Bagi yang memilih pendekatan kajian kualitatif, pemilihan peserta kajian merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Lebih-lebih lagi untuk reka bentuk kajian kes. Peserta kajian yang dipilih itu pula mestilah memenuhi kriteria yang membolehkan persoalan kajian dijawab dengan sebaiknya.
Pencarian peserta kajian ini bukan sesuatu yang mudah. Bagi saya sendiri yang tidak berapa sangat kenal ramai orang ni, memang masalah juga. Tak kenal sangat tak apa, asalkan berusaha untuk mencari kenalan yang boleh membantu kajian kita.
Banyak juga saya lakukan untuk pencarian ini. Bertanya dengan pegawai mata pelajaran di peringkat jabatan, masuk gorup mata pelajaran dan snowball. Ada juga saya skodeng FB guru secara personal, bloggers dan Instagram. Kumpul maklumat. Kemudian, saya pun hantar mesej secara peribadi. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan. Saya mendekati ramai guru dan bertanya jika mereka sudi bantu saya. Saya tak ingat pensyarah mana yang pernah sebut, katanya "kita buat kajian nak cari peserta ni, macam mengemis juga. Minta sana sini." Betul kata pensyarah tu, ada sahajaj yang setuju dan tak setuju di peringkat awal.
Malah, ada juga keadaan apabila peserta kajian menarik diri setelah bersetuju di peringkat awal. Tarik diri ni memang saya betul-betul nak elak. Tapi apakan daya, Allah SWT beri saya mengalami perkara ini supaya saya boleh kongsikan dengan rakan-rakan pembaca. Tidak apalah, peserta kajian tarik diri. Saya ucapkan terima kasih.
Bagus juga bila penarikan itu di peringkat awal. Saya masih boleh lagi buat tindakan-tindakan lain. Lagipun, mereka perlu sukarela untuk bantu kita buat kajian. Mula-mula tu sedih lah jugak, tetapi lepas bertenang, kita perlu move on. Cari lagi guru yang sudi bantu kita. Insya-Allah pasti ada.
Saya masih ingat pesan Professor Rohaida supaya standby nama-nama peserta kajian yang berpotensi lebih sedikit. Sebab nak atasi masalah-masalah seperti peserta kajian menarik diri.
Ini hanya salah satu sahaja cabaran semasa membuat kajian. Ada banyak lagi. Nanti saya kongsi lagi.
0 comments:
Post a Comment