7.25.2020

Persediaan Sebelum Temuduga HLP KPM Tahun 2020

Alhamdulillah, selepas menyemak keputusan panggilan temuduga program penajaan CBBP yang dikeluarkan pada 1 Jun 2020 jam 3 petang, rezeki berpihak kepada saya kali ini. Syukur tidak terhingga kerana ini adalah percubaan saya yang ke 2 dalam memohon HLP PhD KPM. Kali pertama mohon tahun 2019, tak lepas untuk masuk senarai layak ditemuduga. Seingat saya , dua kali saya sudah saya gagal temuduga untuk mohon HLP di peringkat sarjana, sekali 2015 dan sekali 2016. Tapi saya, masih tak serik jugak. 



Bila kira-kira, saya ada lebih kurang 18 hari untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan. Semua bahan perlu dihantar melalui email. Waktu ini, Bahagian Biasiswa belum lagi memaklumkan tentang tarikh temuduga, hanya jangkaan pada bulan Julai. Pun begitu, PKP yang masih berjalan kerana Covid-19 perlu diambil kira dalam mengurus temuduga ini. 

Saya kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan dalam membuat persediaan sebelum temuduga HLP KPM tahun 2020. 

Cari Maklumat Yang Berkaitan 

1- Pengalaman orang lain - Terlalu ramai calon-calon PhD yang telah berjaya berkongsi pengalaman mereka di Facebook, Google. Lengkap, kita tinggal nak baca aje. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza, apa salahnya kan kita baca. 
2- Join Program Penulisan/Kursus Panduan - Saya register kursus Proposal For Beginner - penceramahnya Dr Othman Talib pada 7 Jun 2020. Ada juga yang buat kursus panduan menghadapi temuduga, yang ini saya tak dapat join, full house. 
3- Group Wassap/ Telegram - Saya cuma join 1 group wassap, huhu. Nanti group banyak-banyak, saya pulak sendiri yang pening. Pastu, panic semacam. Kurang-kurang, ada benda yang orang lain kongsi, kita pun dapat maklumatnya juga. 

Mula Menaip

Bila dah kumpul-kumpul artikel 4, 5 tu, saya pun mula menaip. Masa ni, saya taip sahaja dulu apa yang terlintas di fikiran dan rujuk pada artikel. Saya taip aje. Salah eja, saya tak semak pun (Ni pun saya ambil petua Dr Norfarhana Ramli). Target saya, mesti taip sampai dapat 3 muka surat, kurang-kurang. Sebabnya, selagi saya tak menaip selagi tu saya rasa tak mula-mula. Bangun pagi-pagi, lepas subuh, menaip sampai kul 11 pagi. Kemudian, lepas zuhur sambung lagi. Malam, sebelum tidur, taip sikit lagi. Nak dapat effect menaip yang dramatik, saya sempat order keyboard ala-ala gamer. Bila menaip tu, bunyi ketik-ketik. Haha. 

Cari Kawan-kawan Yang Buat PhD

Kalau ada kawan-kawan yang sedang buat PhD tu, hello2 sikit. Kalau nasib baik, berdekatan dan boleh berjumpa, memang rezeki. Kebetulan sangat, kawan saya Zaidi, calon PhD UM, sudi sangat membantu. Kebetulan sangat, Zaidi sudah ada pengalaman defend tajuk.  Harap sangat pengalaman beliau tu dapat bantu saya. Draft pertama, jahanam. Nak tunjuk gambar draft pun malu, banyak salah, banyak kena betulkan, banyak potong dengan pen merah. Malu weyh. 



Mohon Komen Pensyarah/ Rakan Yang Berpengalaman

Saya beranikan diri untuk meminta bantuan dari PM Dr Zaharah binti Hussin, SV saya semasa saya buat program sarjana untuk "tengok-tengokkan" proposal saya. Bukan itu sahaja, malah saya juga mohon bantuan Dr Salbiah binti Salleh, senior saya semasa buat 1st degree di UTM dahulu, sekarang berkhidmat di SM Sains Pasir Putih. Memang hebat orang berilmu, sekali baca aje, nampak sahaja bahagian-bahagian yang perlu saya betulkan. Suka betul saya. 



Mohon Universiti 

Calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga digalakkan untuk memohon universiti terlebih dahulu, dan itu bukan syarat utama penganugerahan HLP KPM. Saya pun tidak terkecuali memohon. Setelah ditimbang-timbang pemilihan universiti, sambil borak-borak dengan suami, maka saya pun memilih UM. Malam sebelum hari temuduga, saya mendapat khabar dari UM. Alhamdulillah. 



Hantar Dokumen Awal

Jika ada dokumen yang perlu di emel, hantarlah awal dari tarikh tutup. Saya ni dah hantar lebih awal dari tarikh tutup, pun ada cerita yang perit disebaliknya, tetapi saya simpan dahululah ye. Tak sanggup rasanya nak kongsi, sebab penuh dengan linangan air mata. Hujung2nya, selesai juga. 

Jumpa Pengetua

Saya ambil kesempatan berjumpa dengan pengetua, Pn Hjh NurulAin binti Ngah. Asalnya, saya hanya nak maklumkan tarikh temuduga. Alhamdulillah, Allah SWT temukan saya dengan orang yang sudah ada pengalaman ditemuduga. Seperti ibu yang mengingatkan anaknya, penuh dengan isi pertemuan saya selama 1 jam dengan beliau. Paling menarik, beliau kongsikan cara kreatif untuk susun sijil hadapi temuduga. 

Mock IV

Perlu ke? bagi saya perlu. Masa yang diberikan hanya 15 minit untuk pembentangan dengan 5 slide. Macam mana? Kita ni suka cakap banyak. Memang Zaidi dan kak Nurul banyak bantu saya. Kami siap-siap prepare soalan yang bakal ditanya oleh panel temuduga, ada dalam 10 soalan jugak. Zaidi pun ada tunjukkan cara-cara bentang proposal. Saya masa ni, terlopong aje, mengharap bantuan penuh dua manusia ni. Rasa macam teruk sangat. 



Checklist Akhir

Sekali lagi buat semakan pada senarai semak yang perlu disediakan untuk hari temuduga. Dua tiga kali juga semak. Saya dah siapkan skrip untuk pembentangan dan soal jawab. Saya baca ulang kali, agar lancar dan mudah lekat di ingatan saya. Insya Allah saya sudah sedia. Semua bahan, softcopy slide, printed slide, proposal, sijil-sijil dan pendrive, semuanya dah masuk dalam 1 beg. Yer, saya bawa laptop fully charge. Malam ni, tidur awal. Semoga urusan sewaktu hari temuduga berjalan lancar. 

Mudah-mudahan dengan persediaan yang terancang dapatlah menjadikan urusan temuduga dimudahkan. Usaha kan tangga kejayaan. 
Doakan saya. Doa saya untuk anda juga. 





6 comments:

  1. Terima kasih ke atas perkongsian cikgu. Nak minta pandangan cikgu, surat khabar mana yg sesuai dibaca sebagai persediaan tentang tajuk isu semasa utk temuduga hlp? Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star atau The New Straits Time? Ataupun cikgu ada cadangan surat khabar yg lain? Terima kasih byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri suka baca dari The Star, dan berita harian. Tapi, jangan hadkan pembacaan kita. Untuk isu semasa, boleh sahaja baca dari mana-mana suratkhabar. Jika ada isu perlu kupasan lanjut, boleh juga baca prosiding-prosiding kajian terkini. Mungkin jug aboleh tengok pengumuman terkini dari laman web kpm, ipg. Kebiasaannya saling berkaitan.

      Delete
  2. Baik, cikgu. Terima kasih byk2 ke atas perkongsian cikgu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak lea. kalau masih ingat saya pernah menanda bawah kak lea hihi. terima kasih atas penulisannya. x sangka search persediaan temuduga hlp sampai kat sini dulu. Tahniah kak dan semoga mudah urusan siapkan phd. doakan saya menyusul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Alahai, siapa ye? Rogerlah di telefon... Amin, saya doakan semoga berjaya mendapat HLP

      Delete
  4. Salam.. tahniah cikgu kerana berjaya mendapat CBBP .. sudilah berkongsi lagi pengalaman cikgu.. saya pun baru bertatih untuk memohon HLP juga. Doakan saya berjaya seperti cikgu. Terima kasih. :) "Sebaik² manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang laim" . Tahniah cikgu. ;)

    ReplyDelete