Meskipun dah masuk VIVA, sekejap macam ni, sekejap macam tu.
Lebih-lebih lagi, bagi pelajar yang baru nak merangkak-rangkak macam saya ni.
Maka, saya pun bersedia ala kadar sahaja.
Meskipun dalam hati terasa cuak di sana sini.
Hari ini,
Ada sesi penyeliaan bersama SV.
Sebab sesi sebelumnya itu, tak sempat nak habiskan sebab SV ada urusan.
Hari ini saya bentangkan proposal kepada SV. Semua OK.
Inilah satu sifat SV yang paling buat saya senang,
Komen beliau semuanya positif.
Hati yang gelisah pun akan cepat tenang.
Macam biasa, ada juga komen pembacaan saya belum mantap.
Kena gali lagi (ini ayat biasa).
Di hujung perbincangan,
SV minta saya pertimbangkan satu konteks baru.
Tukar satu perkataan dengan perkataan yang lain.
Nampak macam mudah kan?
Meskipun begitu, SV saya tidak memaksa, tetapi beliau meminta saya mempertimbangkan.
Jika saya memilih pertimbangan yang sama, itu juga pilihan saya.
Kerana pada pandangannya, konteks baru ini lebih segar dengan apa yang ingin saya ketengahkan sekarang.
Nampak macam mudahkan?
Saya pun tak fikir lama sangat, saya setuju dengan konteks baru.
Pada ketika ini, pasti ada yang berkata, kenapa diterima aja cadangan SV?
Kajian SV atau kajian saya?
Adakah saya yang membuta tuli setuju? Tidak, saya masih waras ketika bersetuju.
Sebetulnya, perkataan yang disebut oleh SV, sudah pernah terlintas dalam minda saya sebelum ini.
Cuma, takdirnya saya akan kaji secara lanjut.
Saya sahut cabaran ini.
Walaupun saya masih tak pasti apa badai yang akan mendatang.
Dalam jihad menuntut ilmu, tidak semestinya jalan yang belum pasti itu susah.
Membandingkan susah aku dengan ulamak Islam lampau, terasa kerdil.
Tiada apa-apa saya ini, jika nak membanding-banding.
Malah saya percaya kepada pandangan SV saya.
Beliau lebih lama berkecimpung dalam bidang ini.
Keyakinan itu membuatkan saya lebih percaya.
Bahawa suatu hari nanti, saya pasti berjaya
0 comments:
Post a Comment