7.28.2020

Temuduga HLP PhD 2020


Masanya, sudah tiba. InsyaAllah, secara fizikalnya, saya sudah bersedia disamping doa yang tidak putus kepada Allah SWT, Maha Pencipta.  

Hari ini, suami saya berkenan untuk mengiringi urusan temuduga saya. Saya sampai di Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya kira-kira jam 7.45 pagi. Selesai membuat pendaftaran, saya mendapat giliran yang ke 4, bilik 3. Rupanya, ramai dah calon-calon yang sampai. Tempat menunggu disusun, 4 baris dan setiap baris ada 6 kerusi, dengan penjarakkan fizikal. Meremang bulu roma. Huhu. Lebih kurang jam 8.30 pagi, calon-calon giliran pertama mula masuk ke bilik temuduga. 



Antara tips yang nak saya kongsikan ialah : 

Di Ruang Menunggu

1- Senyum, anggukkan kepala dan meletakkan tangan di bahu dengan orang keliling anda, sudah memadai untuk menunjukkan rasa hormat kita kepada mereka. Kebetulan pula pakai pelitup muka, mana lah nak nampak kita senyum kan? 

2- Buka nota anda, dan baca. Kesempatan masa yang ada ini, cubalah guna dengan membaca. Apa yang kita dah prepare tu kan, baca lagi. Saya baca skrip yang saya dah prepare. 

3- Apabila berbual dengan calon-calon lain, berbual dengan bunyi yang minimum. Supaya kita tak mengganggu orang yang ditemuduga, dan calon-calon yang sedang membaca. Biasalah, masa menunggu ni, macam-macam soalan dan cerita akan keluar. Saya sendiri ambil pendekatan, dengar sikit-sikit, hanya join berbual, jika memang soalan itu ditujukan kepada saya. 

4- Kawal perasaan debar anda ye. Masa ini, mungkin kita akan melihat calon-calon mengeluarkan segala khazanah yang mereka bawa dari beg. Fail sijil tebal-tebal, buku bercetak warna- warni dan macam-macam lagi. Percaya kepada diri sendiri bahawa kita pun terpilih kerana kita adalah dari kalangan yang terbaik. 

5- Apabila urusetia meminta dokumen kita, dengan yakin, jangan kalut, serahkan kepada pihak urusetia. Jika tidak pasti, bertanyalah kepada urusetia. Mereka sangat membantu. 



6- Kalau boleh, janganlah berborak dengan calon-calon yang sudah selesai ditemuduga (kalau hati tak kental), kalau hati kental, tak apa. 




Di Bilik Temuduga

1- Saya tekad nak bawa skrip yang saya pegang masuk sekali dalam bilik temuduga. Jika perlu letak ketepi, saya letak tepi. Jika tiada teguran, saya akan letak di hadapan saya, untuk saya jeling2 jika sudah hilang idea semasa pembentangan. 

2- Masuk, hanya selepas mendengar loceng (masa ni, tak berapa dengar. Sebab panic atau loceng dari bilik-bilik lain lebih kuat). Urusetia ada bersama, mereka tolong saya waktu ni. 

3- Beri salam dengan gelaran pangkat Dr. Saya, seriusly tak mengenali langsung panel yang ada di depan saya. Ada 3 orang semuanya, 2 lelaki dan 1 perempuan. 

4- Soalan pertama : Can you introduce yourself in English? Zaaas!! Dalam banyak-banyak, benda ni yang saya tak prepare sangat. 

Lebih kurang jawapan saya - My name Noor Muslieah binti Mustafa Kamal. Currently, work at SMK Seksyen 10 Kota Damansara. With 15 years experience, recently I have been promoted to DG48, saving my two years time based because my DG44 awarded as expert teachers in Islamic Studies. I studied 1st degree at UTM Skudai JB, graduated in 2004. Master Degree in UM graduated in 2018 with MyBrain15 Scholarship, and I managed to grad on time (GOT). And now, Im sitting in front of all you, to present my proposal and defend to gain this KPM scholarship. 

Ini kalau cikgu BI baca, mesti banyak salah grammar. Untuk saya yang kurang fasih ni, saya guna sahaja perkataan yang simple-simple orang boleh faham dan paling penting, lancar dan tidak gugup. Saya nampak 3 panel tu angguk-angguk masa saya bercakap, saya anggap mereka fahamlah agaknya. Heee... kemudian, saya teruskan dengan pembentangan selama 15 minit. 

Sesi Soal Jawab Panel 

1- Tajuk kajian 
2- teori yang digunakan - ceritakan sedikit tentang teori 
3- Sampel kajian - kenapa pilih sampel itu 
4- kepentingan kajian kepada kpm, guru 
5- kenapa anda patut dipilih 

Satu aje, anda jawab aje soalan panel dengan penuh kesungguhan, jika ada yang tersilap dan kekurangan dari kita, minta maaf dan tegaskan kita akan buat penambahbaikkan.  Temuduga saya berakhir dengan senyuman. Makna kata, saya berpuas hati dengan apa yang saya lalui pada hari ini. Saya dah buat sehabis baik. Dihujung-hujung perbualan temuduga, saya tegaskan sekali lagi, betapa saya sangat berharap saya berjaya dalam temuduga ini. Tidak salah kan kita meletakkan harapan? 

Alhamdulillah, semoga anda rezeki dan tempat untuk saya cuti belajar tahun ini. 
Doakan saya ye!



Jom baca 







2 comments:

  1. Mantap ustazah! Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ;)

    ReplyDelete