. Kami berjaya membuktikan bahawa kami, anak-anak hebat saya boleh melakukan yang terbaik, memberikan yang terbaik. Percayalah, jika kita menyuntik semangat inovasi ke dalam jiwa anak-anak didik kita, mereka akan laksanakan sebaik mungkin. Dan kita, mesti ada di samping mereka.

Sungguh banyak komen dan puji-pujian yang saya terima bagi pihak anak-anak hebat daripada tetamu yang hadir. Kami jemput guru-guru luar dan anak-anak murid luar menghadiri pameran ini. Dengan harapan, anak-anak murid saya akan belajar membina keyakinan diri. Meskipun, pameran kami bukanlah pameran peringkat tinggi,  peringkat sekolah semata-mata, namun saya percaya, bermula sekecil ini mampu membuka peluang yang lebih besar.

Percaya itu.


Hati-hati abang akak



Mengukuhkan bahan binaan





Antara tetamu yang hadir


Kata-kata semangat sebelum pameran













Ucapan penutup dari penyelaras




4.10.2020

Buku Teks Pendidikan Islam T4 KBSM


Assalamualaikum dan salam kejayaan,
Buat anak-anak yang akan menduduki SPM tahun 2020, jangan risau.
Dapatkan buku teks digital Pendidikan Islam Tingkatan 4 KBSM anda di sini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.


BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM



Tingkatan 4 


Klik pautan di bawah : 

https://drive.google.com/file/d/1nnOUmEm8QZ0m0qd4ZkppGHR_79RYpO0V/view?usp=sharing



4.09.2020

4.08.2020

Ulangkaji PI T1





Assalamualaikum dan salam kejayaan, 

Di sini, ustazah sediakan latih tubi topikal bagi tajuk-tajuk Tingkatan 1. 
Semoga bermanfaat untuk semua ye. 



BIDANG AL-QURAN 

Pelajaran 1 - Mukmin Yang Bertakwa

Klik pautan ini : https://forms.gle/UGQkyYQJYz8q24jq8

Pelajaran 2 - Memohon Kebahagiaan Hakiki
Klik pautan ini : https://forms.gle/Y46wNQAd5BvU7JN57

Pelajaran 5- Indahnya Tajwid
Klik pautan ini : https://forms.gle/FHfHNP8AtkqGq4f19

Pelajaran 6 - Segala Puji Bagi Allah
Klik pautan ini : https://forms.gle/QEXJXihsAFro5HwBA


BIDANG AKIDAH 

Pelajaran 13 : ISLAM AGAMA FITRAH 
Klik pautan ini : https://forms.gle/L4MKedJ5yTe77JLKA


BIDANG FIQAH

Pelajaran 17 : Konsep Ibadat dan Jenis Hukum
Klik pautan ini : https://forms.gle/S1YiHbpDSRgq9JqV7





Ulangkaji PI PT3 2020





Assalamualaikum dan salam kejayaan, 
Di sini ustazah sediakan latihan ulangkaji untuk tajuk-tajuk Tingkatan 3 Pendidikan Islam. 
Semoga bermanfaat untuk semua. 
Selamat mengulangkaji. 


BAHAGIAN AL QURAN 

Pelajaran 4 : Pancaindera Yang Dimanfaatkan
Klik pauntan ini : https://forms.gle/71tXe6saawiqfWQ99

Pelajaran 5 : Zikir Penenang Hati
Klik pautan ini : https://forms.gle/zGBgX63xKHBVj2gN6

Pelajaran 12 : Beriman Kepada Rasul - Sirah 25 Rasul
Klik Pautan ini : https://forms.gle/9KLRMTeEUZR5ZCB58


BIDANG AKIDAH 

Pelajaran 11 : Allah SWT Maha Kaya Pengurnia Rezeki
Klik Pautan ini : https://forms.gle/GqgVMN2d6rkLmrFF9




BAHAN SOALAN ULANGKAJI

Ulangkaji PI SPM 2020





Assalamualaikum dan salam kejayaan, 

Anak-anak yang disayangi, jom kita ulangkaji SPM sama-sama ye. Boleh lah anak-anak mengulang berulang-ulang kali. Jom join Group Telegram SPM  ini ye. Ada jugak bahan-bahan lain yang Tazah guna untuk pemahaman calon-calon SPM.

 TAJUK-TAJUK TINGKATAN 5

Soalan Objektif : Iman Mutiara Hidup
Klik pautan ini : https://forms.gle/8yfquLJUmPda8Pet5

Soalan Objektif : Ahli Sunnah Wal Jamaah
Klik Pautan ini : https://forms.gle/kibsVkMgFoQtYKHz5

Soalan Objektif  : Ajaran Sesat
Klik pautan ini : https://forms.gle/wzcVckxoihUdmSdLA

Soalan Objektif T5 : Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam
Klik pautan ini : https://forms.gle/EHNUusA2Dpk2tKSd8

Soalan Objektif : Talak
Klik Pautan ini : https://forms.gle/SRJ8qpriBz9Ywehs9

Soalan Objektif : Idah
Klik pautan ini : https://forms.gle/k21DpoDDGhb1TL2s8


TAJUK-TAJUK TINGKATAN 4

Soalan Objektif : Perkara Yang Membatalkan Iman
Klik pautan ini : https://forms.gle/9fmypq13iNAoWxN46

Soalan Objektif : Dosa-dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
Klik Pautan ini : https://forms.gle/oLeAgS9tU5qoYeeW9

Soalan Objektif : Tuntutan Taubat
Klik pautan ini : https://forms.gle/jmbJHwwzsSyFfR2S8

ULANGKAJI BAHAGIAN A KERTAS 1

Ulangkaji Kertas 1 Objektif - Bahan 1

4.06.2020

Buku Teks Pendidikan Islam T1-T3





Assalamualaikum dan salam kejayaan,
Tiada buku rujukan Pendidikan Islam, jangan risau. Dapatkan buku teks digital anda di sini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.