12.07.2021

Terbitnya Artikel Pertama dan Tips Mudah

Masih ingatkah anda dengan luahan perasaan apabila artikel yang saya hantar dikomen oleh editor. Kalau lupa, boleh refresh di sini. 

Alhamdulillah, akhirnya terbit juga artikel tersebut secara rasmi. Jika ada yang sudi membaca, boleh klik link ini.  Menggigil juga tangan bila membaca notis pemberitahuan editor melalui emel. 



Mengapakah saya beria-ia sangat menunggu artikel ini terbit? Benar, penerbitan artikel adalah salah satu daripada syarat untuk pelajar bergraduan. Dalam kes saya, saya perlu terbitkan dua artikel dalam jurnal yang diiktiraf. Bukan sesuka hati. Paling penting, mesti jadi penulis yang pertama. 

Perasaan saya ketika ini adalah gembira dan rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya, sudah terbit satu. Biasanyakan, begitu. mula satu dulu, lepas tu akan ada dua, tiga dan seterusnya. Bukan apa, bila melihat perkembangan kawan-kawan yang sama pengajian sudah berjaya terbit artikel, buat saya gelisah juga sebenarnya. Ternanti-nanti bila lah pula giliran kita kan? Melihat semula penulisan saya, saya percaya banyak yang perlu saya perbaiki. Ini adalah titik pemula bagi saya untuk terus menulis artikel. Menulis untuk menyebarkan sedikit ilmu berkaitan dengan penyelidikan saya. Kita buat penyelidikan bukan nak ubah dunia tetapi kita nak kongsi sedikit pengetahuan kita agar orang lain juga akan memperolehi manfaat yang sama. 

Tips mudah yang saya amalkan sebelum menulis artikel. Ini cara saya. 

Pertama, saya cari 10 artikel terkini yang berkaitan dengan tajuk saya. Sebagai contoh, sekarang tahun 2021, maka artikel saya itu mesti dalam tahun 2021 atau 2020. 

Kedua, saya cari 3 artikel yang menggunakan metod penyelidikan yang sama. Kenapa? Saya nak pastikan agar gaya penulisan kaedah penyelidikan adalah bertepatan. 

Ketiga, guna ayat yang "layman" iaitu ayat yang boleh difahami oleh orang awam. Ini juga antara pesanan pemeriksa artikel saya. Ayat yang mudah dan tidak berbelit-belit. 

Keempat, saya cari artikel yang diterbitkan oleh jurnal yang sama untuk melihat gaya penulisan artikel terdahulu yang telah berjaya diterbitkan. Pasti akan ada satu atau dua artikel yang kita boleh jadikan rujukan. 

Kelima - hantar dan tunggu balasan daripada editor. Penantian ini satu penyeksaan. Kena sabar banyak. Ada yang mencadangkan, satu artikel hantar ke banyak jurnal. Sekiranya, ada yang berjaya diterbitkan, maka yang lain-lain boleh tarik. Saya pula, suka hantar satu dan tunggu respons. Sama ada diterima beserta pembetulan atau ditolak mentah-mentah. Pengalaman saya sendiri, ada artikel yang diterima dengan pembetulan. Ada artikel yang diterima tetapi belum menerima komen untuk pembetulan. Maka, usah risau. Hantar sahaja dulu dan tunggu. Artikel ini saya hantar pada bulan Jun dan diterbitkan pada bulan Disember. Perkara biasa, ada masa lebih cepat. 

Ketujuh - Jangan nak ikut orang lain. Orang lain terbit artikel, kita pun nak terbit sedangkan kita ada perkara penting lain nak buat. Ikut kemampuan sendiri. Itu memang sudah pasti. 

Saya tidak nafikan artikel pertama berjaya terbit ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk menulis lagi. Pengalaman membaca komen editor, dah ada. Mudah-mudahan saya akan lebih berlapang dada. 

1 comment:

  1. Tahniah cikgu. Artikel yg sangst bermanfaat dan baru saya tahu HEUTAGOGY tu nama spesifik pembelajaran kendiri :). terima kasih dan semoga berjaya menghasilkan artikel2 lain yang berkualiti sebegini.

    ReplyDelete