1.03.2022

17 Tahun Menjadi Guru


Hari ini, kebanyakan kawan-kawan saya Batch SPI 2000-2004 UTM yang mendapat penempatan pertama pada 3 Januari 2005 meraikan ulang tahun yang ke-17. Termasuklah saya.

Posting kali pertama di pertengahan usia 22 tahun, terasa bodohnya diri memang tinggi. Semuanya belajar dari kosong. Teringat kakak-kakak senior selalu cakap,

Eh, senang aje ni. Senang senang.
Bunyi memang senang, tapi nak menghadapi tu bukan main payah.

Sekarang, masih lagi dengan dunia pendidikan. InsyaAllah, jika panjang umur bersara wajib, ada lagi 20 tahun nak hadap. Eh, dah fikir nak bersara ke?

Antara perkara yang berlaku dalam hidup saya sepanjang 17 tahun menjadi cikgu ini, 
Kahwin, 2 kali
Master, 2 kali
Bertukar sekolah, 3 kali
APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang), 2 kali
Guru Cemerlang, sekali pada DG44

Sebetulnya, menjadi guru ini memang menyeronokkan. Nikmat menyampaikan ilmu itu sukar digambarkan. Sekiranya anak-anak murid beroleh kejayaan sama ada kecil atau besar, itu bonus sebenarnya kepada kita. 

Keterangan gambar: Surat penempatan latihan mengajar kali ke dua. 



0 comments:

Post a Comment