10.15.2020

Kisah PhD : Minggu Pertama Cuti Belajar

 



Hari pertama Cuti Belajar. 
Pelik dan sunyi. Pulaknya, saya dah left banyak group sekolah, dan hanya tinggal group anak-anak murid tingkatan 5 sahaja. Patutlah sunyi!!!!

Hari pertama hingga hari ketiga baru mula cuti, saya terasa nak pergi jumpa sekarang jugak seketul-seketul anak murid tu melonjak-lonjak (mujurlah pkpb), hasrat tu dalam hati aje.  Hati rasa tak tentu arah. Sambil-sambil kemas hadiah yang bersusun di atas katil. Tak siap-siap juga. Buka pembalut perlahan-lahan, kumpul kad nota dan ucapan, semoga suatu hari nanti jadi penguat semangat, 

Masuk hari keempat, saya dah rasa lega sikit. Mungkin kerana saya dah boleh adaptasi kehidupan sekarang. 

Selesai daftar subjek wajib, subjek audit, create siswamail, isi borang kelas audit, buat group wassap kelas Kualitatif dan update blog, yes!!! Blog saya. Lama dah tak tulis apa2, sebab, aseklah sebut tak ada masa. Sekarang, dah ada masa kan? 

Lagi banyak kita cuba menulis, lagi banyak idea tu boleh datang kan. Harapnyalah.. 

10.09.2020

Kisah PhD : Ucapan Majlis Perpisahan


Hari ini merupakan hari terakhir bertugas secara rasmi di sekolah ini. Selepas surat rasmi cuti belajar dah keluar, saya dah mula kemas-kemas meja, buang-buang sampah, bakar apa yang patut dan selesaikan sikit-sikit kerja yang masih tertunggak. 

Serius, seminggu akhir ni memang mencabar. Tetapi saya memang simpan dalam hati perasaan sedih dalam diri. Sekali pandang macam kental kan, sebenarnya saya ni berhati tisu. Saya ambil kesempatan pagi akhir dengan berjumpa seberapa ramai rakan-rakan sesi pagi yang boleh. Baru nak cakap, air mata pun berjurai. Eh, mestilah sedih dan beremosi. Sekolah ini, penuh dengan kenangan. 

Saya coretkan penghargaan saya pada sebuah ucapan yang padat dan ringkas. 

" Rakan-rakan sekalian, 

Sepanjang 7 tahun saya di sini, terlalu banyak kenagan yang tercipta, suka, duka, gembira, gelak dan ketawa. Terima kasih banyak-banyak... bak seluas bumi yang terbentang, Terima kasih banyak-banyak bak seluas langit yang menjulang, Terima kasih banyak-banyak sedalam laut yang membiru, dan terima kasih banyak-banyak umpuma tebaran bintang di langit. terima kasih menjadikan saya sebagai salah seorang sahabat anda. 

Saya sedar, saya adalah seorang sahabat yang bermulut laser, jujur, pembaris besi, pelik, tetapi maafkanlah segala kesalahan saya, bahasa badan dan tutur kata saya. Tidak sedikitpun yang tertinggal di hati saya, melainkan kasih sayang yang tiada tandingannya. 

Selepas ini, saya pasti merindukan, pekik hingar bingar di bilik guru, tragedi beg hitam di tangga kita, sos cili, gula kopi di kotak recycle, penjual losyen yang gigih meniaga, rebutan nasi lemak sambal petai kak Maini, cerita kurus diet yang tidak berkesudahan, dan gaduh manja semasa hari sukan. 

Teruslah menjadi sahabat saya, walau dimana kita berada. Selepas ini, cerita kita sudah berbeza, tetapi ketahuilah kita mempunyai impian dan cita-cita yang sama. 

Saya doakan rakan-rakan terus mencipta kegemilangan di masa-masa akan datang. Rakan-rakan ku sayang, anda adalah rakan sejati, rakan hakiki.. InsyaAllah, anda semua akan ke syurga Ilahi. "

Percayalah, saya menahan sebak ketika membaca ucapan sendiri yang saya patri. Nak memandang rakan-rakan pun tak mampu, kerana panadngan saya berbalam-balam. Penuh dan berkaca air mata memenuhi kornea. Sungguh, saya sayang pada kalian semua. 

Anak-anak, telah ku tinggalkan kamu semua dalam tangan yang akan menjaga kamu lebih dari dirinya sendiri. tetaplah, kau menuntut ilmu dan menghormati guru kamu, kerana kurniaan ilham Allah melaluinya.