11.15.2021

3 Kali Temuduga HLP

Saya ditemuduga untuk biasiswa KPM ni dah 3 kali. Kali pertama pada tahun 2013 untuk peringkat master. Saya masih ingat, soalan pertama panel di bilik temuduga. 
“Apakah teknik pengumpulan data bagi kaedah kualitatif?”
Saya jawab - Maaf encik, saya tak tahu. 
Saya betul-betul blank masa tu. Disebabkan diam terlalu lama, panel ucapkan terima kasih dan saya keluar dari bilik temuduga. Masa tu dah nekad dalam hati, tak ingin mohon lagi. 

Manusia ni mudah lupa. Tahun 2015, saya mohon lagi untuk peringkat master dan tidak berjaya. Merajuk sekejap, saya mohon myBrain15. Kemudian, saya mohon pulak untuk PhD. Tahun 2019, tak masuk pun senarai layak ditemuduga. Mohon lagi pada tahun 2020. 

Sekarang, sudah masuk tahun ke- 2. Semua pengalaman itu saya tulis di blog ini. Saya menulis sekadar suka-suka sahaja. Blog saya ni macam tempat buat CURHAT (curahan hati). Ada masa tidak kemas kini berminggu-minggu. Malah, saya beranggapan tak ada siapa pun yang kisah dengan kewujudan blog tu melainkan saya sendiri. 

Sekitar bulan Ogos lepas, saya dapat panggilan telefon dari seorang kawan lama di Jalan Duta. 

"Akak cuba hubungi Lea tak dapat. Akak dapat pergi interview masa tu, akak pun Google nak kena buat apa. Akak jumpa blog Lea. Akak ikut cadangan-cadangan yang Lea tulis. Terima kasih tau, baguslah Lea tulis. Memang membantu akak."

Baru saya sedar, ada juga yang mendapat manfaat daripada penulisan saya. Rasa kembang setaman. Rasa macam terbang di awan. Alhamdulillah, semoga kita sama-sama terus berjuang.

Ingin sekali bertemu dengan penemuduga saya pada tahun 2013 dahuu. Saya ingin katakan padanya, “Encik, saya dah boleh jawab soalan encik,”🤣

2 comments:

  1. Terima kasih ustazah atas perkongsian ilmu berkaitan HLP. Banyak yang saya kutip. Saya pon dalam proses memohon tahun ni. Tapi sekolah macam taknak lepaskan. Semoga ada sinar untuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, akan ada sinar itu. Yang penting mohon dulu ye. Saya doakan rezeki memihak kepada cikgu.

      Delete