7.27.2020

Cara Kreatif Susun Sijil Untuk Temuduga


Kalau kita Google, cara susun sijil untuk temuduga, kita akan jumpa macam-macam cara. Pada saya, apa yang orang lain kongsikan di media sosial, semua betul. Perkara paling utama, penyusunan dokumen adalah mengikut senarai semak yang telah diberikan. Kemudian, baru bahagian sijil. Ada segelintir, sijil ni tak penting, pada mereka yang penting kemahiran. Tetapi, pada kebanyakan orang sijil ini sangat penting. Kenapa? Ini merupakan antara bukti atau pengiktirafan yang kita perolehi atas sumbangan dan penglibatan kita dengan aktiviti yang kita sertai. 

Jadi, apa yang saya nak kongsikan di sini ialah salah satu cara kreatif susun sijil untuk temuduga. Saya ucapkan terimakasih kepada pengetua saya , Pn Hjh Nurulain bin Ngah kerana beliau sendiri membuat kaedah ini dan menurunkan kepada saya. Kalau tidak silap saya, 15 tahun yang lalu semasa beliau menghadiri temuduga HLP peringkat sarjana. Hebat idea orang lama. 

Cara ini mengambil kira, anda boleh dapatkan printer warna atau boleh pergi print kat kedai. Ini buat sendiri, tak perlu tempah-tempah kat kedai, sesuai untuk persiapan last minit jugak. Kenapa? Biasanya dah last minit tulah, idea power datang, macam-macam nak tambah. Hehe. 


Dalam gambar adalah contoh saya buat cover untuk temuduga HLP KPM baru-baru ini. Macam saya kata, saya pun tak tahu saya betul ke tidak, yang penting sijil-sijil ini mampu mempamerkan diri kita kepada panel temuduga secara tidak langsung. 


Saya gunakan fail jenis ini, transparent. Murah pun murah. Pakai yang transparent, mudah nampak cover fail dari dalam. Kan senang tu? 


Binder clip fail ni saya suka. Beli-beli dah memang pattern ni. Kalau pattern lain, saya akan tukar sampai dapat pattern yang sama. Saya guna hole sheet protector yang biasa-biasa je, kalau boleh jangan lembut sangat. Kenapa saya pilih yang macam ni? Dalam menyusun sijil ni, memang akan ada, terlepas, tercicir, salah masuk, senang nak tanggal dan pasang semula. Ambil masa sikit, untuk susun sijil mengikut bahagian-bahagian yang kita dah rancang. Pilih ikut kesesuaian. Kemudian bila dah sempurna, binding dengan kemas. 

Apabila semua sijil telah lengkap disusun dalam fail, anda cari pula gambar penglibatan anda mengikut sijil yang anda susun tadi. Saya percaya, anda mesti ada gambar kan? Paling tidak, gambar anda ada dalam facebook, instagram dan simpan dalam komputer. Cari satu atau dua gambar mengenai sijil tersebut, dan cetak dalam 1 muka surat. Nak buat apa? Gambar itu, kita akan lampirkan di sebelah sijil yang anda telah susun tadi. 

Jom tengok contoh saya. 







Sijil-sijil ini akan disemak oleh penemuduga. Nak tengok, nak lihat. Jika mereka tak tengok langusung, pada bahagian kita, kita dah buat sehabis baik. Sekeping atau dua gambar menggambarkan situasi penglibatan kita. Cara kreatif ini bukanlah betul atau salah, tetapi adalah satu usaha kita untuk kita tunjukkan kepada panel penemuduga tentang diri kita. Kita memberi mereka gambaran keadaan aktiviti kita. Gambar adalah bicara tanpa suara, bukan? Walaupun screenshot dari instagram, pun tak apa.   Lepas-lepas ni, kalau ada sijil lain nak tambah, boleh buka dan pasang semula binder clip. Cukup sesuai juga untuk urusan-urusan saat akhir kan? 

Saya ada juga tanya pengetua saya, boleh ke gini puan? Pengetua saya kata, "you nak pergi interview, you kena all out la. Biarlah nak malu, nak apa pun. Entah bila lagi, you akan jumpa dia (orang yang interview). Kalau jumpa pun lepas ni, boleh jugak tanya, cara you buat tu, betul ke salah..." Dan diikuti dengan gelak tawa. Maka saya pun, dengan nekad dan semangat, buat perkara yang sama. 

Anda, bagaimana? 

Selamat mencuba. 

2 comments:

  1. SALAM CIKGU...TAHNIAH...SAYA TERTARIK DENGAN CARA PENYUSUNAN FAIL CIKGU...BOLEH CIKGU TERANGKAN DENGAN DETAILS BERAPA FAIL YANG CIKGU SEDIAKAN?TQ CIKGU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya hanya susun mengikut tahun terkini seperti mana yang diminta dalam borang.

      Delete