1.09.2021

Kisah Phd: Mendeley Crash Nak Buat Apa

Bagi pengkaji dan pelajar macam aku ni, Mendeley masuk dalam kategori penting perlu ada untuk tujuan penulisan. Tak perlu lah aku beritahu kepentingannya satu-satu kat sini, anda boleh aje Google sendiri dan baca. Cerita yang aku ialah Mendeley Dekstop aku crash kat Imac aku dua hari lepas. Bila nak start, keluar prompt kata Mendeley crash, dan tertutup sendiri, plug-in Microsoft Word asyik suruh retry. Aku cuba jugaklah, uninstall dan install semula, tapi tak jadi juga. Aku tak gelabah, sebab memang aku dah back up bahan-bahan aku. 

Macam biasa, kita pun dapatkan juga pandangan kawan-kawan. Macam-macam jawapan aku dapat, (tak yah aku nyatakan apa jawapan, cuma ada satu aje betul-betul bantu aku) sedangkan aku dah tekankan jenis komputer aku pakai. Memberi jawapan kepada pengalaman korang pakai Mendeley memang tidak membantu untuk situasi aku pun. Tidak termasuk yang kata, sapa suruh pakai Mac OS. (Ni aku malas nak komen). Orang lain mungkin ada cara lain, ini apa yang aku buatlah. 

Aku pun start Google sana sini, end up banyak review yang aku jumpa untuk pengguna Mac OS ni. Korang pun bolehlah Google sendiri. Cuma, ayat pendek, aku pun give up dah nak pakai Mendeley kat Imac. Ada kawan kat UKM suggest aku pakai End Note (sebab aku student, UM ada lesen, so jimat duit aku). Aku download dan run, semua ok dan smooth. 



Aku ada install Mendelay kat Macbook, cuba-cuba macam ok lagi. Aku pun pakai satu malam. 


Pagi ini, Mendeley dah mula tertutup sendiri. Aku tak pasti lah sebab apa, malas nak banyak cakap, aku pun berhubungan tech support yang ada kat rumah. Siapa lagi, laki akulah kan. Bincang itu ini, last aku decide install Parallels Desktop di Macbook Air. Kebetulan Macbook Air pun aku macam jarang dah pakai. Maka, suami aku mula lah buat kerja sampai kul 3 baru siap. Bila selesai, End Note aku guna untuk buat direct citation ke draft tesis dan Mendeley aku memang perlukan untuk bantu penulisan. Aku pakai dua peranti (aku memang malas nak detailkan satu-satu, korang boleh pergi mana-mana kursus dan belajar). 

Parallels Dekstop aku bagi ayat mudahlah, aku boleh run Windows 10 dalam Mac OS aku. Jadi, aku boleh run Mendeley guna Windows 10. Nak tengok crash ke idok nya kan? Sebab antara jawapan bijak yang kawan-kawan aku bagi, suruh beli komputer baru murah-murah yang bukan jenama Apple. Jawapan yang bijak untuk meransang ekonomi. 


Maka, moral of the story

Macam-macam boleh berlaku dalam perjalanan sebagai seorang pelajar. Dek kerana banyak sangat benda berlaku, sampai aku tak lalu nak menaip kat blog. kat FB tu, memang aku tak kan menaip panjang-panjang untuk luah perasaan. Aku hanya tulis dalam diari. 

Nak belajar, memang kena ready mental dan fizikal. Sabar, fikir jalan keluar. Nak menangis, silakan. Aku dah banyak air mata dah, akan datang pun pasti akan banyak ada lagi. Paling penting, ko memang kena tenang dan cari orang yang betul untuk bantu selesaikan masalah ko. Ada banyak cerita nak share, nanti aku update bebila aku free. 

Ini cerita aku aje. Mungkin orang lain, lain pengalaman dia. Tapi, ini bukan penyebab korang tak nak cuba sambung belajar. Belajar ni,  dari mula sampai habis perjalanan itu adalah belajar. Ko buat betul pun, ko belajar. Ko buat salah pun, ko belajar. 

Betul kan? 

0 comments:

Post a Comment