6.13.2021

Kisah PhD: Artikel Dengan Bahan Terbuang


 "Mereka yang ingin belajar tidak bisa diusir." - Andrea Hirata

Saya masih ingat reaksi awal ketika SV meminta saya membuang sebahagian besar cakupan isi penulisan saya kerana beliau bimbang ia tidak sesuai dibicarakan dalam bidang dan pengkhususan saya. Dengan berat hati, saya usahakan dan olah semula penulisan saya mengikut perbincangan yang terkini. Alhamdulillah, berjaya saya siapkan. Bagaimana? Boleh baca entry nya di sini. 

Untung sekali, teknik copy paste dan rename file memang sudah pandai. Dan kebetulan sahaja saya tidak delete. Saya memang tidak delete kerana sentiasa ada rasa akan guna lagi. Masa ni pun, dah mula berangan-angan. Alangkah bagusnya jika saya mampu hasilkan satu artikel dengan bahan terbuang ni. 

Agaknya, sudah takdir Allah swt dengan perancangan yang cantik sekali, SV saya up kan satu iklan penerbitan artikel di bawah keluaran khas berkaitan pengajaran semasa pandemik di dalam group penyeliaan. Saya hanya baca sepintas lalu. Tak ada rasa pun nak ambil tahu details. Tetapi, fikiran saya asyik teringat pada iklan yang sama. 

Saya save dan ulang baca sekali lagi. Nah, kebetulan saya sudah ada data temu bual yang saya jalankan semasa kelas metodologi semester lepas. Professor Rohaida pernah menyebut, jangan dibuang data ini. Mungkin akan berguna suatu hari nanti. Betul sekali. Bahan terbuang daripada draft manuskrip dan data temu bual, saya boleh gabungkan untuk dijadikan kandungan artikel. Tersenyum saya malam ini. 

MasyaAllah. Hebat sungguh perancangan Allah. Setiap kejadian yang berlaku telah tertulis hikmahnya yang kita tidak tahu. Syukur ya Allah. Allahuakbar. Begitu cantik susunan Yang Esa untuk hamba-hambaNya. 

Hikmah atas kesabaran. 
Hikmah atas kesulitan. 

Pengajarannya, jangan dibuang apa-apa yang salah daripada penulisan kajian kita. Sebaliknya, copy dan paste file yang baharu. Jangan buang dahulu kerana mungkin akan berguna di masa-masa akan datang. Seronoknya bukan kepalang bila kita dapat guna semula. Idea daripada bahan terbuang. 




0 comments:

Post a Comment