5.31.2021

Kisah PhD : Sedia Untuk Seminar 1



Pagi tadi, saya menguruskan 5 salinan bercetak manuskrip kertas cadangan bab 1-3. Hantar 5 salinan proposal yang bercetak ke fakulti. Borang sudah siap diisi hanya tinggal tanda tangan SV. Alhamdulillah, selesai juga. Esok, bermula PKP. Sudah tidak boleh rentas daerah. 

Suka atau tidak, saya perlu selesaikan hari ini juga. Sampai sahaja ke pejabat SV, saya serahkan borang. Kemudian, bawa cetakan kertas cadangan ke pejabat pentadbiran dan tinggalkan di situ. Selesai maklum dan ambil gambar serah kepada staf yang bertugas, kami pun segera balik ke rumah. 

Terasa lega sangat. 

Malam ini, saya duduk termenung lagi. Menungkan siapa yang akan menjadi pembaca (panel) nanti. Dapatkah panel menerima naskhah kertas cadangan saya itu? Teringat pula pesanan SV supaya menghantar salinan lembut kertas cadangan kepada En Azri. Segera saya siapkan. 

Tapi, betullah. Saya sangat-sangat lega. 
Untuk malam ini, saya ingin rehat dahulu. Esok, saya akan rancang perkara baru. 
Ini baru permulaan. Saya pun tak boleh lama-lama berangan. 

0 comments:

Post a Comment